Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 29 Disember 2011

PANTUN ''MUKA BUKU'' PUNYA ANGKARA

Dua minit sekali keluar post dia,
Sampai nak ke jamban pun di cerita
Dia ingat kawan-kawan nak tahu agaknya,
Dia tak tahu kita yang muak membaca..

Ada pulak yang marah tak kena masa,
line internet problem pun nak di marahnya,
Keluarlah ayat macam tak tiada agama,
Tapi sesekali judge book by its cover ya....

Tak kurang jugak yang bicara hal agama,
Walau tak banyak tapi berguna,
Buat peringatan kengkawan yang alpa,
Moga teknologi tak salah guna...

yang lain asyik duk like saja,
tak kira ape post tak kira siapa tuannya,
Ada kala tak baca pun isi cerita,
Yang penting like dia mesti ada...

Yang lagi satu cerita hal cinta,
Bergambar profil dah kompom laki / pompuan tu dia yang punya,
mula la keluar ayat manis dari gula,
kita tengok lagi sehari kecewa ke gembira...

Ada yang tulis suka suka,
kadang mengarut kadang berduka,
Mencari kenalan sekadar teman bicara,
Mana la tahu,sangkut sorang dua...

Tulah dia ''MUKA BUKU'' punya angkara,
Ada baik ada buruknya,
Elok dipakai elok la dia,
Tepuk dada tanya selera... ( Iman )

Isnin, 26 Disember 2011

PERIHAL CINCIN RISIK,CINCIN TUNANG,CINCIN KAWIN,CINCIN CERAI

PERIHAL CINCIN RISIK,CINCIN TUNANG,CINCIN KAWIN,CINCIN CERAI

CINCIN RISIK
~majlis sebegini hanya sesuai utk perempuan yg TIDAK mengenali bakal suaminya.tetapi pd zaman skrg upacara risik ini adalah adat yg karut.mengapa dikatakan karut?nak risik apenya kalau dh diusung kesana kemari,dh knl mak bapak.dh la di usung kehulu ke hilir,baru nk merisik?amat pelik dunia hari ini..

CINCIN TUNANG
~Dalam Islam memang ada pertunangan tetapi pertunangan adalah untuk persediaan perkahwinan.Selalunya dalam Islam pertunangan adalah SINGKAT,khusus sebagai "time frame" bagi menyiapkan segala rupa persediaan perkahwinan.Tarikh kawin sudah ditetapkan dengan PADU.tetapi dunia hari ini?pertunangan adalah "lesen" utk kluar bsama,"lesen" utk bgaul tnpa batasan.tarikh kwin blom tentu lg..pelik kn?

CINCIN KAWIN
~pernikahan/perkahwinan itu wajib bg yg mampu tetapi majlis besar2an blh btukar menjadi HARAM.pembaziran, pergaulan bebas dan bertentangan dengan ajaran Islam. Islam tidak menganjurkan begitu.perkahwinan bknlah utk menunjuk2.menyentuh ttg hantaran ada yg melucukn.hantaran mengikut gred KELULUSAN."eh spupu sy grad kolej,hntrannya sekian2"<---kalo grad 4flat+tahu agama blh thn..ni pointer pn ckup mkn jer..

Jadi,sudah ada 3 cincin untuk melayani adat gila:Cincin Merisik Khabar,Cincin Tunang, Cincin Kahwin.Kena tambah satu lagi sebagai persediaan: CINCIN CERAI.Setuju?Sebab kahwin lawannya cerai.Hanya untuk persediaan.Selepas itu kenalah ada CINCIN RUJUK. Kalau dah cerai nak rujuk kembali, kena juga sediakan cincin.

p/s:demikianlah alkisahnya cincin yg dikaitkn dgn adat2 pelik dlm masyarakat kita hari ini.pttlah lbh ramai yg mbujang skrg.xmahu melayani adat pelik2.kesimpulannya dahuluknlah SYARIAT..bukan adat.adat juga kebnyakannya boleh btukar kpd SYIRIK.ISLAM itu mudah.jgnlah kita menyusahknnya dgn adat2 yg sgt pelik yg btentangan dgn ajaran agama.wallahu'alam...

Sabtu, 17 Disember 2011

21 Ayat Ayat Cinta


1.Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,debu beralih emas,keruh menjadi bening,sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga,derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

2.Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

3.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu.Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

4.Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.Jika tidak,kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

5.Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum,sambil berkata:aku turut bahagia untukmu.

6.Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

7.Jika kita mencintai seseorang,kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

8.Perasaan cinta itu dimulai dari mata,sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang,cukup dengan menutup telinga.Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai,cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

9.Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia,lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya.Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

10.Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan.Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,tetapi menghembuskan kegagahan.Cinta bukan melemahkan semangat,tetapi membangkitkan semangat.

11.Cinta mampu melunakkan besi,menghancurkan batu,membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin.Inilah dasyatnya cinta!.

12.Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga,manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

13.Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.namun apabila sampai saatnya itu,raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

14.Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

15.Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka.Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

16.Bercinta memang mudah.Untuk dicintai juga memang mudah.Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

17.Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang,ialah jangan menuntut agar kita dicintai,tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

18.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang,ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya,dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

19.Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,sehinggalah kamu kehilangannya.Pada saat itu,tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

20.Cinta tidak pernah meminta,ia sentiasa memberi,cinta membawa penderitaan,tetapi tidak pernah berdendam,tidak pernah membalas dendam.Di mana ada cinta di situ ada kehidupan,manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

21.Jangan mencintai seseorang seperti bunga,kerana bunga mati dikala musim berganti.Cintailah mereka seperti sungai,kerana sungai mengalir selamanya.

Khamis, 15 Disember 2011

Kenapa Ada Jerawat di Anggota Badan?



DAHI - Jerawat di dahi disebabkan haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air banyak.

HIDUNG - Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi.

DAGU - Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI - Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN - Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN) - Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan ikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Kenapa lelaki suka payudara wanita


Kenapa lelaki suka payudara wanita? Mengapa pulak lelaki tidak suka pada payudara wanita? Itulah lumrah jika tak perlu dihuraikan. Lelaki yang telah diciptakan oleh Allah swt, dengan sendirinya suka pada payudara wanita. Tapi ada juga yang suka kepada payudara bapok atau pondan! heh.. tajuk ini tak akan dimasukkan dalam artikel ini.
101 Sebab Mengapa Lelaki suka pada Payudara Wanita
1. Dari kecil lagi, walaupun tidak kenal apa itu payudara, apa fungsi payudara, Mereka (ibu) tidak kira lelaki atau perempuan tetap akan dipaksa atau ditonyohkan muncungnya dengan puting tetek / puting payudara. Oleh itu, tidak hairanlah walaupun tak suka nak hisap payudara tetap dipaksa suruh suka. Bak kata kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya.. betul tak? Nah! Sekarang dah besar, mestilah lagi suka. Gambar selanjutnya..
2. Kerana payudara susah nak dilihat. Payudara disimpan dengan rapi dan selalu disorok dari pandangan. Benda yang selalu disorok membuatkan manusia ingin mengetahui dan apakah isi serta keistimewaannya.
3. Tidak puas melihat payudara. Payudara walaupun dilihat tetap tidak puas jika tidak nampak puntingnya. Apabila sudah nampak puting, masih tidak puas jika tidak menyentuhnya. Apabila dah sentuh, masih tak puas kalau tak meramasnnya, masih tak puas lagi menciumnya, masih tak puas gomol pulak, gigit dan proses itu akan berulang-ulang tiada akhirnya.
1o1 lagi sebab banyak sebab untuk anda suka payudara. Hanya anda yang tahu apa yang anda suka. Anda suka yang putih, hitam, pink, kecil, besar, montok, munggil? Londeh? Eh.. tak mungkin..
Oleh itu, wanita memang suka menunjuk-nunjuk payudaranya supaya lelaki yang melihatnya gereeemmm.. dan tak tenteram..

Jumaat, 9 Disember 2011

KELEBIHAN NIKAH.....

KELEBIHAN NIKAH.....

saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!(nok kabo bnyaknya pahala)
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!....
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!....

Pakcik Penternak Kambing

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama.....

Khamis, 8 Disember 2011

10


Sekiranya korang sangat memahami tubuh korang, korang mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan korang. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim.

Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Korang mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari korang.

2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara
Sekiranya kulit di sekitar puting korang menjadi kehitaman, kemungkinan korang sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing korang, korang akan merasa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan korang berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi diawal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya korang mengandung, buah dada korang akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada korang sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, korang mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Korang juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa korang sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya korang bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandung.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya korang memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas korang setiap pagi, korang akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period
Sekiranya haid korang teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk korang menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya korang sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar korang sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan Tahniah!

Usah Risau Jika Belum Berpunya...



Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh. “Orang lain semua dah nak kawin, tinggal aku sorang saja”. Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.

“Aku tak cantik ke?”
“Aku kurang bergaya ke?”
“Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?”
“Aku tak pandai meng’ayat’ agaknya.”

Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang masih belum berpunya. Rasa rendah diri, stress dan gelojak rasa ingin memiliki membutakan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasa peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik- serik lagi diri didustai. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta cinta. Semua batasan- Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.

Oh, remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya sudah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak- anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Kuhembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga. Bagi para- para gadis yang belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba giliran anda mendapat seruan, yakinlah!

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita- cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.

Begitu jugak buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first”. Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali prioriti anda sekarang. Jika memang sudah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul- betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan berputus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan- Nya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana? Dengan SMS siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik- baiknya, gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam yang jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tidak disalur dengan suluhan petunjuk Al-Quran dan Sunnah.

Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti. Sama ada kita mendapatkannya dengan cara yang mulia atau sebaliknya. Wallahu’alam.

TUJUH BAHAGIAN ISTERI YANG MUDAH TERANGSANG


PAYUDARA

Payudara sudah pasti antara bahagian yang perlu di rangsang ketka melakukan hubungan seks. Bahagian ini sangat sensitif pada sentuhan dan rangsangan. Tip untuk merangsang bahagian ini adalah meramasnya dengan lembut tetapi tegas. Ada keadaanya, meraba dan meramas payudara isteri perlu dilakukan dengan kuat pada sebelah kanan dan lembut pada sebelah kiri. Untuk merangsang isteri, pastikan ia tidak meyakitkan dengan melihat reaksinya atau bertanyakan kepadanya.
BIBIR
Bahagian kedua adalah bahagian bibir isteri anda. Bahagian ini jika anda cium dengan cara yang betul boleh datangkan inzal pada isteri anda. Pastikan anda hanya mengucup isteri hanya sekali saja bagi membuka tirai ciuman dan biarkan isteri melakukan seterusnya kemudian anda perlu ikut alunannya. Meransang isteri pada bahagian bibir lebih cepat memberikan impak disusuli dengan rabaan pada payudara atau vagina isteri.
KETIAK
Bahagian seterusnya adalah bahagian ketiak.Walaupun bahagian ini agak ganjil, namun ada wanita yang sangat terangsang jika anda mencium dan menjilat bahagian ini. Dari bahagian tersebut anda perlu susuri hingga ke bahagian leher ( ke atas) atau terus kebahagian pusat dan vagina ( ke bawah). Sesetengah wanita akan lebih mudah terangsang pada bahagia leher. Oleh itu anda sebagai suami perlu mencuba menyelusuri arah untuk mengetahui dan merangsang isteri dengan lebih berkesan.
KAKI
Kaki isteri adalah antara bahagian yang sangat sensitif. Ketika anda sedang cium bibir isteri anda, anda rangsang kaki isteri anda dengan menggeserkan bahagian tersebut dengan kaki anda sendiri. Anda juga boleh cium dan menggunakan lidah pada bahagian kaki isteri anda. Selain itu, urutan pada bahagian ini juga boleh menaikkan nafsu isteri anda. Meransang isteri anda melalui bahagian kaki akan memberikan kedaan relaks kepadanya.
IBU JARI KAKI
Bahagian kelima adalah ibu jari kaki isteri anda. Ingat, jika anda kurang senang atau merasa geli untuk rangsang bahagian ini, anda lakukan selepas isteri anda mandi. Bahagian ibu jari mempunyai deria yang amat sensitif dan sedikit sebanyak memberi kejutan awal bagi merangsang isteri. Setelah itu juga anda boleh beralih arah ke bahagian atas tubuh isteri untuk melakukan ransangan seperti bahagian-bahagian yang dinyatakan diatas.
PUNGGUNG
Bahagian keenam adalah punggung isteri anda. Ramasan yang mencengkam pasti akan menaikkan nafsu isteri anda. Tips untuk anda, ketika mencium isteri sambil berpelukan, lakukan rabaan halus kemudian disusuli dengan ramasan yang kuat tapi pastikan tidak hingga menyakitkan isteri. Hal ini akan membuakan nafsu isteri melonjak sekaligus merangsang isteri. Lakukannya berulang kali sehingga isteri anda mula mencengkam dengan kedua-dua kakinya pada tubuh anda.
PERUT
Bahagian terakhir adalah bahagian perut isteri anda. Sensasi pada bahagian pusat adalah di mana membuat isteri anda berasa ceria apabila anda mencium pada bahagian itu. Hali in kerana, ia adalah simbol keceriaan dan kasih sayang. Reaksi isteri akan lebih kepada ransangan kasih sayang dan penghargaan kepadanya. Kemudian alihkan ke tepi pada bahagian pinggan, atau bahagian bawah, iaitu vagina ataupun bahagian atas tubuh isteri anda.
Ketujuh – tujuh bahagian atas adalah bahagian jika di rangsang boleh menaikkan nafsu isteri anda. Vagina adalah bahagian utama yang sensitif. Namun, ketujuh – tujuh bahagian di atas penting untuk menambah perisa dalam hubungan seks suami isteri anda. Meransang isteri perlulah dilakukan dengan kasih sayang. Untuk melakukannya, pastikan persiapan dibuat dengan rapi seperti membersihkan diri dan memakai wangian haruman bagi menaikan mood bagi merangsang isteri anda dengan cara terbaik.