Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 4 Disember 2012

Mengupah Seorang Jurugambar


Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan
1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.
2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.
3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.
4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.
5) Kos Material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan. Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

Harga & Tips Mencari Photographer Majlis Perkahwinan


1. Harga bergantung kepada kualiti peralatan-lensa yg digunakan dan gambar yg terhasil. 
Peralatan biasanya di Kuala Lumpur mereka akan menetapkan harga rm1500-rm2500. Bagi yang di kampung, kebanyakkan photographer menetapkan harga yang wajar bagi orang di kampung.
Jika ada yg menetapkan bawah rm500 kebanyakkan mereka menggunakan teknologi lama, film SLR, kualiti Film SLR tidak sama dgn digital SLR. Kamera film SLR sangat murah berbanding digital. Kebiasaannya photographer film jarang menggunakan lense mahal.
2. Harga ditawarkan mengikut roll (1 roll= 36 keping), Upah & Pakej
Harga juga ditetapkan berasaskan jumlah kuantiti gambar yg ditawarkan, biasanya bersaiz 4R untuk majlis perkahwinan. Walaupun digital kita masih kira roll untuk memudahkan pemahaman. Harga semasa bagi 1 roll bergantung rapat kepada faktor no 1 di atas, yang menggunakan peralatan murah mereka akan charge paling murah rm180 hingga rm200 - 1 roll, jika peralatannya bagus harganya lebih mahal. Tetapi kebanyakan photographer tidak menawarkan serendah 1 roll kerana majlis perkahwinan tidak mungkin di gambarkan dalam 1 roll.
3. Upah
Ada photographer mengambil upah sehingga rm500 sehari untuk menangkap gambar sahaja. Paling murah ialah rm350 sehari. Ini adalah upah untuk penat lelah peluh mereka kehulu kehilir.
4. Pakej
Pakej juga mengambil peranan dalam penetapan harga. Jika ada custom album terlibat dalam pakej, anda akan dapati harga servis menjadi mahal. Ini kerana photographer mengambil upah menyuusun atur gambar dan edit gambar untuk menjadikan satu album penuh.Upah custom album ditetapkan dari rm400 sehingga paling mahal rm800.
Nasihat bagi mereka yang mencari Photographer.
sarungTanya photographer mereka menggunakan digital atau film SLR
sarungTanya photographer mereka menggunakan kamera jenis ape? Nikon atau Canon EOS - Kedua ini sahaja yg bagus.Selain daripada ini lupakan sahaja kecuali ada photographer senior pakai leica atau pentax. Tetapi wide range of lenses yg buatkan nikon dan canon menjadi pilihan utama
sarungKalau Canon tanya mereka ada tak mempunya pro Lense siri L dalam koleksi lense mereka (kalau ada bagus, kalau takde pun tgk gambar mereka, kalau bagus ada lebih dr 1 lense boleh ambik)
sarungTanya contoh gambar atau galeri online
sarungBandingkan berape roll? berape 8R? dengan frame atau tidak? Album?Custom Album
sarungTanya photographer coverage majlis? gambar posing je ke? berarak? bersanding?

5. Memahami Kerja Photographer
Kerja mengambil gambar ini tidak mudah dan tidak pula senang seperti yang disangkakan. Bagi jurugambar yang mengambil keseluruhan majlis seperti saya, ia adalah kerja yang memenatkan dan kerja yang berpeluh, dari semua sesi, nikah, malam berinai, berarak, persalinan dan sebagainya.
Kemudian semua shot ini di proses untuk dijadikan gambar kerana shot yang diambil adalah format RAW dan kemudiannya di proses(EV, contrast, saturation dan lain-lain) satu per satu menjadi gambar(jpeg). Jika gambar di ambil dlm format jpeg kualitinya akan jatuh bila kita adjust semula setting2 tersebut di photoshop.
6. Kenapa kekadang gambar kahwin gelap dan tak cukup warna?
Ini mungkin kerana printer di kedai gambar menggunakan kertas murah, catridge murah dan biasanya printer besar ini susah hendak mendapatkan komposisi warna yang sama dengan monitor.
Kebanyakan jurugambar print sendiri gambar menggunakan printer canon selphy dan kertas postcard 4R canon yg dijamin kualitinya dan tahan 100tahun print. printnya adalah menggunakan teknologi dye-sub, bukan ink-jet atau bubble jet. Ia berkualiti tinggi tidak seperti machine printer besar di kedai gambar. Jika menggunakan mesin kedai gambar ini jarang sekali memberikan hasil yang memuaskan kerana mesin ini mencetak sejumlah kuantiti yang besar pada satu satu masa. kadangkala gambar gelap dan kadangkala warna kurang. Ini adalah masalah yang biasa.
7. Gambar Film boleh edit? Digital tak boleh?
Ini adalah satu penipuan alaf baru, gambar digital adalah lebih senang dan lebih bagus untuk di edit kerana ia format digital dan terus masuk ke komputer, sebelum menjadi gambar format RAW yang disunting di komputer tidak menurunkan kualiti. Tetapi gambar film terpaksa di cuci di bilik gelap kemudiannya di scan, jika scanner yang digunakan tidak berkualiti, gambar pun tidak berkualiti dan akan mempunyai noise, selepas itu baru gambar di edit dan di betulkan yg akan meragut kualiti gambar tersebut.