Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 27 Ogos 2012

Untuk Merawat Sakit Mata

Petua Perubatan Islam 
Untuk Merawat Sakit Mata

Sakit mata memang amat memedihkan dan membuatkan kita tidak mampu melaksanakan kerja seharian dengan sempurna. Sakit mata dipecahkan banyak kategori di antaranya sakit kerana demam panas, jangkitan virus, dimasuki serangga, sampah dan tumbuhan.

1. Baca doa sakit mata.

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَأْسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إِلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا، وَلَا اَلَمًا اِلَّاشِفَاهُ، فَكَشَفْنَا عَنكَ غِطَاءكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ، فَسَتُبْصِرُ وَيُبْصِرُوْنَ

2. Jika sakit mata kanan
a. Pesakit Pejam mata. Pesakit berada depan perawat dan mendiamkan diri.
b. Perawat juga pejam mata.
c. Perawat gunakan tangan kiri
d. Sapu mata perawat sebelah kanan dengan tangan kiri dari atas dan letak di mata kanan perawat sambil membaca:
alif ba ba berubah
alif ba ba beralih
alif ba ta turun

3. Jika sakit mata kiri
a. Pesakit Pejam mata. Pesakit berada depan perawat dan mendiamkan diri.
b. Perawat juga pejam mata.
c. Perawat gunakan tangan kanan
d. Sapu mata perawat sebelah kiri dengan tangan kanan dari atas dan letak di mata kanan perawat sambil membaca:
alif ba ba berubah
alif ba ba beralih
alif ba ta turun

4. Untuk mata yang dimasuki sampah/serangga, ulang sekali lagi jika tidak sembuh juga.

5. Berikan air bismillah 5 dan bismillah 6.

Ahad, 26 Ogos 2012

Ops Mai Pulai'

Ops Mai Pulai'

Rangka pejuang Iban Trackers, Sarawak Rangers disemadikan penuh istiadat

TIDAK ramai mengetahui jasa dan pengorbanan anggota tentera peribumi 'Iban Trackers' dan 'Sarawak Rangers' yang sanggup meninggalkan keluarga di Sarawak untuk membantu tentera British khususnya dari Rejimen Gurkha berjuang menentang pengganas komunis di Malaya dan Singapura pada era darurat. Berbekalkan semangat 

`Agi Idup Agi Ngelaban' yang menjadi prinsip perjuangan pahlawan Iban sejak dulu, tentera peribumi itu sanggup menempuh cabaran berjuang di negara orang kerana ketika itu, Sarawak dan Malaya (kini Semenanjung) belum bergabung membentuk sebuah negara.

Tentera British berpangkalan di Sarawak menjelajah segenap pelosok negeri mencari anak watan khususnya generasi muda Iban untuk menyertai mereka menggempur pengganas komunis yang mengucar-kacirkan ketenteraman penduduk Malaya ketika itu.

Anak muda Iban menjadi keutamaan tentera British, kerana mereka memiliki kemahiran luar biasa di hutan belantara, bukan saja menjejaki, malah mampu menghidu kehadiran musuh, selain mahir menjalani ikhtiar hidup untuk bertahan berbulan lamanya di hutan tanpa bekalan makanan dibawa dari kem.

Justeru, tidak hairanlah sepanjang era darurat mulai 1948 hingga 1960, lebih 1,000 anak muda Iban dari segenap pelosok Sarawak dikerah ke Malaya untuk menjadi `pengesan' kepada tentera British.

Mereka diberi latihan asas peperangan menentang insurgensi termasuk menggunakan senjata automatik bagi bertindak balas jika diserang hendap. 
Setiap anggota hanya berkhidmat kira-kira tiga bulan di Malaya ketika zaman darurat dan dalam tempoh itu, seramai 1,168 pejuang Iban menabur bakti hingga 21 daripadanya maut dalam pertempuran dengan komunis.

Kesukaran perhubungan ketika itu memaksa jenazah pejuang yang gugur di medan pertempuran, terpaksa dikebumikan di beberapa lokasi di Semenanjung dan Singapura.

Ini menyebabkan waris pejuang tidak berpeluang menziarah kubur mereka iaitu satu di Perkuburan Kristian, Jalan Sultanah, Alor Setar; empat di Perkuburan Kristian Jalan Kamunting, Taiping; dua di Perkuburan Kristian Batu Gajah; tujuh di Perkuburan Tentera di Kem Terendak; empat di Perkuburan Kristian Jalan Cheras, Kuala Lumpur dan dua di Perkuburan Tentera Kranji di Singapura.

Veteran Rejimen Renjer Diraja (RRD), Left Kol (B) Robert Rizal Abdullah, yang menyedari nasib menimpa pejuang yang gugur itu meninjau sebuah kubur di Alor Setar, milik Lans Koperal Ungkok anak Jugam yang meninggal dunia pada 13 Februari 1955.

Sedih melihat kubur di tepi jalan sibuk itu pada 2007, Robert Rizal berusaha mendapatkan bantuan Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Sarawak untuk memindahkannya ke tempat sewajarnya bagi seorang wira negara.

"Ketika itu saya terfikir, jika satu kubur pahlawan gagal dijaga pihak berkuasa, bagaimana dengan yang lain. Jadi, saya bertekad memindahkan kubur itu ke Kuching bagi memudahkan waris menziarahinya," katanya.

Robert Rizal tidak jemu meminta bantuan kerajaan merealisasikan hasratnya memindahkan rangka pejuang itu dan pada 23 Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika melawat Sarawak memberi jaminan menjayakan operasi khas dinamakan `Ops Mai Pulai' yang bermaksud Operasi Bawa Pulang.

"Akhirnya, dalam tempoh lima bulan, hasrat melihat rangka pejuang dikuburkan semula di tanah kelahiran mereka menjadi kenyataan," katanya pada majlis pengebumian 21 rangka itu di Tanah Perkuburan Pahlawan, berhampiran Taman Budaya, Kuching, baru-baru ini.

Rangka pejuang Iban Trackers dan Sarawak Rangers itu diterbangkan dengan pesawat pengangkut Hercules C-130 dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dan tiba di pangkalan TUDM Kuching tepat jam 1.30 petang, 26 Julai lalu.

Penghormatan tentera diberi anggota Batalion Ke-3, RRD sebaik keranda kecil menempatkan rangka pejuang itu tiba di Kuching dan beberapa pemimpin kanan kerajaan negeri termasuk Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang serta beberapa menteri Kabinet dan pegawai kanan tentera termasuk Panglima Wilayah Dua, Left Jen Datuk Awie Suboh, Panglima 3 Briged, Brig Jen Datuk Ramli Jaafar dan Panglima 9 Briged, Brig Jen Stephen Mudaw, menyambut ketibaan rangka pejuang itu yang diiringi Pahlawan Negara, PWI (B) Temenggong Kanang anak Langkau.

Pada 27 Julai, semua rangka 21 pejuang itu disemadikan di Tanah Perkuburan Pahlawan Kuching dan sekali lagi istiadat penuh tradisi ketenteraan diadakan dan dihadiri Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beberapa waris pejuang nyata terharu dengan usaha murni kerajaan serta individu yang membantu Ops Mai Pulai itu, yang menjadikan harapan mereka menziarahi kubur pejuang itu kini satu kenyataan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/OpsMaiPulai_/Article

Dosa Besar - Mengadu Domba

Dosa Besar - Mengadu Domba.

Mengadu domba merupakan perbuatan yang boleh mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua belah pihak. Sikap suka menyampaikan cerita atau menyampaikan percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di hati pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak adalah sama dengan menabur fitnah.

Dalam peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril ‘alaihisalam menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”.

Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab an-namimah. An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut.

Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.

Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain “ Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini”.

Contoh ucapan atau kata-kata lain yang menggambarkan tentang perbuatan mengadu domba, antaranya: “Dia melakukan begini terhadap hakmu”, “dia merancang untuk merosakkan urusan kamu”, “dia merancang untuk membantu musuh kamu” atau “dia memburuk-burukkan tentang hal dirimu”.

Hukum Mengadu Domba

Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam al-Ghazzali Rahimahullah menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).

Perbuatan yang dianggap mendedahkan sesuatu perkara itu adalah samada dengan kata-kata atau dengan tulisan atau dengan isyarat atau dengan gerak-geri, samada yang disampaikan itu daripada perbuatan atau percakapan, samada ianya tentang keaiban atau kekurangan pada diri orang yang dikatakan.

Hakikat mengadu domba ialah mendedahkan atau membuka rahsia seseorang yang dia sendiri tidak suka orang lain mengetahuinya. Maka jika seseorang itu melihat sesuatu perkara (hal ehwal orang lain) hendaklah dia mendiamkan diri sahaja tanpa perlu menyebarkannya pada orang lain.

Walau bagaimanapun jika dengan menceritakan sesuatu perkara itu mendatangkan faedah kepada orang Islam atau dapat mencegah daripada berlakunya maksiat, maka tidaklah menjadi kesalahan jika dimaklumkan kepada yang lain. Contohnya: jika dia melihat seseorang mengambil harta orang lain, maka hendaklah dia menjadi saksi bagi melindungi hak orang yang empunya harta tersebut. Namun jika tujuan sebaliknya, perkara menceritakan hal atau percakapan orang lain dianggap sebagai mengadu domba.

Balasan Mengadu Domba

Mengadu domba merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar kerana perbuatan ini akan mengakibatkan perkelahian antara dua belah pihak. Maka oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Taala telah menjanjikan balasan azab yang pedih kepada golongan pengadu domba.

1. Firman Allah Subhanahu wa Taala yang menggambarkan tentang kecelakaan dan penghinaan bagi pengadu domba:

Tafsirnya: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.”
(Surah Humazah: 1)

Penghinaan, azab serta kebinasaan dari Allah Subhanahu wa Taala bagi golongan pencaci dan pengeji. Pencaci dan pengeji menurut Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu: orang yang suka mengadu domba, merosakkan kasih sayang (sesama manusia) dan penzalim yang membuka keaiban (orang lain).

2. Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:

Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).”
(Surah al-Qalam: 11-13)

Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”
(Hadis riwayat Muslim)

3. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam berjalan pada suatu tempat lalu mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya.
Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Dua orang (yang berada dalam kubur ini) disiksa, tapi bukan disiksa kerana melakukan dosa besar.”

Baginda Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Ya, salah seorang daripada keduanya itu tidak bersuci dengan bersih setelah berkencing, sementara yang satu pula berjalan (di kalangan manusia) dengan mengadu domba”.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Bedasarkan al-Qur’an dan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, mengadu domba itu adalah haram dan neraka adalah tempat mereka sebagai balasan daripada Allah Subhanahu wa Taala. Adalah menjadi kewajipan kita untuk tidak melakukan perbuatan tersebut dan menolak jika di datangi oleh golongan yang suka melakukan sedemikian.

Cara Menolak Jika Didatangi Oleh Pengadu Domba

1) Jangan mempercayainya, kerana orang yang suka mengadu domba adalah orang yang fasik. Orang yang fasik ialah orang yang ditolak kesaksiannya (syahadah). Allah Subhanahu wa Taala berfirman:

Tafsirnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
(Surah al-Hujurat: 6)

2) Melarangnya supaya tidak mengadu domba dan menasihatinya serta mencela perbuatannya itu sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah dari melakukan perbuatan yang mungkar.”
(Surah al-Luqman:17)

3) Hendaklah membenci perbuatan mengadu domba itu kerana Allah Subhanahu wa Taala. Sesungguhnya perbuatannya itu sangat dibenci oleh Allah Subhanahu wa Taala. Maka wajib kita membenci perbuatannya sebagaimana Allah Subhanahu wa Taala membenci perbuatan tersebut.

4) Janganlah bersangka buruk terhadap sesama saudara dalam Islam yang tiada pada ketika itu. Firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”
(Surah al-Hujuraat: 12)

5) Tidak perlu memperbesar-besarkan apa yang disampaikan kepada kamu dengan mengintip atau mencari (keburukan) untuk memastikan (apa yang disampaikan), sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”
(Surah al Hujuraat: 12)

6) Jangan kamu menerima apa yang kamu sendiri tidak suka dan melarang dari perbuatannya. Dan jangan disampaikan pula cerita tersebut pada yang lain, contohnya kamu berkata: “Si Fulan memberitahu kepadaku begini”. Perkara seumpama ini juga dianggap sebagai mengadu domba dan mengumpat. Maka dalam keadaan ini, kamu sendiri melakukan apa yang kamu sendiri melarang (orang lain melakukannya).

Peliharalah lidah daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syariat, seperti mengadu domba atau menyebar fitnah kerana ia merosakkan perhubungan sesama insan. Takutlah terhadap balasan mengadu domba itu. Balasannya adalah api neraka sebagaimana yang diperlihatkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam pada malam Isra‘ dan Mi‘raj.

Khamis, 23 Ogos 2012

Petua Menangani Cinta Jinak-Jinak Merpati

Petua Menangani Cinta Jinak-Jinak Merpati 

1. Jangan terlalu banyak berharap - Itulah kunci kejayaan utama untuk mendapatkannya atau untuk menakluk hatinya. Dengan cara begitu dia pula yang akan mengejar anda. Jangan mudah terus-menerus mengirim sms atau menelefonnya.

2. Kenali Isi Hatinya - Sebelum anda meluahkan perasaan cinta kepadanya, alangkah baiknya jika anda mengenali terlebih dahulu akan isi hatinya.

3. Dekati Keluarganya - Biasanya seorang wanita jenis jinak-jinak merpati seperti ini suka kalau keluarganya rapat atau akrab dengan anda. Sebab itulah anda harus mendekatkan diri anda dengan keluarganya. Pasti anda akan menjadi pasangan hidupnya.

4. Lihat Bahasa Tubuhnya - Tidak semua wanita suka pada anda, atau mahu ikut cakap atau kemahuan anda. Anda harus memperhatikan bahasa tubuhnya. Misalnya, ketika dia berbual dengan anda. Anda pastikan samada dia menatap wajah anda terus-menerus atau tidak. Jika ya, itu bererti dia suka pada anda. Atau semasa berbincang, jarinya bermain-main gelas. Itu bermakna anda sudah hampir mendapatkannya. Itulah tandanya dia suka kepada anda.

Rabu, 22 Ogos 2012

Petua Untuk Menegur Orang

Petua Untuk Menegur Orang

1. Perbezaan pendapat dan pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah. Apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa. Allah s.w.t. telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, ‘‘Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran, ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.

2. Janganlah pulak kita terlalu gopoh kehadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar. Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya.

Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi menjelaskan sesuatu perkara. 3 faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu adalah seperti berikut:

a. Tidak merendahkan ego orang yang ditegur
b. Mencari waktu yang tepat
c. Memahami kedudukan orang yang ditegur

Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira samaada kita pemimpin atau tidak, tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia. Kalau kita gagal mengawal perasaan kita berhujah, pasti akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.

3. Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain. Ia terkandung dalam Al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;
‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”

4. Oleh itu kita perlulah berhemah apabila menegur “kesilapan” orang lain. Jangan kita mudah ikut hati atau emosi kita tanpa menyiasat keadaan sebenar. “Kesilapan” orang lain mungkin bukan “kesilapan” bagi mereka, kerana mungkin mereka ada sebab-sebab yang kukuh yang mendorong mereka membuat sesuatu perkara. Jadi, eloklah kita siasat atau tanya dengan cara berhemah untuk mengetahui kedudukan sebenarnya.

Doa dan Ayat Penawar Untuk Masalah Kemandulan

Doa dan Ayat Penawar 
Untuk Masalah Kemandulan 

Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Al-Anbiyaa' ayat 74 hingga 81, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

2. Surah Al-Waaqi'ah ayat 36 hingga 74, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

Amalan Minggu Ketiga dan Keempat:

1. Surah Al-Qasas ayat 79 hingga 88, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

2. Surah Ar-Rahmaan ayat 21 hingga 60, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

Petua Untuk Wanita Mencari Jodoh

Petua Untuk Wanita Mencari Jodoh

1. Hati mesti bersih. Jangan cepat atau mudah menyampah, ataupun cepat meluat atau benci dengan orang. Kikiskan sika-sikap negatif agar terpancar ketulusan dan keikhlasan hati anda.

2. Bersikap positif terhadap orang lain. Jangan mudah syak wasangka yang bukan-bukan. 

3. Ikhtiar. Ini amat penting. Kalau boleh amalkan mandi bunga supaya terserlah keserian wajah.

4. Berdoa pada Allah s.w.t. Baca ayat 1000 dinar 3 kali dan surah Yusuf ayat ke 4 selepas setiap solat.

5. Jika bercakap dengan lelaki jangan kasar dan jangan lembut sangat. Orang lelaki paling tak suka kalau perempuan cakap kasar. Dalam hati mereka akan berkata: “Muka aje lawa, tetapi mulut … mak ooi! Tak boleh bawak ke majlis …”

6. Mempunyai perasaan sayang dan perihatin terhadap orang lain. Jangan bersikap jaga kepentingan diri sendiri sahaja.

Petua Untuk Menjaga Rambut Panjang

Petua Untuk Menjaga Rambut Panjang

1. Gunakan Jari Anda - Sebaik sahaja anda bangun tidur, jangan gunakan sikat untuk menyikat rambut. Sebaliknya, gosokkan jari anda di kulit kepala dan uraikan helaian rambut untuk meleraikan rambut yang kusut dan berpintal. Jika anda ubah taktik ini mulai sekarang dengan menggunakan jari anda, ia akan memberi kesan yang positif pada rambut anda serta mampu mengurangkan pengguguran rambut.

2. Berus Rambut Anda Selalu - 

a. Ada sesetengah wanita khuatir jika mereka menyikat rambut selalu akan mengakibatkan rambut gugur. Sebenarnya, jika anda selalu memberus rambut, rambut anda akan bertambah sihat. Bagi anda yang berambut panjang, anda dinasihatkan supaya menggunakan berus rambut berbulu dengan permukaan bulat. Mulakan memberus dari bahagian atas kepala sehingga ke bawah. Kemudian, berus dari bahagian rambut yang dalam pula. Selepas memberus, gunakan jari untuk memberi kesan yang lebih.

b. Jangan berus rambut anda semasa ia masih basah. Sebaiknya, gunakan berus bergigi besar untuk menyikat secara lembut supaya tidak merosakkan akar-akar rambut. Ini kerana, rambut yang basah mempunyai struktur yang lemah dan akan mengakibatkan rambut mudah gugur.

3. Jangan Lupa Sikat Rambut - Menyikat rambut adalah untuk memperkemas, mencantik dan menggayakan rambut. Bahagikan rambut anda kepada beberapa bahagian yang kecil dengan menggunakan sikat bergigi jarang. Sikat rambut anda perlahan-lahan bermula dari atas ke bawah. Jangan sesekali menyikat rambut jika ia berpintal.

4. Keringkan Rambut - Jika anda berambut panjang ia perlu dikeringkan terlebih dahulu. Gunakan alat pengering rambut yang sesuai. Semasa anda mengeringkan rambut, pilih pengering rambut yang boleh mengeluarkan suhu yang sejuk. Ia baik untuk rambut panjang.

5. Pilih Syampu YangTerbaik - Pastikan syampu anda mempunyai perapi yang dapat membantu memberi pelembapan pada rambut secara menyeluruh. Semasa mencuci rambut dengan syampu, ratakan sedikit syampu pada seluruh kepala dan bilas dengan air. Seterusnya, bilas dan syampu rambut untuk kali kedua. Ketika ini, urut kepala secara perlahan-lahan untuk menyihatkan akar-akar rambut.

6. Peka dengan Keadaan Sekeliling - Lindungilah rambut anda daripada pendedahan berterusan pancaran matahari, air bergaram, air berklorin, angin dan pencemaran. Semua ini boleh merosakkan rambut dan mudah membuatkan rambut anda kusut masai. Anda juga boleh mengenakan tudung untuk melindungi rambut panjang daripada persekitaran yang tercemar. Penggunaan topi dan skaf juga digalakkan untuk mengekalkan kesihatan rambut.

Petua Untuk Kuruskan Badan

Petua Untuk Kuruskan Badan

1. Jangan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi, roti, meehon, keow teow atau mee.

2. Jangan makan makanan yang mempunyai kandungan gula atau garam yang tinggi seperti ikan masin, kicap, cili sos, tomato sos, yogurt manis dan sebarang jeruk.

3. Jangan makan “frozen food” (makanan beku sejuk) seperti burger, bebola ikan, sosej dan sebagainya.

4. Kurangkan pengambilan minuman yang berkafein seperti teh dan coklat. Kafein melambatkan pembakaran lemak.

5. Minum air masak (air suam atau air sejuk) sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

6. Banyakkan makan sayur-sayuran dan makanan yang berasaskan soya.

7. Anda boleh makan daging, ikan, makanan laut dan juga keju (cheese). Tetapi jangan makan nasi atau roti.

8. Anda mesti bersenam sekurang-kurang 30 minit sehari.

Jumaat, 17 Ogos 2012

4 Unsur Manusia

(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan
(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas

TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.

** Kenyataan di atas hanyalah kajian teori ahli falsafah

Khamis, 16 Ogos 2012

Petua Untuk Memahami Psikologi Wanita

Petua Untuk Memahami Psikologi Wanita

1. Wanita selalunya mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membangkitkan perasaannya.

2. Dia mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.

3. Dia amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya
dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.

4. Dia suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya, malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.

5. Dia berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan
kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding akalnya.

6. Dia cepat cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.

5 Jenis Rahsia Lelaki

‎5 Jenis Rahsia Lelaki 
Orang Perempuan Tidak Tahu

Adakah anda sebagai wanita merasakan bahawa pasangan anda sudah terlalu jujur untuk menceritakan segala rahsia? Pasti tidak. Ini kerana, ada sesetengah lelaki biasanya akan menyimpan sedikit rahsia yang terlalu peribadi bagi mereka. Jadi apakah rahsia terbesar yang selalu disimpan oleh sesetengah lelaki?

1. Cerita Seks- Ada sesetengah lelaki suka menonton filem seks secara langsung atau pun tidak langsung. Ini berkemungkinan disebabkan sifat keinginan seks lelaki adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita.

2. Mengintip - Salah satu perkara sesetengah lelaki suka lakukan adalah dengan mengintip maklumat peribadi seseorang wanita yang mereka gemari. Tidak kira samaada mereka sudah berpasangan ataupun tidak. Kegiatan ini merupakan satu perkara wajib bagi sesetengah lelaki.

3. Tidak Menolak Peluang - Sekiranya ada wanita lain yang cuba menggoda seorang lelaki, tambahan pula wanita tersebut mempunyai wajah yang menarik dan ciri wanita idaman yang lebih hebat daripada anda, agak sukar untuk sesetengah lelaki menolak pelawaan mereka. Ini menyebabkan dia akan melayan wanita tersebut tanpa pengetahuan anda.

4. Lelaki Mudah Bosan- Kebiasaannya, lelaki akan bersifat romantik pada permulaan hubungan. Tetapi apabila hubungan telah menjangkau usia dan masa, sifat romantik akan terhakis sedikit demi sedikit. Oleh itu, janganlah mengharapkan sangat, kerana ada wanita lain yang lebih muda dan cantik daripada anda, akan menyusul pula.

5. Penggoda - Tidak bermakna sekiranya seseorang lelaki itu sudah mempunyai pasangan, dia akan berhenti daripada cuba menggoda wanita lain.

Kenapa Manusia Suka Merajuk?

Kenapa Manusia Suka Merajuk?

1. Mustahil ada orang merajuk tiada bersebab. Barangkali kita yang tidak tahu sebabnya. Penyakit merajuk tidak kenal gender atau usia. Lelaki dan wanita sama sahaja kerana kedua-duanya pandai merajuk. Siapa kata lelaki tidak pandai merajuk? Lelaki pun ada perasaan dan sensitiviti seperti perempuan. Cuma lelaki lebih bijak apabila merajuk kerana dia tahu tiada siapa yang akan memujuk. Wanita apabila merajuk memang menakutkan terutama bagi lelaki yang tidak pandai memujuk. Penyakit merajuk ini kalau tidak pandai memujuk, meleret-leret jadinya. Malah berpanjangan sampai beberapa hari.

2. Memujuk juga kena ada cara dan gaya kerana silap-silap akan bertukar menjadi pertengkaran. Malah apabila selalu dipujuk, maksudnya setiap kali dia merajuk, kita memujuk, lama-lama dia naik tocang. Silap sikit, merajuk. Tidak kena sikit, tarik muka masam. Salah sikit, memuncung. Boleh pengsan kita dibuatnya. Merajuk orang muda yang baru bercinta atau baru mendirikan rumah tangga merupakan perkara biasa. Sesekali merajuk ada faedah juga kerana dapat menambahkan keindahan kasih sayang. Perempuan kalau pandai merajuk memang manis dan menggoda. Merajuk orang bercinta dapat memberikan kesegaran kepada cinta. Tetapi janganlah kerap sangat nanti runtuh cinta. Merajuk laksana awan gelap. Selepas awan menghilang, maka teranglah langit. Selepas hilang merajuk, muncullah kasih, timbullah sayang. Bagi suami isteri, detik-detik selepas merajuk sering digunakan untuk bermadu kasih, bertangkup sayang. Kepada si suami, inilah waktunya mendukung si isteri ke ranjang ... pasti ada kelainannya. 

3. Orang tua bagaimana? Orang tua lagi hebat merajuknya. Tiada detik yang paling hodoh bagi orang tua melainkan ketika dia merajuk. Namun begitu, orang tua pastinya matang dan tidak rela menanggung malu merajuk di depan cucu. Lantas, boleh sahaja merajuk secara sembunyi-sembunyi di celah pintu atau di sudut dapur. Biasanya merajuk orang tua ditujukan kepada si anak-anak yang berkumpul sekali-sekala. Bukan apa, hanya mahu manja-manja sama anak anak. Merajuk banyak puncanya. Dikatakan bahawa lelaki yang tidak peka terhadap kehendak dan kemahuan wanita boleh menyebabkan wanita merajuk. Maklumlah wanita begitu sensitif, lemah kawal emosi, suka bermanja yang kekadang berlebih-lebihan. Tetapi sifat-sifat inilah yang menjadi daya tarikan wanita. "Aku tidak akan jatuh cinta kepada wanita yang langsung tak tahu merajuk!" Itu kata sahabat saya "Aku pula tak akan kahwin sama wanita yang tak tahu manja!" Ini kata saya. Ada tak di dunia ini wanita yang tidak tahu merajuk dan manja? Kalau ada, pastilah wanita robot.

4. Lelaki mesti peka terhadap kemahuan wanita, kalau tidak lebih baik jadi wanita sahaja. Kemahuan wanita mungkin beratus atau beribu. Justeru, kepekaan lelaki seharusnya beratus dan beribu juga? Kemahuan jenis suka makan keropok lekor tidak ada masalah. Tetapi kemahuan jenis pantang terlihat pakaian baru, beg baru, perabot baru, kereta baru dan segala yang baru semuanya nak beli, botak kepala suami belum tua. "Bang, jiran sebelah dah tukar kereta baru, kita bila lagi?" Aduhai sedapnya dengar, sejuk menusuk telinga abangnya. Nak tukar kereta baru. Kemahuan jenis ini seandainya si abang gaji seciput, tambah anak pula berdozen, betapa peka sekalipun susah nak layan.

5. Adakalanya isteri merajuk ketika ibu mentua dari kampung datang ke rumah. Al-maklumlah ibu lama-lama datang sekali, menjadi tanggungjawab si anak melayannya dengan baik. Tetapi isteri pula tersalah tafsir ingat si suami sayang ibunya lebih daripada dia. Dia pun merajuk. Kalau jenis yang boleh dipujuk, tak mengapa. Kalau jenis yang tak makan pujuk? Serba salah si suami dibuatnya. Sebelah kanan ibu, sebelah kiri isteri, dan kedua-dua pun dikasihi dan disayangi. Situasi yang sukar bagi seorang suami. Suami yang bijak dapat selesaikan masalah ini dengan baik umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berterabur. Bagaimana kalau suami itu kurang bijak? Minta ibu segera balik ke kampung? Derhaka namanya. Biarkan sahaja isteri memuncung 24 jam dan berjalan menghentak-hentak kaki di depan ibu mentuanya?

6. Merajuk kadang-kadang tanpa disedari sebabnya bagai langit yang cerah, tanpa awan tanpa ribut, tiba-tiba hujan mencurah turun. Tentu anda kurang percaya kalau dikatakan wanita mahupun lelaki boleh merajuk walaupun dengan seekor ikan. Wanita begitu sensitif apabila dia mendapati kekasihnya atau suaminya melayan "benda lain", termasuk ikan, burung, layang-layang, atau internet, melebihi layanan yang diberikan kepada dia. Seelok-eloknya, layanlah apa-apa yang ada pada wanita itu melebihi benda lain. Atau sekurang-kurangnya layanan tersebut mesti seimbang. Oleh itu, kalau anda suka ikan akuarium, masa melihat ikan berenang, jangan lupa belai-belai rambut isteri anda, cubit-cubit dagunya, gosok-gosok telinganya, atau ramas-ramas pehanya. Tetapi jangan sekeh-sekeh kepalanya. Boleh kata, lakukanlah apa-apa ke atas pasangan anda yang dapat menunjukkan bahawa anda mengambil berat dirinya lebih daripada segala-galanya.

KESIMPULAN:
Punca merajuk kalau hendak disenaraikan kesemuanya, tidak akan habis. Petik awan jadikan hamparan kertas, segunung pokok jadikan pensel, belum cukup untuk menulis punca merajuk. Pertimbangan akal amat diperlukan untuk menangani masalah merajuk. Sebenarnya merajuk boleh dikawal kerana puncanya daripada emosi. Setiap perlakuan emosi dapat dikawal oleh akal. 

Persoalannya, sama ada kita mahu menggunakan akal atau tidak? Atau kita lebih suka membiarkan emosi menguasai kita? Jangan memilih cara kedua kerana kita bakal kecundang di lembah kemusnahan berumah tangga. Dengan kata lain, merajuk harus ada batasan. Merajuk yang melampau akan mengundang kemarahan orang yang hendak memujuk. Tiada gunanya apabila merajuk tetapi tiada orang memujuk, kerana tujuan merajuk adalah untuk dipujuk.

Petua Lelaki Untuk Memilih Pasangan


Petua Lelaki Untuk Memilih Pasangan

Dua orang gadis jatuh cinta pada anda. Tetapi apa yang menjadi masalahnya sekarang adalah untuk memilih yang mana satu. Soal memilih mana yang terbaik memang merumitkan dan meminingkan kepala. Dalam mencari teman hidup, pastinya anda mengimpikan seseorang gadis yang boleh memberi kebahagiaan dan menyenangkan anda. Setelah lama mencari, kini masa pencarian itu hampir berakhir. Tetapi apa yang membimbangkan adalah kerana ada dua pilihan. Anda membuat keputusan untuk memilih kedua-duanya? Atau adakah anda fikir mempunyai dua calon kekasih suatu yang menyenangkan? Kalau sekadar ingin bermesra dengan si A, tetapi mencintai dengan si B, mungkin jawapannya ya. Tetapi soalnya ia tidak berhenti di situ sahaja. Mungkin ia akan menambah kerumitan. Anda mungkin terasa was-was, bingung dan takut menentukan pilihan. Bimbang yng dipilih tidak menjanjikan seperti yang anda harapkan. Pada saat ini, anda harus bijak memainkan peranan dan menentukan pilihan terbaik. Jangan hanya bermain dengan perasaan. Anda juga perlu berfikir secara rasional. Sekarang jangan tunggu lagi, buka mata dan hati anda untuk pilih yang mana satu gadis idaman.

1. Apa yang anda harapkan? - Jangan terlalu mendapatkan pandangan orang lain ketika dalam proses memilih. Yang paling penting adalah datang dari diri anda sendiri. Bersikap jujur dahulu pada diri sendiri. Dalam situasi ini, jangan terlalu mengikut mengikut perjalanan cinta yang biasa. Kalau si A bukan jenis yang anda dambakan, lihat pula yang seorang lagi. Tetapi jika kedua-duanya juga anda cintai, bersyukurlah dan hadapi dengan penuh tanggungjawab. Anda boleh teruskan. Tetapi sekiranya yang datang terkemudian cintanya pada anda, jangan cuba menyembunyikan kenyataan yang anda sudah punya kekasih. Kalau tidak, huru-hara bakal berlaku sekiranya rahsia anda terbongkar. Kalau boleh katakan kepadanya “ Saya memang sudah mempunyai kekasih, tetpi ini bukan bererti saya menutup pintu hati untuk mengenali orang yang paling tepat unutk menjadi isteri.

2. Bagaimana dengan komitmennya? - Dari kedua-dua gadis itu, adakah anda ingin melihat keinginan mereka untuk memberi komitmen yang lebih jauh? Cuba tanyakan kedua-duanya tentang perkahwinan dan masalah yang berkaitan. Dengar dengan teliti pandangan mereka. Segala maklumat ini harus diketahui sebelum anda menyesal memilih gadis yang menunjukkan kekeliruan dan tidak pasti. Faktor keserasian, komitmen dan pandangan adalah penting menentukan kebahagiaan rumah tangga dan sudah pasti anda tidak akan menanggung kekecewaan di kemudian hari. Jadi, soal keserasian komitmen ini harus dititikberatkan ketika proses memilih.

3. Sejauh mana kesabaran anda? - Ramai lelaki mengharapkan kekasihnya menjadi seorang yang baik. Namun, setiap wanita ada karekter yang sukar untuk dihilangkan. Sekarang, perhatikan sifat dan sikap kedua-dua mereka. Adakah mereka mempunyai sikap mengada-ngada, berlagak, tiada toleransi dan sebagainya? Adakah anda sabar untuk menghadapi kerenahnya itu? Sekiranya anda berharap dia berubah menjadi baik suatu hari nanti, akibatnya anda sendiri yang akan terseksa. Melainkan anda seorang yang mempunyai kesabaran yang tinggi untuk menghadapinya. Sekarang anda ada dua pilihan. Jadi, mulalah belajar untuk brdamai dengan diri sendiri. Tanya diri anda, siapakah antara mereka berdua yang lebih mengerti, menyokong dan berfikiran terbuka ketika berkomunikasi. Jangan pula terpengaruh dengan berapa lama anda menjalin cinta dengannya. Sekiranya gadis yang datang lewat sedikit dalam hidup anda lebih baik, anda berhak untuk memilihya.

4. Bagaimana dengan soal kewangan? - Bersikap tentang kewangan, jangan pula diertikan anda harus bersikap materialistik, mengharapakn wang daripadanya. Anda lelaki, jangan jatuhkan martabat anda. Dalam soal ini, sebenarnya apa yang perlu dilihat adalah keserasian kewangan anda dengan mereka. Kebiasanya, perselisihan faham yang berlaku di dalam rumah tangga bermula dengan masalah ini. Jadi anda perlu memerhatikan cara perbelanjaan dan cara bagaimana dia mengatur kewangan. Dari situ, anda akan dapat menilai mereka wanita jenis apa. Soal anda kedekut tidak timbul di sini. Mungkin anda boleh menyara hidupnya dan keluarga tanpa mengharapkan wang daripadanya, tetapi soal kewangan amat penting apabila berada dalam keadaan terdesak. Kalau dia tidak sanggup berkongsi masalah kewangan, jangan dipaksa. Anda pilihlah yang sanggup berkorban dan bersama anda, susah dan senang.
 ·  · Kongsi · 

Petua Lelaki Bujang Untuk Mengelak Kesepian

Petua Lelaki Bujang Untuk Mengelak Kesepian

Jumpa Kawan - Kebanyakkan lelaki apabila bercinta akan meninggalkan kawan2 rapat. Bukan lupa tetapi tak cukup masa. Saat inilah peluang anda untuk menggamit kembali saat2 bebas bersama kawan-kawan anda.

Bersenam - Semasa bercinta,tengok wayang, memebeli belah, jalan-jalan, dan sebagainya. Itulah sebahagian besar daripada bahagian hidup anda. Biarkanlah ia berlalu, inilah masanya untuk anda membuang segala toksik dan lemak badan yang telah lama terkumpul. Lakukan senaman anda di gim atau kelab senaman khusus, di mana mungkin anda akan berpeluang berjumpa dengan wanita yang lebih cantik dan agresif.

Kembali Nakal - Zaman kanak-kanak adalah saat yang paling indah dan menyeronokkan. Orang dewasa yang melupakan zaman kanak-kanaknya biasanya tidak ceria dan tidak mempunyai nilai humor. Ada sesetengah wanita tidak suka lelaki yang nakal kerana merasa dirinya tercabar. Sebab itulah ramai lelaki apabila bersama teman wanita biasanya akan kawal perasaan dan bersifat pasif serta kaku. Apabila kembali solo, peluang anda untuk melakukan aktiviti sewaktu bujang duhulu boleh dilakukan seperti main snooker, video game, mengurat dan sebagainya.

Bermesra Bersama Keluarga - Hubungan dengan keluarga biasa tidak seerat dahulu apabila sudah berkahwin atau mepunyai kekasih. Keluarga akan jatuh kepada nombor 2 manakala pasangan akan diberi lebih tumpuan. Dengan ini, masa inilah perlu digunakan sepenuhnya untuk lebih kepada keluarga.

Terokai dunia baru - Aktiviti seperti menonton wayang, pergi medan selera atau pantai tidak membuka minda kita. Jika itulah kegemaran anda, lupakan seketika. Cubailah menerokai dunia baru yang lebih bermakna. anda boleh cuba aktiviti lasak, panjat gunung, menyelam skuba contohnya, pasti kenangan bersama kekasih dulu akan berkurangan.

Sukarela - Untuk mengurangkan masa bosan anda, pergilah ke rumah anak yatim, orang-orang tua atau pusat pemulihan dadah. Anda boleh manjadi seorang sukarelawan di mana di tempat-tempat begini akan membuka minda anda kepada dimensi baru. Anda akan nampak, masalah anda adalah jauh lebih kecil daripada masalah mereka.

Ambil peluang - Hakikatnya, anda mesti membersihkan minda anda daripada memori yang lalu berkaitan pasangan anda. biasanya semasa bercinta peluang untuk ke tempat menarik dan berkenalan dengan wanita lain terlalu tipis. Maka gunakan masa kini untuk melakukan perkara yang biasanya terhalang apabila bersama pasangan.

Perbaiki diri - Jangan sesekali anda berubah kerana ingin memenuhi tuntuan bekas kekasih anda. Perbaikilah diri anda dari segi kerjaya, kewangan dan keyakinan agar masa depan anda akan lebih kukuh dan stabil. Diingatkan disini, apabila anda dah dapat semua itu, anda kan mudah dikekelingi wanita.

Pandang ke hadapan - Buang memori tentang bekas pasangan anda. Berikan perhatian kepada apa yang akan berlaku kemudian termasuklah bakal kekasih atau isteri. Jadikan sebarang angan-angan anda dengan usaha yang gigih besama keyakinan diri yang tinggi.