Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 27 Jun 2012

Asal usul mee segera.

Asal usul mee segera.

Mee segera adalah mee separa masak yang dikeringkan dan di campur dengan minyak, biasenya dimakan setelah atau direndam di dalam air panas antara 3 hingga 5 minit. Perencah biasanya di sertakan sekali di dalam setiap bungkusan mee segera. Mee segera juga dimakan secara mentah kerana mee segera sudah pun dimasak di kilang , biasanya dengan mengoreng.

Mee segera adalah versi dari masakkan jepun - ramen

Mee segera sebenarnya sudah ada pada zaman Dinasti Qing di China, di mana mee yimian digoreng, membolehkannya di simpan dalam jangkamasa yang lama serta di seidkan dengan cepat. Seperti juga 'mee benang ayam'(mee halus yang di goreng dan hidangkan dengan air panas dan telur pilihan) boleh didapati di China dan Taiwan sejak Dinasti Qing lagi.

mee segera moden pertama dikelurkan secara komersial oleh usahawan Jepun berketurunan Taiwan. Momofuku Ando, pengasas syarikat Nissin Foods , salah satu pengeluar mee segera terbesar pada hari ini. Mee kelurannya direbus dengan perencah, digoreng dengan minyak sawit untuk membuasng kelembapan kemudian dikeringkan mengikut gumpalan yang di perlukan. Bahan bahan awet telah di cuba iaitu garam dan asap, tetapi Ando membuat kesimpulan minyak sawit adalah yang paling berkesan.

Pada tahun 1958 , Nissin mee segera pertama di dunia, Chikin Ramen (ramen segera berperisa ayam) di Osaka. Satu lagi pencapaian telah di perolehi pada tahun 1971 apabila Nissin memperkenalkan mee cawan , mee segera di dalam bekas styrofoam ka;is air yang boleh digunakan untuk memasak mee. Inovasi seterusnya termasuklah menambah sayur sayuran kering di dalam cawan , sehingga terhasilnya berbagai perisa.

Menurut satu bancian Jepun pada tahun 2000, mee segera menjadi ciptaan Jepun paling penting sepanjang abad. Karaoke menduduki tangga kedua dan cakara padat menduduki tangga kelima. Pada tahun 2005 di anggarkan lebih kurang 85 billion hidangan mee segera di makan setiap tahun.

Penduduk China di anggarkan memakan 44 billion bungkus mee segera setahun atau 51% dari jumlah seluruh dunia. Penduduk Indonesia dengan 12 billion dan Jepun 5.4 billion. Secara per kapita rakyat Korea Selatan paling banyak memakan mee segera iaitu 69 bungkus/seorang setahun.

mee segera bukan sahaja popular di kalangan pelajar malah boleh digunakan sebagai kayu pengukur tahap ekonomi. Pada tahun 2005 indeks 'Mama Noodles' dilancarkan bagi menunjukkan jumlah jualan mee segera jenama Mama.pengeluar terbesar di Thailand. Indeks menjadi stabil sejak krisis kewangan Asia Timur, tetapi julan meningkat sebanyak 15% dalam 7 bulan pertama tahun 2005 , yang dianggap sebagai petanda kemelesetan ekonomi. Rakyat tidak mampu membeli makanan yang lebih mahal , sekali gus mendorong peningkatan jualan mee segera.

Jumaat, 15 Jun 2012

SESUATU YANG PERLU DIRENUNGKAN

SESUATU YANG PERLU DIRENUNGKAN

Sesuatu yang Baik, BELUM TENTU Benar.
Sesuatu yang Benar, BELUM TENTU Baik.
Sesuatu yang Bagus, BELUM TENTU Berharga.
Sesuatu yang Berharga/Berguna, BELUM TENTU Bagus.

PIKIRAN dan MULUT Merupakan Suatu Kombinasi.
Semakin Banyak kita Berbicara Tentang DIRI SENDIRI,
Semakin Banyak pula Kemungkinan Kita untuk BERBOHONG.
Jika kita Tidak Bisa menjadi Orang Pandai, JADILAH ORANG YANG BAIK.

LIDAH kita yang Menentukan SIAPA KITA.
Jika Kejahatan di balas Kejahatan, maka itu adalah DENDAM.
Jika Kebaikan dibalas Kebaikan itu adalah PERKARA BIASA.
Jika Kebaikan dibalas Kejahatan, itu adalah ZALIM.
Tapi jika Kejahatan dibalas Kebaikan, itu adalah MULIA dan TERPUJI.

Sesungguhnya sebagian Perkataan Itu Ada yang Lebih Keras dari Batu,
Lebih TAJAM dari Tusukan JARUM,
Sesungguhnya HATI adalah LADANG,
maka Tanamlah Ia dengan Perkataan yang Baik, karena
jika Tidak Tumbuh Semuanya (Perkataan yang Tidak Baik)
niscaya TUMBUH sebagiannya.

Nasihat yang Baik Tidak Pernah Datang Terlambat.
IRI HATI yang Ditunjukan kepada Seseorang akan MELUKAI DIRI SENDIRI,
Kita Cuma Bisa HIDUP SEKALI SAJA DI DUNIA,
tetapi jika kita Hidup dengan Benar, Sekali Saja Sudah CUKUP.
Jika kita Tidak Memulai Hari Ini dengan Senyuman,
Belum Terlambat untuk Mencobanya Pada Hari Esok.

Seorang TEMAN SEJATI Akan Membuat kita Hangat dengan KEHADIRANNYA,
MEMPERCAYAI akan Rahasianya dan MENGINGAT kita dalam DOA-doanya.
Doa Memberikan KEKUATAN pada Orang yang LEMAH,
MEMBUAT Orang Tidak Percaya Menjadi Percaya dan
MEMBERIKAN Keberanian pada Orang yang KETAKUTAN.

Jika kita berbuat Baik, Kebaikan pula yang Akan Kita Terima Kelak.
PERSAHABATAN SEJATI Layaknya KESEHATAN,
Nilainya Baru kita SADARI Setelah kita KEHILANGANNYA.
Seorang Sahabat adalah yang Dapat MENDENGARKAN Lagu di dalam HATI kita,
Dan Akan MENYANYIKAN Kembali tatkala kita Lupa akan Bait-baitnya,
Bertemanlah dengan Orang yang Suka akan KEBENARAN,
Dialah HIASAN Dikala Kita Senang dan Perisai diwaktu kita Susah.

Namun kita Tidak Akan Pernah Memiliki seorang Teman,
jika kita Mengharapkan Seseorang tanpa Kesalahan.
Karena Semua Manusia itu Baik,
Kalau kita Bisa MELIHAT KEBAIKANNYA dan MENYENANGKAN kalau
kita bisa Melihat KEUNIKANNYA,
Tapi Semua Manusia itu Akan BURUK dan MEMBOSANKAN kalau
kita TIDAK BISA MELIHAT KEDUANYA.

Kenangan Indah Masa Lalu HANYA untuk DiKENANG, Bukan untuk diINGAT-ingat.
Rasa TAKUT Bukanlah Untuk diNIKMATI, tetapi Untuk diHADAPI.
Orang Bijaksana Selalu MELENGKAPI KEHIDUPANNYA Dengan Banyak PERSAHABATAN.
Hiduplah Sesuka Hati kita, Sesungguhnya kita Pasti Mati.

Cintai siapa saja yang kita senangi,
Sesungguhnya kita pasti akan berpisah dengannya.
Lakukan apa saja yang kita kehendaki,
Sesungguhnya kita akan memperoleh balasannya.

KEMARAHAN Hanyalah Satu Kata yang Dekat dengan BAHAYA,
Pikiran yang Besar Membicarakan Ide-ide,
Pikiran yang Rata-rata Membicarakan Kejadian-kejadian,
Dan Pikiran yang Kerdil Membicarakan Orang-orang.

Tak Seorang pun Sempurna tetapi Manusia adalah Mahluk yang Paling Sempurna,
Mereka yang Mau BELAJAR dari KESALAHAN adalah BIJAK,
Menyedihkan Melihat Orang Berkeras bahwa mereka benar meskipun Terbukti Salah.

Bila kita Mengisi Hati kita dengan PENYESALAN untuk MASA LALU,
DAN kekhawatiran untuk Masa Depan, kita Tak Memiliki hari ini untuk kita Syukuri,
Sekali Tidak Berhasil Bukan Berarti Gagal Selamanya,
KEBAHAGIAAN TAKKAN PERNAH BISA DIBELI DENGAN UANG,
BELAJARLAH DARI KESALAHAN ORANG LAIN,
Kita Tidak Dapat Hidup Cukup Lama untuk,
Mendapatkan Semua Itu dari Dirimu Sendiri. 

Ahad, 3 Jun 2012

Petua Untuk Mudah Naik Pangkat

Petua Untuk Mudah Naik Pangkat

Setiap individu tentunya mempunyai matlamat masing-masing dalam pekerjaan, tidak kiralah sebesar atau seserius mana matlamat yang dipasang. Matlamat yang rata-ratanya dimiliki mereka yang bekerja pastinya jawatan tinggi yang menjanjikan gaji yang lumayan. Namun, ramai yang 'kurang selidik' bagaimana caranya untuk mengecapi impian berkenaan. Andainya kenaikan pangkat adalah matlamat anda untuk pada tahun ini ataupun tahun depan, pertama sekali, anda perlu memeriksa diri, adakah anda sudah melakukan apa yang sepatutnya dilakukan demi mencapainya?

1. Alangkah baiknya jika bakat dan usaha yang gigih memberi laluan mudah untuk seseorang memperoleh kenaikan gaji, jawatan serta tanggungjawab yang lebih penting. Tetapi, realitinya adalah lebih banyak daripada bakat dan usaha gigih diperlukan untuk bergerak ke peringkat yang lebih tinggi. Paling utama, anda mestilah arif mengenai tugas yang anda sandang sekarang ini. Anda juga harus mempersiapkan diri dengan ilmu secukupnya mengenai bidang tugasan jawatan yang cuba anda raih itu. Buktikan bahawa anda boleh bekerja di peringkat yang lebih tinggi dan menjalankan tugas yang lebih penting daripada yang anda tangani sekarang. Dengan cara itu, pihak yang berkenaan dalam syarikat anda bekerja menyedari apa yang anda usahakan itu. Namun, anda harus berhati-hati. Tugas besar yang cuba anda pikul itu juga mempunyai risikonya, Kegagalan melaksanakannya dengan baik bukan sahaja menghancurkan usaha anda untuk naik pangkat malah anda mungkin terpaksa mencari pekerjaan baru. Oleh itu, anda harus memberikan yang terbaik dalam tugasan berkenaan dan tidak salah jika meminta bantuan rakan untuk menyiapkannya.

2. Pastikan diri anda dikenali dalam organisasi tempat anda bekerja. Luaskan jaringan perhubungan anda dalam organisasi dan kenal pasti juga siapakah yang bertanggungjawab memilih calon untuk jawatan yang anda inginkan itu, dengan siapakah mereka bekerja atau mendapatkan pandangan? Selepas itu, mulakan hubungan anda dengan individu ini, mungkin dengan menawarkan diri untuk membantu mereka dalam sesuatu tugasan agar mereka dapat melihat kebolehan anda.

3. Berusaha untuk menjalinkan hubungan yang baik secara profesional dengan ketua anda. Ramai pekerja yang tidak begitu bernasib baik dan terpaksa bekerja lebih untuk memenangi hati ketua tapi mereka tidak sepatutnya berputus asa sebaliknya terus mencari jalan terbaik untuk menjayakannya kerana jika ketua anda tidak sukakan anda, peluang untuk anda naik pangkat amatlah tipis.

4. Berikan kerjasama yang baik kepada ketua anda. Ia adalah suatu langkah yang baik kerana individu inilah yang akan menentukan samaada anda akan dinaikkan pangkat ataupun tidak. Oleh itu, anda harus belajar untuk membuatkan ketua anda kagum dengan kebolehan yang anda miliki.

5. Walaupun kedengaran agak remeh, penampilan atau lebih tepat lagi, cara berpakaian turut memainkan peranan dalam usaha mendapatkan kenaikan pangkat lebih-lebih lagi dalam organisasi yang mempunyai kod etika berpakaian. Cuba-cubalah mengenakan pakaian yang dapat menampakkan ‘ketokohan’ anda untuk memegang jawatan penting dalam syarikat. Bukankah sayang jika orang meragui kehebatan anda semata-mata kerana penampilan anda tidak meyakinkan?

5. Anda juga mesti peka terhadap peluang yang ada di sekeliling anda. Rebut peluang berkenaan dan laksanakan ia bersungguh-sungguh. Kadangkala, peluang seseorang datang dari sesuatu perkara atau tugasan yang orang lain tidak mahu atau tiada orang yang dapat melakukannya. Mungkin dengan peluang ini, anda akan muncul sebagai orang harapan pula secara tiba-tiba.

6. Kesabaran juga satu elemen yang penting jika anda mengimpikan jawatan tinggi. Ia bukannya seminggu, sebulan atau setahun tetapi bertahun-tahun untuk seseorang itu dilihat layak untuk memegang jawatan tinggi. Jadi, bagi yang masih baru dalam alam pekerjaan, bertukar-tukar kerja dalam masa yang singkat bukanlah tindakan yang baik jika anda bercita-cita tinggi dalam pekerjaan.

Sekiranya anda serius melaksanakan langkah-langkah yang disenaraikan ini, tidak mustahil, anda berupaya menduduki jawatan atau posisi yang anda idam-idamkan dalam organisasi atau setidak-tidaknya menghampiri matlamat anda itu. Tetapi, pastikan anda melaksanakannya secara ‘semula jadi’ dan jangan lupa, bersiap-sedia dengan pelan B yang lebih teliti sekiranya strategi anda itu tidak membuahkan kejayaan.

Kenapa Bangsa Kita Kadang-Kadang Susah Berjaya Dalam Perniagaan?

Kenapa Bangsa Kita Kadang-Kadang 
Susah Berjaya Dalam Perniagaan?

1. Menganggap perniagaan adalah syarikat atau syarikat adalah perniagaan. Sebenarnya perniagaan adalah aktiviti jual beli sedangkan syarikat adalah sebuah organisasi.

2. Menganggap ekuiti perniagaan sama dengan harta peribadi dan harta peribadi adalah ekuiti perniagaan. Sebenarnya ekuiti perniagaan adalah modal perniagaan sedangkan harta peribadi adalah hak mutlak empunya harta.

3. Menganggap perniagaan adalah sumber mencari kekayaan. Sebenarnya perniagaan adalah sumber mencari rezeki.

4. Menganggap dirinya (peniaga) adalah bos. Sebenarnya dia adalah pengurus/pekerja.

5. Menganggap pelanggan memerlukannya. Sebenarnya dia memerlukan pelanggan.

Petua Menangani Isteri Yang Mudah Merajuk

Petua Menangani Isteri Yang Mudah Merajuk

Mustahil ada orang merajuk tiada bersebab. Barangkali kita yang tidak tahu sebabnya. Penyakit merajuk tidak kenal gender atau usia. Lelaki dan wanita sama sahaja kerana kedua-duanya pandai merajuk. Siapa kata lelaki tidak pandai merajuk? Lelaki pun ada perasaan dan sensitiviti seperti perempuan. Cuma lelaki lebih bijak apabila merajuk kerana dia tahu tiada siapa yang akan memujuk. Wanita apabila merajuk memang menakutkan terutama bagi lelaki yang tidak pandai memujuk. Penyakit merajuk ini kalau tidak pandai memujuk, meleret-leret jadinya. Malah berpanjangan sampai beberapa hari.

1. Memujuk juga kena ada cara dan gaya kerana silap-silap akan bertukar menjadi pertengkaran. Malah apabila selalu dipujuk, maksudnya setiap kali dia merajuk, kita memujuk, lama-lama dia naik tocang. Silap sikit, merajuk. Tidak kena sikit, tarik muka masam. Salah sikit, memuncung. Boleh pengsan kita dibuatnya.

2. Merajuk orang muda yang baharu bercinta atau baharu mendirikan rumah tangga merupakan perkara biasa. Sesekali merajuk ada faedah juga kerana dapat menambahkan keindahan kasih sayang. Perempuan kalau pandai merajuk memang manis dan menggoda. Merajuk orang bercinta dapat memberikan kesegaran kepada cinta. Tetapi janganlah kerap sangat nanti runtuh cinta. Merajuk laksana awan gelap. Selepas awan menghilang, maka teranglah langit. Selepas hilang merajuk, muncullah kasih, timbullah sayang. Bagi suami isteri, detik-detik selepas merajuk sering digunakan untuk bermadu kasih, bertangkup sayang. Kepada si suami, inilah waktunya mendukung si isteri ke ranjang ... pasti ada kelainannya.! (Bagi pasangan yang belum bernikah, abaikan cadangan ini. Saya tak akan menanggung dosa-dosa anda).

3. Orang tua bagaimana? Orang tua lagi hebat merajuknya. Tiada detik yang paling hodoh bagi orang tua melainkan ketika dia merajuk. Namun begitu, orang tua pastinya matang dan tidak rela menanggung malu merajuk di depan cucu. Lantas, boleh sahaja merajuk secara sembunyi-sembunyi di celah pintu atau di sudut dapur. Biasanya merajuk orang tua ditujukan kepada si anak-anak yang berkumpul sekali-sekala. Bukan apa, hanya mahu manja-manja sama anak anak.

4. Merajuk banyak puncanya. Dikatakan bahawa lelaki yang tidak peka terhadap kehendak dan kemahuan wanita boleh menyebabkan wanita merajuk. Maklumlah wanita begitu sensitif, lemah kawal emosi, suka bermanja yang kekadang berlebih-lebihan. Tetapi sifat-sifat inilah yang menjadi daya tarikan wanita. 

5. Lelaki mesti peka terhadap kemahuan wanita, kalau tidak lebih baik jadi wanita sahaja. Kemahuan wanita mungkin beratus atau beribu. Justeru, kepekaan lelaki seharusnya beratus dan beribu juga? Kemahuan jenis suka makan keropok lekor tidak ada masalah. Tetapi kemahuan jenis pantang terlihat pakaian baru, beg baru, perabot baru, kereta baru dan segala yang baru semuanya nak beli, botak kepala suami belum tua. "Bang, jiran sebelah dah tukar kereta baru, kita bila lagi?" Aduhai sedapnya dengar, sejuk menusuk telinga abangnya. Nak tukar kereta baru. Kemahuan jenis ini seandainya si abang gaji seciput, tambah anak pula berdozen, betapa peka sekalipun susah nak layan.

6. Adakalanya isteri merajuk ketika ibu mentua dari kampung datang ke rumah. Al-maklumlah ibu lama-lama datang sekali, menjadi tanggungjawab si anak melayannya dengan baik. Tetapi isteri pula tersalah tafsir ingat si suami sayang ibunya lebih daripada dia. Dia pun merajuk. Kalau jenis yang boleh dipujuk, tak mengapa. Kalau jenis yang tak makan pujuk? Serba salah si suami dibuatnya. Sebelah kanan ibu, sebelah kiri isteri, dan kedua-dua pun dikasihi dan disayangi. Situasi yang sukar bagi seorang suami. Suami yang bijak dapat selesaikan masalah ini dengan baik umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berterabur. Bagaimana kalau suami itu kurang bijak? Minta ibu segera balik ke kampung? Derhaka namanya. Biarkan sahaja isteri memuncung 24 jam dan berjalan menghentak-hentak kaki di depan ibu mentuanya?

7. Merajuk kadang-kadang tanpa disedari sebabnya bagai langit yang cerah, tanpa awan tanpa ribut, tiba-tiba hujan mencurah turun. Tentu anda kurang percaya kalau dikatakan wanita mahupun lelaki boleh merajuk walaupun dengan seekor ikan. Wanita begitu sensitif apabila dia mendapati kekasihnya atau suaminya melayan "benda lain", termasuk ikan, burung, layang-layang, atau internet, melebihi layanan yang diberikan kepada dia. Seelok-eloknya, layanlah apa-apa yang ada pada wanita itu melebihi benda lain. Atau sekurang-kurangnya layanan tersebut mesti seimbang.