Jumlah Paparan Halaman

28,074

Khamis, 18 Februari 2010

Ilmu Bersama : Apa Itu Ketakutan?

Apa itu ketakutan?

Ketakukan merupakan sesuatu gerak hati dan sifat melindungi diri sendiri yang normal apabila seseorang itu berhadapan dengan perkara,orang,aktiviti atau objek yang berbahaya.Contohnya,jika anda takut akan labah-labah,secara semulajadi anda akan mengelak bucu-bucu gelap yang merupakan tempat labah-labah menginap.Namun,apabila ketakutan itu dibawa ke tahap ekstrem,ketakutan itu akan berubah menjadi fobia iaitu ketakutan yang melarat,berlebih-lebihan dan tidak realisik.

Terdapat 3 ketegori fobia :

1.Fobia Spesifik
2.Agrofobia
3.Fobia Sosial

Fobia Spesifik
- Adalah ketakutan kepada perkara spesifik seperti takut kepada tikus,lipas dan tinggi.

Agrofobia
- Adalah takut untuk berada disekeliling orang.Orang yang mempunyai fobia ini akan cuba untuk mengelak orang ramai.

Fobia Sosial
-Takut diperhatikan dan dihakimi.Mereka akan mengelakkan diri daripada menghadiri parti dan perjumpaan.

Jenis jenis fobia:

1.Arithmofobia – takut nombor
2.Catoptrofobia – takut fobia
3.Ichthfobia – takut ikan
4.Panofobia – takut segala benda
5.Peladofobia – takut orang botak
6.Anemofobia – takut angin
7.Heliofobia – takut matahari
8.Melofobia – takut muzik
9.Pogonofobia – takut janggut
10.Oneirofobia – takut mimpi

Cara mengubati fobia:

1.Senaman relaks
- Apabila berhadapan dengan punca fobia,kita akan menjadi cemas dan tidak selesa.Jadi,senaman releksasi seperti menarik nafas akan menjadikan kita lebih tenang untuk menghadapi situasi.

2.Pengurangan sensitivi
- Pendedahan kepada punca fobia yang kerap akan menjadikan penghidap fobia lali kepada punca fobia tersebut.Selalunya pendedahan itu dilakukan melalui imaginasi terlebih dahulu.

3.Hipnoterapi
- Terapi ini berfungsi dengan mengubah “conscious mind” penghidap fobia dan menanam satu cita-cita yang baru,seperti menjadikan mereka berani menghadapi fobia mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan