Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 25 Februari 2010

Cara - Cara Menjawap Panggilan Telefon

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah
dan kebanyakannye samaterpikir kah anda untuk menjawab dengan
jawapan yang betul Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan
jawapannye (tak le boring sangat lebih lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon)

1 Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maapsini bukan balai polis

2 Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane

3 Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler buat ape tanye saya

4 Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur

5 Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumahbapak ade pasal rumah ni bapak yang beli

7 Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maapnombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye time kacih

8 Soalan: haloo, tolong panggilkan samad saya nak bercakap dengannye
Jawapan: sila panggil sendirisaya sibukmaap

9 Soalan: halloo
Jawapan: haloo pusat sakit mental disini anda ingin mendaftar?

10 Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya
Jawapan: maap ini bukan kaunter pertanyaan

11 Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi kalau saya masih menjawab betul le tu

12 Soalan: assalammualaikum
Jawapan: waalaikummussalam(tupp!terus letak teponsalam kite wajib
jawab)

Selasa, 23 Februari 2010

KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH KAREKTOR KELAHIRAN MANUSIA

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius Suka mendidik dan dididik Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan Suka smart, kemas dan teratur Bersifat sensitif, berfikiran mendalam Pandai mengambil hati orang lain Pendiam kecuali telah dirangsang Agak pemalu Daya tumpuan yang sangat tinggi Mudah mendisiplinkan diri sendiri Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya Cukup sayang pada kanak-kanak Suka duduk di rumah Setia pada segala-galanya Perlu belajar kemahiran sosial Cukup cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak Sukakan benda yang reality dan abstrak Intelligent, bijak dan genius Berpesonaliti yang mudah berubah Mudah menawan orang lain Agak pendiam, pemalu dan rendah diri Jujur dan setia pada segalanya Keras hati untuk mencapai matlamat Tidak suka dikongkong Mudah memberontak apabila dikongkong Suka kegiatan yang lasak Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif Mudah mempamerkan marahnya Tidak suka benda yang remeh-temeh Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya Sangat berani dan suka memberontak Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya Pemerhatian yang tajam Suka hiburan dan sukan Suka benda yang bersifat seni Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran Berkecenderungan pada benda yang tahyul Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros Belajar untuk mempamerkan emosi.


MAC
Berpesonaliti yang menarik dan menawan Mudah didampingi Sangat pemalu dan pemendam rasa Sangat baik secara semulajadi,
jujur, pemurah dan mudah simpati Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran Suka pada kedamaian Sangat peka kepada orang lain Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain Tidak cepat marah dan sangat amanah Tahu balas budi dan tahu kenang budi Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal Suka berangan-angan Suka melancong Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi Kelam kabut dalam memilih pasangan Suka dgn hiasan rumahtangga Punya bakat seni dalam bidang muzik Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.


APRIL
Sangat aktif dan dinamik Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal Sangat menarik dan pandai manjakan diri Punya daya mental yang sangat kuat Suka diberi perhatian Sangat diplomatik (pandai
memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang Sangat berani dan tiada perasaan takut Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah Emosi cepat terusik Try control the emotion Kecenderungan bersifat dendam Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan Kuat daya ingatan Gerak hati yang sangat kuat Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain Berpenyakit di sekitar kepala dan dada Sangat cemburu dan terlalu cemburu.


MEI
Kekerasan hati & degil Kuat semangat & bermotivasi tinggi Pemikiran yang tajam Mudah marah apabila tidak dikawal Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian Perasaan yang amat mendalam Cantik dari segi mental & fizikal Tidak perlu dimotivasikan Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain Mudah dipujuk Bersikap sistematik
(otak kiri) Suka berangan Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit Daya khayalan yang tinggi Permikiran yang tajam Pandai berdebat Fizikal yang baik Kelemahan sistem pernafasan Suka sastera, seni & muzik serta melancong Tidak berapa suka duduk di rumah Tidak boleh duduk diam Tidak punya ramai anak Rajin dan bersemangat tinggi Agak boros

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan Mudah ditawan kerana sikap baik Berperangai yang lemah lembut Mudah berubah sikap, perangai, idea @
mood Idea yang terlalu banyak di kepala Bersikap sensitif Otaknya aktif (sentiasa berfikir) Sukar melakukan sesuatu dengan segera Bersikap suka menangguh-nangguh Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik Cepat marah & cepat sejuk Suka bercakap & berdebat Suka buat lawak & bergurau Otaknya cerdas berangan-angan Mudah berkawan & pandai berkawan Orang yang sangat tertib Pandai mempamerkan sikap Mudah kecil hati Mudah kena selsema Suka berkemas Cepat rasa bosan Sikap terlalu memilih & cerewet Kurang mempamerkan perasaan Lambat nak sembuh apabila terluka hati Suka kepada barang yang berjenama Mudah menjadi eksekutif Kedegilan yang tidak terkawal Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah
kawan saya

JULAI
Sangat seronok didamping Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki Agak pendiam kecuali diransang Ada harga dan maruah diri Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan Mudah dipujuk dan bercakap lurus Sangat menjaga hati orang lain Sangat peramah Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya Berjiwa sentimental Jarang berdendam Mudah memaafkan tapi sukar melupakan Tidak suka benda remeh-temeh Membimbing cara fizikal dan mental Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang Layanan yang serupa dengan semua orang Tinggi daya simpati Pemerhatian yang tajam Suka menilai orang lain dengan pemerhatian Mudah dan rajin belajar Suka muhasabah diri Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama Suka mendiamkan diri Suka duduk di rumah Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan Tak agresif kecuali terpaksa Lemah dari segi kesihatan perut Mudah gemuk kawal tak kawal diet Minta disayangi Mudah terluka hati tapi lambat pulih Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat kerja


OGOS
Suka berlawak Mudah tertawan kepadanya Sopan santun dan caring terhadap orang lain Berani dan tidak tahu takut Orangnya agak tegas
& bersikap kepimpinan Pandai pujuk orang lain Terlalu pemurah & bersikap ego Nilai harga diri yang sangat tinggi Dahagakan pujian Semangat juang yang luar biasa Cepat marah & mudah mengamuk Mudah marah apabila cakapnya dilawan Sangat cemburu Daya pemerhatian yang tajam & teliti Cepat berfikir Fikiran yang berdikari Suka memimpin & dipimpin Sifat suka berangan Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit Belajar untuk relax Sikap kelam kabut Romantik, pengasih & penyayang Suka mencari kawan


SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur Sangat cermat, teliti & teratur Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik Pendiam
tapi pandai bercakap Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur Kerja yang dilakukan sangat sempurna Sangat sensitif yang tidak diketahui Orang yang banyak berfikir Daya pentaakulan yang baik Otak bijak & mudah belajar Suka mencari maklumat Kawal diri dari terlalu mengkritik Pandai mendorong diri sendiri Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia Suka sukan, hiburan & melancong Kurang menunjukkan perasaannya Terluka hatinya sangat lama disimpan Terlalu memilih pasangan Sukakan benda yang luas Bersistematik


OKTOBER
Suka sembang Suka orang yang sayang padanya Suka ambil jalan tengah Sangat menawan & sopan santun Kecantikan luar & dalam Tidak pandai berbohong & berpura-pura Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan
kawan Sentiasa berkawan Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama Cepat marah Macam pentingkan diri sendiri Tidak menolong orang kecuali diminta Suka melihat dari perspektifnya sendiri Tidak suka terima pandangan orang lain Emosi yang mudah terusik Suka berangan & pandai bercakap Emosi yang kelam kabut Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) Suka melancong, bidang sastera & seni Pengasih, penyayang & lemah lembut Romantik dalam percintaan Mudah terusik hati & cemburu Ambil berat tentang orang lain Suka kegiatan luar Orang yang adil Boros & mudah dipengaruhi persekitaran Mudah patah semangat


NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya Berfikiran kehadapan Berfikiran unik dan bijak Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa Pemikiran yang tajam Daya firasat
yang sangat halus dan tinggi Bagus untuk jadi doktor Cermat dan teliti Personality dinamik Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran Terlalu degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya Tak suka marah kecuali digugat Mudah ambil berat terhadap orang lain Pandai muhasabah diri Cara berfikir lain dari orang lain Otak yang sangat tajam Pandai mendorong diri sendiri Tidak hargai pujian Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya Badan yang "tough" (sasa) Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam Romantik Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang Suka duduk di rumah Sangat rajin dan berkemampuan tinggi Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia Tidak berapa berjaya dalam
mengawal emosi Bercita-cita tinggi Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita - cita tinggi Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi Seronok didampingi Suka bercampur dengan orang Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur Tidak pandai berpura-pura Cepat marah Perangai yang berubah-ubah Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi Benci pada kongkongan Suka berlawak Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logic.

Jumaat, 19 Februari 2010

Rahsia Bantal

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6.) Menutup Muka Dengan bantal sewaktu nak tidur

degil...

Nama - nama terbaik dalam Bahasa Jawa

Pilihan nama jawa yang bagus2 diperturunkan. Kalau kawin dgn Jawa,
eloklah
guna nama ini untuk anak... Pilihlah yg anda berkenan:-

>> Pandai tanam bunga, diberikan nama - Rosman.
>> Pandai membaiki kereta, namakan - Karman
>> Average dalam golf - Parman
>> Pandai dlm penulisan - Suratman
>> Gagah perkasa - Suparman
>> Boleh mendengar sambil berjalan - Wakiman
>> Selalu bertanya - Azman (loghat jawa bunyi Asman)
>> Pandai buat kuih - Paiman
>> Pakar jualan - Salman
>> Pakar pasal alam sekitar - JASman (Jab. Alam Sekitar)
>> Pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu - Saniman
>> Doktor gigi - Sugiman
>> Supaya cepat naik pangkat - Yasman
>> Bakal kaki pukul dan dera orang - Deraman
>> Yang ada darah Bengali - Manbai
>> Pandai organise skim cepat kaya - Pakman (Te' Lo)
>> Mat rock - Rokman
>> Jadi polis trafik - Saman
>> Pakar kunci - Lokman
>> Baik budi pekerti - Budiman
>> Ada lagi... ..
>> Buat kerja ala kadar - A. Kadarisman
>> Suka bagi orang susah - Sukarman
>> Suka mengada-ngada - Ngadiman
>> Dua alam - Herman
>> Paling tak guna - Koman
>> Selalu sakit - Deman
>> Kalau yang kuat berlawan - Ultraman
>> Yg suka main daun terup poker “Pokerman"

Hukum makan makanan yang dimasuki semut

Hukum Minuman Yang Dimasuki Semut

Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya . Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan . Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan :

1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati

Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia , seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut , maka air itu najis, tidak boleh diminum . Kalau masuk bukan ikhtiar manusia , contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air , maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.

2) Semut masuk dalam keadaan hidup

Jika semut itu mati sendiri di dalam air , atas sebab ikhtiar manusia , maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut , atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut . Jika bukan dengan ikhtiar manusia , seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin , maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu .

Alkisah Wanita Ketegori 'Up To Date' Kelas Sederhana

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang... . muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:... (terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus... penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu... .

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

ternyata bukan?

Makanan Yang Haram Dimakan/Guna

BABI SUDAH JELAS HARAMNYA

PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM

RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL,PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA .

KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.


SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI



1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
3. Ajinomoto ( Thailand )
4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
5. Semua tauhu buatan Orang Cina
6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
7. Sabun FAB berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow



SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)



1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup '
6. Berus Gigi Jenis ' Reach '
7. Mee Kering ( sanggol )
8. Semua sabun mandi yang diimport
9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap buatan Org Cina
14. Beehon Segera Siam
15. Mee Rebus Tulang & Kiub Perasa Ayam
16. Sabun Mandi Yang Berminyak


SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )

1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Min t Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat
13. Ais Krim dalam bekas plastik
14. Gula-gula Fruities
15. Cake Mets Vilber Punch
16. Coklat Cake
17. Tepung Kastard Lady ' s Choice
18. Semua jenis Jelly
19. Semua jenis gincu bibir
20. Keseluruhan Jenis Sheisedo
21. Lady ' s Choice Jelly



SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA

1. Barangan Avon Keseluruhannya
2. Pewangi Ketiak Terutama Jenama Vitalis & Concord
3. Minyak Rambut Brylcream ( Hijau )
4. Racun Serangga Jenis Spray Seperti Sheltox, Baygon & Mortin
5. Seluruh Ubat Batuk Jenis Sirap
6. Keseluruhan Ball Pen Dakwat Kering
7. Tonik Bayi Grape Water, Tonik Waterberry Compound

Kuku...

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu :Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

* Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

* Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa :Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit



* Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat :Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati.Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.



Lagi satu, mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan last sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, start dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya. Wallahu'alam.Begitu indahnya Islam, sampai kerat kuku pun diajarnya. Apatah lagi perkara yang lebih besar dari itu.

Khamis, 18 Februari 2010

Poco Poco?

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tentang tarian poco2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.



Sebenarnya tarian poco2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.



Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu cuma

tarian poco2 ini belum difatwakan haram lagi.

Antara kekayaan dengan kebahagiaan

Rumah tangga bahagia boleh dibina dengan sifat sentiasa bersyukur .

APABILA berkata mengenai bahagia, sudah pasti semua mengimpikannya. Kebahagiaan adalah perasaan yang sangat sukar diungkapkan dan bersifat subjektif. Bahagia selalunya dicapai apabila seseorang itu merasa kepuasan, gembira, kecukupan serta penuh kesyukuran dan keredaan.

Kebahagiaan adalah milik semua. Bahagia tidak hanya dimiliki mereka yang kaya raya dan berharta kerana boleh saja mereka yang kaya raya berasa tidak bahagia serta runsing memikirkan keselamatan hartanya yang bertimbun.

Tidak kurang juga dengan keadaan manusia yang hari-harinya penuh dengan keletihan disebabkan sibuk mengejar harta dan kerjaya. Tiada lagi masa untuk duduk bersama keluarga, isteri mahupun suami. Sehinggakan hubungan cinta menjadi hambar.



Bahagia juga belum tentu dapat dicapai dengan memiliki sebuah kediaman mewah dan indah. Rumah besar itu boleh menjadi penjara baginya yang penuh dengan kesunyian tanpa hiburan. Ibarat seekor burung terkurung dalam sangkar emas.

Bahagia juga belum tentu dimiliki dengan memiliki pasangan suami atau isteri yang tampan dan cantik rupawan kerana ketampanan serta kecantikan itu akan menghilang ditelan waktu.

Antara faktor lain yang mungkin menyumbang kepada kenikmatan hidup, sekali gus berasa bahagia adalah faktor kesihatan, kecukupan makanan, kasih sayang serta suasana persekitaran. Namun, cukupkah dengan itu saja?

Kebahagiaan belum tentu dapat dicapai hanya dengan berbekalkan harta melimpah ruah, kerja yang lumayan hasilnya, kediaman mewah, serta rupa fizikal yang menawan semata-mata.. Bagaimanakah hakikat bahagia yang menjadi idaman manusia?

Jika kembali kepada agama, kebahagiaan itu dapat diraih dan dinikmati oleh mereka yang sentiasa berpegang teguh dengan prinsip agama bagi setiap urusan dilakukan dalam kehidupan mereka. Apabila meletakkan prinsip agama sebagai keutamaan, di sini mereka mengutamakan Allah.

Mereka sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan dan dengannya mereka bersikap qana'ah atau sentiasa berasa cukup serta berpuas hati.

Allah berfirman yang bermaksud: "(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa di antara kamu yang berasa aman dirinya, sihat tubuhnya dan cukup persediaan makanan rutinnya pada hari itu, seakan-akan dia sudah diberi semua kenikmatan dunia." (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah SAW juga turut menjelaskan bahawa kekayaan itu bukanlah dicapai dengan banyaknya harta menimbun, tetapi ia dicapai dengan kayanya hati. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Kaya itu bukanlah diukur dengan banyaknya harta benda, akan tetapi kaya yang sebenarnya adalah kaya hati." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Orang yang kaya hatinya, dia sentiasa memiliki sifat qana'ah dengan menerima apa yang Allah berikan. Dia sentiasa reda dan berasa puas di atas usahanya. Tidak memiliki rasa tamak untuk mengejar sesuatu dengan berlebih-lebihan tanpa keperluan, tidak rakus mengejar dunia serta tidak pula meminta-minta.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Benar-benar beruntung orang yang memeluk Islam, mereka diberi kecukupan rezeki dan qana'ah di dalam menerima apa juga pemberian Allah terhadapnya." (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah SAW berpesan supaya sentiasa melihat siapa yang berada di bawah kita dan mereka yang kurang bernasib baik berbanding apa kita miliki, bukannya dengan melihat kekayaan dimiliki orang yang mewah berbanding diri kita.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat kekayaan orang yang di atasmu, perkara itu lebih baik sehingga engkau tidak meremehkan nikmat Allah." (Hadis riwayat Muslim)

Pesanan Rasulullah SAW itu bertujuan mengajak kita sentiasa bersyukur dengan segala kemampuan dan hasil yang diusahakan serta diperoleh, sekali gus menjauhkan diri daripada berasa kurang bernasib baik dan bersikap tamak.

Selain itu, tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan yang baik merujuk kepada kehidupan berkeluarga, iaitu dengan memiliki isteri yang baik, anak dan keperluan berkaitan dengannya.

Firman Allah yang bermaksud: "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia itu kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita (isteri), anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)." (Surah Ali-Imran, ayat 14)

Dengan itu, bagi sesebuah keluarga, suami dan isteri hendaklah sentiasa berkasih sayang, tolong-menolong dan saling memahami dalam setiap hal ehwal urusan kehidupan. Mereka saling mengerti tugas dan hak masing-masing berdasarkan apa yang digariskan agama.

Setiap pihak sentiasa berusaha memberikan kebahagiaan, keceriaan, ketenteraman, dan kehangatan cinta sesama mereka. Rumah tangga bahagia dibina atas landasan agama, akan membawa pasangan suami isteri berkekalan hingga ke syurga yang penuh kenikmatan.

Ia dapat diraih apabila mereka menjadikan rumah tangga sebagai medan meraih keredaan dan mengejar cinta Allah. Dalam persoalan ini, suami selaku ketua keluarga bertanggungjawab mengemudi keluarga dibinanya menuju kebahagiaan.

Ia dapat dicapai apabila suami sentiasa bergaul, tahu mengambil hati, melahirkan rasa kemesraan, memupuk rasa mencintai dan memenuhi keperluan mereka dengan baik dan sentiasa berusaha membimbing ahlinya kepada perkara dicintai Allah.

Kefahaman agama yang teguh membolehkan keluarga mencapai kebahagiaan kerana berkongsi fokus yang sama, iaitu mencari keredaan Allah. Ia menjauhkan mereka daripada perkara negatif apabila hidup dipenuhi tauhid, kasih sayang, saling mencintai, kesyukuran serta kemesraan.

Antara faktor lain yang mendorong kebahagiaan bagi sesebuah kehidupan adalah seperti digambarkan Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: "Empat perkara yang mendatangkan kebahagiaan adalah, isteri salihah, rumah yang luas, jiran tetangga yang baik dan kenderaan selesa. Dan empat perkara yang mendatangkan kesengsaraan adalah isteri buruk akhlaknya, jiran tetangga jahat, kenderaan buruk serta rumah yang sempit." (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Dimaksudkan dengan isteri yang salihah, sudah tentu isteri yang memahami persoalan agama dengan baik, mengamalkan ilmunya (taat) dan sangat komited dengan kedudukannya sebagai seorang isteri.

Rumah yang luas adalah rumah sentiasa terisi dengan sifat qana'ah, aktiviti dicintai Allah, suasana yang tenteram dan ceria serta kemudahan yang baik. Kenderaan yang selesa penting bagi tujuan kelancaran pengangkutan dan hal ehwal urusan serta tugas seharian.

Jiran tetangga yang baik merujuk kepada soal pergaulan dan kehidupan bermasyarakat di atas etika syariat yang betul. Dengan itu, apa yang sebaliknya adalah merujuk kepada unsur yang mampu mendatangkan keburukan, sekali gus jauh daripada nilai sebuah kebahagiaan.

Sebenar-benar kebahagiaan itu adalah kebahagiaan yang dibina di atas keredaan Allah, sekali gus menjamin kehidupan bahagia yang berkekalan sehingga ke akhirat. Firman Allah yang bermaksud: "Orang yang beriman dan beramal salih, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik." (Surah ar-Ra'd, ayat 29)

Makanan Melayu di Englishkan

Makanan tradisional Melayu apabila di Englishkan..

1. Belacan = BELL - ARCH - UN
2. Tempe = TEMP - AIR
3. Cencaluk = CHANGE - CHARGE- LOOK
4. Jering = JAR - INK
5. Pulut Panggang = PULL -OUT PUNK - GANG
6. Ayam percik = ARE - ARM - PERT - CHECK
7. Kuih kodok = COW - EIGHT COW - DOG
8. Siput sedut = SHIP - OUT SAD - OUT
9. Pulut kuning = PULL - OUT CORN - INK
10. Kuih Karipap = COW - EIGHT CARRY - PUB
11. Lempeng pisang = LAMP - PINK PEACE - LUNG
12. Pekasam = PEAK - A - SOME
13. Guali kambing = GOALLY - COME - IN
14. Sirap = SAY - RUBB
15. Gulai lemak = GOAL - LIE LAMP - MARK
16. Cili padi = CHILD - LY - PADDY

Apa yang Yahudi Suka?

Seminit untuk kita beringat...
DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa...

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....

1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan. .jika ada anak-anak yang tak tau
mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela...
Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi boleh mengingati lagu Siti
Norhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi.....
Hinggakita terfikir.... ..
bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana..
di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah...
kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang
menonton filem hanya kerana ada adegan sex...
filem 18SX amat laris berbanding filem U...
VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...
Adakah filem yang tiada adegan sex?
Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. .......

3. ...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja....
sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...
malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya
mau di gelar 'up to date'..
Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari kabaret.....
.( aku tengok dari filem P Ramlee )....

4. .....Sport.. .
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama
berlumba mencari nama dalam sukan....
hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga....
Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang
miss.....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. ...
yang menonton pun tak sembahyang juga .......
Kalau menonton dirumah.... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak
macam mana masuk GOL......
Yahudi gol lagi.......sampai ada ulamak kata...kerana sukan ...sembahyang
boleh tangguh...Mashaalla h,..

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. ..
Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..
termasuklah majalah mangga.....yang menayangkan buah mangga artis
perempuan... .
Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan
banyak wang dan bila ke konsert....
pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. .
terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan
perempuan... . Kalau kita ke kedai bateri kereta....
dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi.....
apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. .
kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...
Yahudi bersorak lagi......

7...Fashion. ...
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. .
sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....
Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang
kekadang menampakkan pusat?
Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...
Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. ...
Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau
bertudung..bagaiman a nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...
Kalau dah rambut diwarnakan.. .. sembahyang pun tak sah...
malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...
itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...

Yahudi ketawa lagi....
Umat islam sudah jadi macam Yahudi.....

8.. .. Food..Makanan. .
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah MC D,
Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...
Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....
masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...
tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. .
Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh
Kentucky ....rempahnya datang dari Amerika....
siapa nak pergi check...halal ke tidak?
Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap...
Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi
berfikiran pun macam yahudi...Nauzubilla h.....
Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......
yang lain-lain entah macam-macam
lagi.... aku cinta Malaysia .....tapi lebih cintakan ALLAH....... .......
oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan
kepentingan Allah......

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah

Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* SUBHANA'LLAH
* ALHAMDULI'LLAH
* LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* ALLAHU AKBAR
* ASTAGHFIRU'LLAH
* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* WA SAHBIHI AJMA'EEN

Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan

Langkah 3:

* Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang yang anda kasihi..

Hasil 1:
* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
* mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

Hasil 2:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
* mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan
* kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para
Malaikat

Petua Orang Tua...

Kita sering mendengar orang sesat di hutan.Pantang larangnya jangan sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar seperti "aku tak akan sesat di dalam hutan".Sebaiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan tersebut

Penyakit sosial rumahtangga di zaman moden merupakan lemah tenaga batin.Ia amat berbeza dengan orang dahulu kala walaupun usia hampir 100 tahun mereka mampu beristeri muda yang boleh disebut cucu.Tetapi generasi hari ini, setahun berumahtangga pun isterinya masih dara lagi.Bagi memelihara tenaga kelakian jangan sekali-kali membasuh kemaluan selepas persetubuhan.Jauhkan membuang air kecil di dalam air

Amalan menahan kencing boleh membawa bencana seperti karang batu, dan lemah buah pinggang. Sebaiknya amalkan membuang air kecil 4 jam sekali

Mandi di laut atau sungai amat menyeronokkan terutama kanak-kanak.Mandi dengan cara membabi buta dengan perasaan terlalu gembiraboleh mendatangkan musibah yang tidak diduga.Bagi mengatasi musibah ini orang tua-tua juga ada pantang larangnya seperti pertama kali menjejakkan kaki di laut ataupun sungai jauhkan dari bermain-main di gigi air

Sebagaimana kata orang tua-tua " Ana k dara yang suka menyanyi di dapur sukar mendapat suami". Kedua anak dara yang suka termenung di atas tangga juga berat jodoh.

Menerut pengalaman orang tua-tua sekiranya anda ingin mata anda sentiasa terang, jangan sekali- kali melihat kemaluan isteri

Sesuatu yang kita sayangi janganlah terlalu menunjukkan kasih sayang yang teramat sangat

Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempat kotor.bagi menahan air liur keluar anda hanya perlu menutup mulut sambil mencekam gigi agak kuat

Elakkan diri mengamal mandi di tengah malam yang boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan luntur

Membasuh atau mandi ketika badan terlalu panas, kesannya setiap penyakit yang ada dalam badan tidak dapat keluar

Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya pakaian melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan ini boleh memendekkan rezeki

Perempuan,Wanita,gurl2...sifat2nya...

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

Ilmu Bersama : Apa Itu Ketakutan?

Apa itu ketakutan?

Ketakukan merupakan sesuatu gerak hati dan sifat melindungi diri sendiri yang normal apabila seseorang itu berhadapan dengan perkara,orang,aktiviti atau objek yang berbahaya.Contohnya,jika anda takut akan labah-labah,secara semulajadi anda akan mengelak bucu-bucu gelap yang merupakan tempat labah-labah menginap.Namun,apabila ketakutan itu dibawa ke tahap ekstrem,ketakutan itu akan berubah menjadi fobia iaitu ketakutan yang melarat,berlebih-lebihan dan tidak realisik.

Terdapat 3 ketegori fobia :

1.Fobia Spesifik
2.Agrofobia
3.Fobia Sosial

Fobia Spesifik
- Adalah ketakutan kepada perkara spesifik seperti takut kepada tikus,lipas dan tinggi.

Agrofobia
- Adalah takut untuk berada disekeliling orang.Orang yang mempunyai fobia ini akan cuba untuk mengelak orang ramai.

Fobia Sosial
-Takut diperhatikan dan dihakimi.Mereka akan mengelakkan diri daripada menghadiri parti dan perjumpaan.

Jenis jenis fobia:

1.Arithmofobia – takut nombor
2.Catoptrofobia – takut fobia
3.Ichthfobia – takut ikan
4.Panofobia – takut segala benda
5.Peladofobia – takut orang botak
6.Anemofobia – takut angin
7.Heliofobia – takut matahari
8.Melofobia – takut muzik
9.Pogonofobia – takut janggut
10.Oneirofobia – takut mimpi

Cara mengubati fobia:

1.Senaman relaks
- Apabila berhadapan dengan punca fobia,kita akan menjadi cemas dan tidak selesa.Jadi,senaman releksasi seperti menarik nafas akan menjadikan kita lebih tenang untuk menghadapi situasi.

2.Pengurangan sensitivi
- Pendedahan kepada punca fobia yang kerap akan menjadikan penghidap fobia lali kepada punca fobia tersebut.Selalunya pendedahan itu dilakukan melalui imaginasi terlebih dahulu.

3.Hipnoterapi
- Terapi ini berfungsi dengan mengubah “conscious mind” penghidap fobia dan menanam satu cita-cita yang baru,seperti menjadikan mereka berani menghadapi fobia mereka.