Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 31 Julai 2011

Mengesan Pembohongan Melalui Raut Muka


Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.
Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda – tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki / wanita anda dan si dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.
Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.
Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Raut Wajah


Masih bingung menentukan siapa pilihan hati? Kenapa tidak anda cuba mengujinya dengan cara lain? Misalnya, dengan membaca raut wajah si jejaka.
Dengan menerokai bentuk dahi, bibir, alis mata mahupun keseluruhan anggota wajahnya, anda pasti dapat mengetahui karakternya dengan tepat.
*** Bentuk wajah
Panjang dan tirus: Mereka yang memiliki bentuk wajah seperti ini umumnya bersifat sabar dan memiliki keteguhan hati. Mereka juga memiliki peribadi menarik dan tidak suka menangguh kerja.
Bulat: Bentuk mukanya yang bulat menandakan dia seorang yang mempunyai kekuatan diri dan harapan tinggi. Dirinya gemar perhatian dan mampu mengubah suasana kaku kepada keadaan yang penuh gelak tawa.
Lebar: Dia bersikap toleransi, mudah sedih dan mempunyai wawasan yang luas.
Bersegi: Memiliki keinginan yang kuat dalam mencapai segala impian. Pemilik wajah seperti ini tergolong mereka yang suka duduk diam.
*** Dahi
Licin: Jenis seorang yang kuat memikirkan sesuatu dan cepat membuat keputusan.
Berkerut: Apabila kerutan dahinya tampak garis-garis horizontal, ia menunjukkan individu tersebut bersikap cepat marah tetapi memiliki karisma yang tinggi.
*** Mata
Tegang: Apabila terdapat bahagian putih mata di antara iris atau selaput dan bahagian bawah kelopak mata pada kedua-mata mata, itu menunjukkan individu tersebut sedang tertekan dan begitu khuatir.
Menentang: Apabila bahagian putih terlihat di bahagian atas iris, ia bererti selain tertekan individu tersebut juga mempunyai sikap ‘gatal’.
Terpisah: Apabila bahagian putih kelihatan di sekeliling iris, lebih baik anda hindari individu seperti ini. Ia menunjukkan jiwa mereka tidak stabil dan cepat marah.
*** Alis
Lurus: Alis mata berbentuk horizontal menunjukkan dia seorang yang gagah dan gemar berdebat.
Melengkung: Apabila memiliki bentuk alis mata yang melengkung, individu tersebut tergolong dalam kalangan mereka yang suka berjenaka.
Tipis: Seorang yang kurang mempercayai diri sendiri terutama apabila alis mata agak ke atas dan melengkung.
Menyambung: Apabila melihat alis mata yang menyambung, bererti anda sedang berhadapan dengan seorang pemikir dan dapat berkongsi manfaat dengan memberikan semangat kepada mereka.
*** Kelopak mata
Kecil: Apabila jarak antara bahagian atas kelopak mata dan bulu mata kelihatan terlalu dekat, ia menunjukkan individu tersebut begitu peka dan dapat memelihara jarak perhubungan dengan orang lain.
Lebar: Kelopak mata bersaiz lebar menandakan pemiliknya memiliki sifat yang terlalu mengharapkan bantuan orang lain.
*** Hidung
Kecil: Orang yang berhidung kecil umumnya memiliki sikap yang lemah. Dia juga seringkali tiada kekuatan untuk diri sendiri dan fikirannya selalu berubah-ubah.
Besar: Hidung besar menandakan individu itu mempunyai inisiatif, mantap serta memiliki karakter yang kuat.
Leper atau penyek: Hidung yang besar tetapi leper biasanya milik seorang yang tidak kaku dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya. Mereka hanya percaya pada diri sendiri, mudah bergaul dan bersikap berani.
Mancung: Biasanya mereka mempunyai sifat berterus terang dan agak pedas ketika berbicara. Mengagumi diri sendiri, sukar untuk membuat keputusan dan peka terhadap sesuatu perkara.
*** Telinga
Kecil: Biasanya individu ini sentiasa berasa tidak aman tetapi pada umumnya tahu apa yang mereka inginkan. Individu ini juga tergolong dalam kalangan mereka yang kuat bekerja keras.
Tajam: Bersifat kaku dan tidak santai.
Telinga yang berambut: Pemiliknya bersifat cermat dan teliti. Namun, waktu dan tenaganya dihabiskan semata-mata untuk hal-hal yang tidak penting.
*** Dagu dan rahang
Rahang bersegi: Bersifat keras dan memiliki kemampuan untuk membuatkan segala impian yang diinginkan menjadi kenyataan.
Dagu yang menonjol keluar atau runcing: Merasakan dirinya penting dan selalu bercakap benar. Menurut pendapatnya, tidak seorang pun yang benar kecuali dirinya.
*** Pipi
Lesung pipi: Selain membuat individu tersebut tampak menarik, lesung pipi juga menjadi simbol keserasian pemiliknya.
*** Bibir
Tebal: Bersifat murah hati dan senang membicarakan tentang dirinya sendiri.
Tipis: Apabila bentuk bibirnya tipis dan bulat, ia menjadi tanda keperibadian yang tertutup dan peka.
Bibir atas tipis dan bibir bawah tebal: Menunjukkan individu ini jenis seorang yang meyakinkan dalam segala perbicaraa

TIPS XNAK KENA KACAU DGN ABG J (JPJ)

Modifikasi yang memerlukan pengesahan JPJ adalah seperti pertukaran enjin baru, bentuk dan ciri asal kereta anda. Maksudnya jika dah modify tu ciri asal kereta dah tak nampak. Modifikasi yang major/ketara memang memerlukan kelulusan.

Ada juga modifikasi yang tak perlukan kelulusan iaitu modifikasi yang tidak memberi kesan kepada bentuk, ciri asal, kestabilan dan keselamatan kereta anda, contohnya:

1. Spoiler didepan dan belakang,
2. Skirt, aerofoil dan visor pintu,
3. Protecting guards di depan dan belakang,
4. Ubah grill radiator dan bonet,
5. Tukar rekabentuk lampu,
6. Rim dan tayar besar,
7. Para bumbung,
8. Lampu brek tambahan, signal tambahan, dan
9. Tambah spotlight pada bahagian depan

Walaubagaimanapun, anda harus ingat walaupun tak perlu kelulusan tapi ada syaratnya:

1. Spoiler, aerofoil dan skirt yang dipasang tidak melebihi 150mm jika diukur dari bahagian luar tayar belakang.
2. Door visor tidak melebihi 100mm lebar dan tinggi.
3. Rim dan tayar lebar mesti ditutup penuh dengan mudguards/mudflaps.
4. Protecting guards mesti tidak menutup lampu kereta. Lebar keseluruhan tidak lebih dari lebar kereta. Tidak boleh ada bucu tajam terjulur melebihi 100mm.
5. Bumper besar jika dipasang mesti tidak melebihi 50% dari roda besi kereta.
6. Headlamps dan signal selepas pengubahsuaian tidak boleh melebihi 300mm dan 400mm masing-masing dari kedudukan asal.
7. Para bumbung yang dipasang tidak boleh melebihi panjang, lebar bumbung atau ketinggian 400mm dari bahagian teratas.

Ada tambahan lagi, pengubahsuaian kecil tadi walaupun dibenarkan tanpa kelulusan masih tertakluk kepada undang-undang Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) Peraturan 1959 atau kenderaan bermotor (Pembinaan, Peralatan dan Pengunaan) Peraturan 1988.

Tapi tak perlu risau yang penting undang-undang ini lebih kepada untuk mengelakkan modifikasi yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri dan pengguna lain.

bagaimana mengawal awek lebih dari satu or yg dah kawin.....versi HP..


Tips Bujang Setia (ehsan dari rakan)

1. kat phone letak nama awek pastu hujung dia letak nama company, kalau awek tercall, cakap je ni budak keje ngan company xx , vendor ke , client ke
2. pastikan ada phone extra yg tak bawak balik rumah .. tinggal je kat office
3. kalau pakai phone sama, pastikan off phone bila tidur , kalau iphone boleh set flight mode, kalau blackberry boleh turn off all connection , kalau masuk message atau call lepas kul 12 malam .. memang kes naya
4. pastikan ada baju spare dalam kete atau dalam beg, pastikan habit untuk bawak baju spare, bagi alasan lepas keje kadang2 nak jumpa/lepak ngan kawan, leceh pakai baju office
5. jgn update secara detail kalau pegi kesana-kesini, kalau tak tanya jangan cakap pegi mana, generalize kan je
6. bersihkan phone sebelum sampai rumah, pastikan delete segala message dan call history, jangan clear all nampak sangat, kalau iphone agak susah nak delete satu call history je, ada caranya ..
7. pastikan ada sorang kawan yg boleh kawtim pada masa2 diperlukan sebagai alibi, dan pastikan wife kenal kawan tu
8. pastikan ada simpan duit extra untuk kasi kat wife suruh pegi shopping bila keadaan agak suspicious, harap2 dia lupa pasal balik lewat ..

kenapa erk..

gaji beriban,tapi :

- beras 5kg tak bleh beli....tp makan kt restoren berbudjet tggi
- colgate RM2.50 lupa beli tp.....beli cecair kumor2 tu harganya RM20+ clorex tak salah
- ruamh bersepah tp perhiasan diri ketika diluar dijaga rapi
- lampu kreta sebijik RM2.00 tak bleh beli tp hp BB bleh bayar tok pakej BBM
- ari2 kerja ngan company bapak, tp kemas opis haram tak nmpk...
- balik kmpung bini jauhnya 400km bleh...kmpung sendiri 60km tak bleh...
- time tgh bulan goreng nasi sendiri ngan ai suam...(menu kt umah)
- gula,teh tak mmpu beli...tp hadiah tok bakal bini bleh pla beli....
- dah janji nak share bayar astro....tp tiap bulan astro bg surat warning
- dah janji ngan mak nak bayar kelas ngaji adik...tp..habuk pun tak de...
- ari2 masuk poket hasil jualan....tp tak berjasa pun pada company,dtg balik dtg balik....poket isi mkn sendiri
- tiap bulan tangguh bayar duet kt parent...tp kt luar suka tpu parent
- tiap hari ada function tp......tak nmpk papa pun....
- ada anak bini...tp lebihkan kawan2 kt luar....
-pandai tiap malam pasang aircond....tp cuci filter malas sekali...smpai aku pulak kena buat..engat aku balaci dia?

kenapa erk sume nie? pasal aku gaji kecik la? nak hentam?

bkn nak kata tak mampu...tp lupa TANGGUNGJAWAB...tu jea..hanyut dunia luar..

Sabtu, 30 Julai 2011

Usah

usah bangga bila dipuji...
usah merungut bila diuji..
usah berkira bila memberi..
usah menangis bila menyesali..
usah lupa bila merasa jasa..
usah menipu bila terpaksa...
usah bercinta hati masih terluka...
usah berlagak bila dipuja..
usah duduk bila hidup merana..
usah bermadah jika diri sendiri kosong..
usah kedekot bila diminta....
usah berlari jika sudah berjaya..
usah bermimpi jika tiada usaha...
usah benci jika diri tak seberapa.......
usah pecaya klu tak pecaya...
usah mencuri jika tidak mampu
usah berceramah klu diri tak bleh diceramah... (tak bleh ditego)

jujur dlm kehidupan....adalah lebih baik dan diberkati

Tok Manusia Keras Kepala

‎"Jika kamu menerima nasihat dari seseorang, jangan perkecilkan nasihat tersebut, mungkin itulah nasihat terakhir yg kamu dengar sebelum kamu didatangi kematian.." - Ustaz Azhar Idrus ( Original )

aku rasa orng yang tak suka dgr pandangan org len..nak ikot ckp pakai hukum dia dia adalah orang yg degil dan sggp menanjingkan diri demi kepentingan diri dia sendiri....mcm tak maruah dari segi MULUT,AURAT....dan sebagainya.....pencacai
.okeh , ini research paling senang , korang google je apa maksud mulut muncung , dan satu jawapan jer yang akan ada iaitu CamWhore.
.apa makna dia ? kamus kamus kamus cam = Kamera , whore = Sundal , so gabung ?????
.rasanya dah cukup ramai orang buat entry pasal Duck Face nie ~

2. Jelir Lidah
.ok , pasal jelir lidah nie , dah cukup ramai dah orang buat haaa , sampai ada orang cakap “aku meluat tengok perempuan terjelir-jelir lidah” (not me) , ye laa , sebab mostly yang suka buat macam tu sapa ? Perempuan Melayu , dan tak ke perempuan melayu terkenal dengan lemah-lembut dan sopan-santun ? entah laa , korang fikir-fikir laa sendiri ~
dan POSING PALING MAUT DAN PALING LUCAH

3. Peace ( V ) + Lidah Terjelir
.maybe tak ramai lagi yang tahu pasal nie dan mas dah bertanya pada kaum wanita sendiri apa maksud V + Lidah terjelir nie dan entah korang perasan ke tidak sebab budak-budak perempuan la nie buat posing macamnie laa kan selalu , tak percaya , tengok friend dekat Facebook.
.apa maksud dia :
.V nie lebih ditujukan pada kemaluan perempuan atau lebih dikenali sebagai V-Zone / Miss V.
.so , bila kita gabungkan kedua-dua : V+LIDAH = JILAT KEMALUAN WANITA..soorry to say.

hahahahaha......padan muka....

24 Peringatan Buat Wanita

1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Bertudung

Bertudung tp..baju sendat...
Bertudung tp..cukur bulu kening..
Bertudung tp..duduk berdua duaan kt tmpt gelap...
Bertudung tp..dedah dada..
Bertudung tp..rambut sanggul bonggol kuda
Bertudung tp dah mcm perca kain tudung tu...
Bertudung tp mulut mcm heremmm..
Bertudung tp pakai t-shirt
Bertudung tp nmpk anak rambut
Bertudung tp mcm berseledang (sekadar tutup rambut)
Bertudung tp harga beratus2 membazir
Bertudung tp fitnah sana sini
Bertudung tp bila dah umo 40an...
Bertudung tp telekung tak bwak dlm beg....
Bertudung tp dgn arahan sekolah atau guru..
Bertudung tp dgn syarat bawa watak (berlakon dan pelakon)
Bertudung tp bila perlu (kejap pakai,kejap tak)

Bertudung tp....apa erti bertudung?

http://www.youtube.com/watch?v=NIfbqO8D-pQ&feature=related

Hari tu..belajar bahasa Inggeris....

Ambil + Ambil + Pergi + Muda......translet bahasa Inggeris.....

JAWAPAN :___________________________ (20mark)

p/s : punye pandai budak dari Profesor2 University kan...

13 Aurat Wanita


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

untuk renunagn bakal SUAMI dan wanita2....khas juga tok pencacai2....ada ke hadis menghalalkan MENGATA atau Tak PAKAI TUDUNG TP BERBICARA TTG ISLAM?

Pakai Hukum KEPALA HOTAK ko...mmg la 'YA' tp Hukum Agama ko tak bleh kata TIDAK.....pasal Hukum2 korang suma tok manusia2 jahil mcm korang....slamat beribadat...

Jumaat, 29 Julai 2011

Dua Puluh 20sen dan alkisahnya....

..... adalah di sebuah kampung... namenyer kampung Hulu. Pak Imam nyer memang hari hari setaip masuk waktu p masjid, masuk waktu pi masjid. Ade lah satu hari ni, time tu masuk ler waktu zuhur, tok imam ni pun p la amik basikal die nak mengayuh p masjid kpg hulu, on the way die nak p masjid tu, lalu ler die kat satu umah tu, tiba2 die ternampak seorang budak dalam lingkungan 5 tahun tak pakai seluar ngan sedang berlari2 kat depan halaman umah. Tok imam tu apa lagi, panggil ler budak tu. Tok Imam: budak, mai sini sat. Budak: ye tok imam, naper ni? Tok Imam: hang ni tak pakai sluar psai apo? Budak: mak tak bg. Tok imam tu pun mengelengkan kepala lalu memberi wang kepada budaktu tadi. Tok imam: hang p bag kat mak ni 10 ringgit, suruh p beli seluar. budak tu pun dgn happy nyer pun p la panggil mak dier dan mencerita segalanyer. Mak budak tu pun td merasa terharu. Die pun berfikir lah... kebesokkan harinyer...time nak masuk waktu zuhur, tok imam ni pun nak gi masjid. lalu lah kat depan umah yg smalam. tiba2 die ternampak lagi seorang budak pompuan dalam umur lingkungan 12 tahun tak pakai seluar sedang berlari2 kat depan umah. pak imam pun mengeleng kepala nyer lalu memanggil budak popuan itu td Tok imam: awat tak pakai seluar? budak pompuan: mak tak bagi. Tok imam: tak cukup kot duit bg smalam, tak per la...hang amik duit ni 20 ringgit ni p bg kat mak sruh beli seluar. ape lagi, budak pompuan tu happy nyer, pastu bgtau la kat mak dier.... emak dier berfikirlah lagi..."klo budakkecik 5 tahun bg 10, 12 tahun 20 ringgit... klo umur lagi tue, lagi byk ler.... " kebesokkan hari nyer... tok imam pun lalu lah kat depan umah tu seperti biase. tiba2,tok imam ternampak mak budak tu tak pakai seluar sedang berlati2 kat depan umah. tok imam aper lagi.... gelang ngan terhangguk terus.die pun panggil la mak budak itu. Tok imam: awat hang tak seluar? mak budak itu pun malu2 tersipu2 tak tau nak jwb...sbb die fikir nak duit lebih dari tok imam.... pas tu tok imam pun menyeluk saku nyer nk bagi duit... Tok Imam: nah! amik dua posen ni, p beli gillete(Mate pencukur),cukuq bulu lebat tu.... hahahhahhahahhahha............​. epas tu...mak tu pun blah la..

Khamis, 28 Julai 2011

10 Sebab Kenapa Perlu Kahwin

‎:: 10 Sebab Kenapa Perlu Kahwin ::
1] sunyi dihati walaupun dikelilingi ramai orang
2] kehidupan yang tak terurus
3] jiwa menjurus kepada lawan jantina
4] hilang focus apabila wujud lawan jantina
5] cemburu melihat kebahagian orang lain
6] wujud perasaan sayang pada kanak kanak
7] jatuh cinta pada seseorang
8] desakan hawa nafsu
9] beronani
10] dorongan untuk melakukan hubungan intim

Ahad, 24 Julai 2011

Facebook setelah kita meninggal dunia...

mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..

dan
selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..
sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..
macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?
mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya
tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita
cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat
tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~
jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu
moga Allah redha dengan perkongsian ini

Sabtu, 23 Julai 2011

Rokok , Gitar dan Melepak.......penyakit sepanajng zaman...

as salam....hari ini aku nak post kebenaran yang aku tlah dan bakal lalui di zaman serba dayus nie...hari ni aku dihidang kan dgn berita yang aku rasa tak perlu la aku pkkan pasal bkn dalam usia aku pun...zaman skunk duet mcm air...itu naik ini naik....bila tak menyimpan...saat susah..mula la nak loan sana sini mengemis buat muka penyu kt bank2....bila buat loan pula....sumenya nak melebihi anggaran sendiri...klu nak buat RM10k.....pinjam 15K......tp ingat korang bayar belek 2 kali ganda.....lebih baik menyimpan.....kan? ok ada orang ni...manusia jugak la punya anak isteri...si anak NAK buat loan..baru nak apply tu...si bapak nak sibuk dgn dunia muzik...muzik ditegah oleh Islam seandainya melampau....aku rasa orang sknk tak kenal Melampau..pasal skunk manusia bkn orang kerana suka penting diri sendiri....btol? hahaha...kembali pada gear 1....yea la si anak nak buat loan tok berkahwin....si bapak pulak minta 10% dari pinjaman tu...si bapak apa lagi....sibuk nak beli gitar@RM2K...katanya buat simpan...simpan? klu anak bini kt umah tak tertanggung....hutang bayak pending....bila anak mintak duet..ckp tak de duet..duet mintak kt isteri.....huhuhu part ni ke yang patot aku pk? aku rasa yang tua dari aku...lebih hebat berpk.....pastu mula angan2 nak buat majlis besar2 sbb anak dia kawin...pertama kali dpt menantu (padahal hantu).....hahaha...aku biakan jea...at least aku nnt bleh berdebat dgn dalil2 yang ada.......sama la dgn kes pencacai2......

pada pkran aku la.....lepas si bapak tu dpt apa sume dia nak...bila duet kembali dah tak de..si isteri dan anak2 jadi mangsa maki...kerana dikatakan tidak mahu menolong dia bayar hutang bank.....bayar rumah...lg bnyak la yg perlu di bayar....hahahaha....si anak pula di mangsa kerja di umor muda...dan pelajaran pun ketinggalan pasakl sibuk bantu si bapak cari duet....dan bila orang tnye 'wahh,rajin erk bang' dia jawab la 'rajin nak bayar sewa kedai...rumah...bla bla bla...kreta...bla bla blaaa' nak cover line....org dgr pun myampah...

sudahla merokok...konon nak dpt idea....kitab mana ckp merokok dpt idea? adooiiiiiii..........bila ada func....amek project besar2,bila caj kt custumer....mcm harga majlis harijd.......padahal Sound Dimension kt Kg.Baru bleh hentam sampai RM4k termasuk pekeje......nie tak...pekerja kutip anak2 dia...isteri dia....angkat la barang2 muzik kuhulu kehilir....bila ckp kenapa amek murah...jwb 'ala..mane nak dpt 1 hari RM600'......nie la dinamakan Pandai Punye Bos....RM600 tu tok poket dia....pekeje dia TAK dibayar gaji...Pengangkutan PERKERJA yang tanggung sendiri...tak bleh claim...bila claim...mula la mngungkit...TP dgn mmb dia yang suka2 ampu dia....diBAYAR gaji...siap makan lagi, mana tak isteri ngan anak2 dia bengkek...bkn nak suh berkira...tp fikir...yang membantu pun ada benda nak beli pakai......pasal duet func tak payah cari kt mana la...kt mana dia labur..Tuhan saja yang tahu....mcm nie cari nak beli Van? silap2 pendek umo...Van yang bawak dia...

ada pula anak antara yang terpandai...masuk kolej...nie lagi hebat..abes blaja...dpt kerja terus nak kawen.....dia lupa tanggungjwb dia DULU...sibuk nak kawen...aku rasa bkn dia..tp bini dia yang smakin Tua....ok la..aku rasa mamat nie perlu kena bg tekanan sikit...pasal hidup dari dulu dah mewah...bukak mata sume ada....kreta bapak bg...laptop bapak bg....duet mkn bapak bagi....(RM1800 gaji). mcm mana tu? mamat ni untung masa dia kuar kolej....bapak la best...siap prnit out pict..buat frame.....gantung kt dinding umah....tayang..konon anak dah konvo......dgn harapan dpt bantu keluarga.....si mamat ni pulak janji nak bayar kelas mengaji adik.....astro..maintain rumah.....tgk2 satu2 kena potong pasal tak bayr...hihihihi.....si bapak pulak...salahkan si mak.....begitu la seterusnya....

kesimpulannya......aku rasa masih2 krna sedar tanggujawab...tak perlu lepas tangan....tak perlu penting diri sendiri.....sbb di dunia rmai kt perlu kenal dan belajar sebelum kita melompat ke alam lain....

pada yang suka muzik tu...jgn sampai kubur tak de batu nisan.....diganti dgn kepala gitar.....elok sgt..

as salm.

Khamis, 21 Julai 2011

Mahar Yang Tinggi Untuk Apa...? hahahaha fesyen melayu nak menunjuk....

Di hujung tahun sebegini sememangnya para ‘bujang senang’ mahupun ‘bujang belum terlajak’ mengambil kesempatan untuk mengadakan hari yang mungkin paling bahagia dalam sejarah hidup iaitu perkahwinan.Mudah-mudahan dengan harapan sanak saudara dapat menjadi saksi akan pernikahan mereka disamping mengeratkan silaturrahim. Maklum lah masing-masing sibuk, menjadikan sanak saudara jarang bertemu. Setidak-tidaknya setahun sekali di kala hari raya. Itu pun seandainya ada cuti.masih ada yang tidak berkesempatan untuk meraikan hari bahagia tersebut dek kerana ketidakcukupan dana yang terkumpul untuk merealisasikannya. Mahu tidaknya sekarang semua barang naik. Kenapa barang naik? Saya tidak mahu jawab. Masing-masing tahu sebabnya. Masih belum terlambat untuk menurunkannya pada masa akan datang.
Kini mahar atau belanja perkahwinan menjadi bualan.
“Anak mak cik Limah tu SPM je, RM10k.”
“Anak Pak Seman pulak RM1k je, murah kan. Tak patut betul ustaz tu.”
“Anak saya kahwin RM7k, tu pun dekat sepuluh kali minta diskaun.”
Macam-macam orang cakap. Macam mahu jual barang. Hukum adat dan sifat berlumba-lumba di kalangan masyarakat hari ini semakin menjadi-jadi. Masing-masing ingin mengumumkan dan mengisytiharkan.
Anak Aku Paling Mahal
“Anak aku la paling ‘mahal’ setakat ni dalam kampung kita,” dengan penuh bongkak dan takabur berbicara, tanpa menyedari hakikat mahar yang disyariatkan.
Masyarakat menjadikan Islam itu semakin sukar untuk diamalkan. Menyukarkan untuk melaksanakan tuntutan Islam sekali gus membuka pintu maksiat yang dilakukan oleh pasangan kerana sukar untuk berkahwin. Inilah barah yang kian melanda dewasa ini.
“Mak tak payah la letak mahal-mahal sangat, dia bukan keje tetap lagi,” kata Lina.
“Hang gila ke apa? Aku bagi hang belajaq sampai Master, hang nak bagi kat dia RM2k aje? Baik hang cari orang lain yang lebih kaya kalau macam tu,” balas Mak Andak pada Lina. (ckp Kedah...orang Kedah mcm nie ke?)
Anak hanya menunduk diam. Tidak berani membantah cakap ibu. Dikhuatiri akan menderhaka. Kadang-kadang si anak memahami apa yang dikehendaki dengan perkahwinan, namun niat terhenti atas keinginan ibu bapa.
Macam-macam tanggapan masyarakat tentang belanja, mas kawin mahupun mahar. Terkadang seperti menjual anak pula. Kita lupa akan hakikat diri seorang insan yang bergelar wanita. Yang mana nilainya tidak ternilai dengan RM10k, RM100k dan sebagainya.
Martabat Wanita Di Sisi Agama
Sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi. Tidak dapat dibeli dengan segala jenis harta. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama hingga ke akhir hayat.
Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar. Selagi mana mempunyai nilai ia diterima sebagai mahar.
Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasul s.a.w bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan. Kerana apa, kerana ia mengikut kemampuan si lelaki. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, sudah pasti ia akan menyukarkan pihak lelaki.
Suami Akan Lakukan Yang Terbaik
Kepada kaum muslimah tidak perlulah risau, kerana bakal suami anda akan memberikan yang terbaik untuk anda. Pemberian yang lahir dengan penuh keikhlasan dalam hati lelakilah sebenarnya membawa keberkatan dan kebahagian dalam sesebuah keluarga.
Bilamana lelaki memberikan mahar yang diminta oleh pihak perempuan dalam keadaan tertekan, penuh bebanan dan sebagainya, inilah yang akan membawa kemudaratan di masa hadapan, nauzubillah min zalik.
Mungkin dengan mahar yang tinggi itu, si lelaki akan mengungkit itu dan ini di masa hadapan.
“Aku bayar sampai RM11k, ingatkan serba boleh. Goreng ikan pun tak masak betul, lipat baju pun tak pandai, masak kari pun masin dan bla bla bla….”
Pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.
Pesan Rasulullah s.a.w
Kita lupa akan pesan Nabi s.a.w yang mana Nabi menyebut,
“Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya.”
“Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya.”
“Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah.”
“Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi.”
Ini menunjukkan Islam tidak mahu menyusahkan umatnya dalam melaksanakan syariat kerana dengan itu akan timbul pelbagai masalah yang lain. Sedarlah kita bahawa kita perlu mengubah kembali persepsi masyarakat yang mengatakan, lagi tinggi harga mahar lagi tinggi darjat seseorang wanita. Ini salah sama sekali.

Selasa, 19 Julai 2011

Tanda Tanda Kiamat - Wikipedia.......(sekadar renungan dan ingatan bersama)

Tanda-tanda Kiamat menurut agama Islam merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.

Tanda-tanda besar
§  Hijaunya bumi Arafah.
§  Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni dari perkahwinan tidak sah atau perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah.
§  Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
§  Keluar asap tebal dibumi Hijaz.
§  Munculnya nabi-nabi palsu yang ke 40.
§  Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) dari manusia.
§  Berlaku perang besar dikawasan Kaukasus.
§  Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah.
§  3 kali gempa bumi.
§  Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
§  Bermulalah kekuasaan Dajjal.
§  Munculnya Imam Mahdi.
§  Turunnya Nabi Isa a.s.dan azannya mematikan Yakjuj dan Makjuj.
§  Matahari terbit dari ufuk barat.
§  Terdengar tiupan sangkakala pertama, kedua dan ketiga.
§   
Tanda-tanda kecil
Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.
§  Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari[1]
§  Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
§  Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
§  Bermaharajalela alat muzik
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
§  Menghias masjid dan membanggakannya
Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
§  Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
§  Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
§  Ramai orang soleh meninggal dunia
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
§  Orang hina mendapat kedudukan terhormat
Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani
§  Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
§  Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang 
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
§  Bulan sabit kelihatan besar
Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
§  Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
§  Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
§  Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim
§  Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
§  Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari
§  Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai
§  Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
§  Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
§  Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
§  Orang akan melakukan homoseksual.
§  Akan terdapat ramai anak luar nikah.
§  Berkurangnya sifat amanah
§  Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
§  Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
§  Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
§  Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
§  Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
§  Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnyapenyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi

§  Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
-hadis bawah-
§  Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
§  Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
§  Memandang rendah kepada darah
Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad

§  Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad

§  Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

§  Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah

§  Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari[2] dan Muslim
§  Banyaknya berlaku gempa bumi
§  Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
§  Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2]
"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari[2]
§  Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
§  Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.