Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 22 Jun 2011

Biodata IBLIS

Pengenalan Diri/Pemohon


Nama : Iblis Lak'natullah
Tarikh Lahir : Sejak enggan sujud pada Adam setelah diperintahkan
Status : Fasiq Kelas Pertama
Agama  : Kufur
Alamat : Semua tempat yang tidak ada didalamnya usaha mengingati Allah
Alamat Tetap : Neraka Jahanam
Kaum : Semua golongan Tirani (Tagnut)
Isteri : wanita yang tidak menutup aurat

Status Perniagaan


Tempat Pertemuan : Pasar
Musuh : Orang Islam
Dalil atau Hujah : Fatamorgana ( maya )
Moto : Hipokrit atas akhlak
Kesukaan : Orang yang lalai mengingati Allah
Kelemahan : Istiqfar
Lambang Rasmi : Tatu
Alamat Pejabat : Toilet...
Sifat : Muzahzab,mengikut angina ,mengikut keperluan
Rakan KOngsi : Orang Munafiq
Bilik Mesyuarat : Tempat najis dan maksiat
Perkhidmatan : menyuruh orang yang mungkar dan mengalakkan kemungkaran
Jawatan : Manager Golongan Al-Magduhim,Alaihim dan golongannya (Ad-Dhalin)
Tempoh Bekerja : Sampai Hari Kiamat
Maknan Kegemaran : Daging Orang Mati
Cita Cita : Menghasut umat islam menjadi kafir
Perangkap : Wanita
Hobi : homoseks dan lesbian,mengoda dan menyesatkan
Para Penghibur : Penyanyi Wanita/Lelaki

Selasa, 21 Jun 2011

Singkatan Jenama Jenama Kereta Terkenal.......

BMW: Brings Me Women.
LEXUS: Luxury EXports to United States.
FIAT: Failure in Italian Automotive Technology.
FORD: For Only Romantic Drivers
HYUNDAI: Hope You Understand Nothing's Drivable And Inexpensive.
VOLVO: Very Odd Looking Vehicular Object.
KIA: Kills In Accidents
OPEL: Old People Enjoying Life
TOYOTA: The One You Only Trust, Always
PROTON: Powerwindow Rosak Oooh Tidakk Ohhhh Noooo

Sabtu, 18 Jun 2011

Mari Kita Tahu BEZA Cerita Filem/Drama 1 Malaysia

Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA.

Drama/Filem Melayu

1.    80% jalan cerita berkisar tentang:
 a.  Cinta.
b.  Cinta 3 segi.
c.  Cinta 4 segi.
d.  Anak-anak rebut harta pusaka.
e.  Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.

2.    Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 42", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).

3.    Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".

4.    Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. (Topi kuning utk pekerja buruh la bang).

5.    Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ". (Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia).

6.    Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.

7.    Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.

8.    Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. (Cover line kot .

9.    Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.

10.  Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

Drama/Filem Cina.

1.    Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.

2.    Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.

3.    Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4.    Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

5.    Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6.    Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....

7.    Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

8.    Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).

9.    Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.

10.  Cerita Blue dia pun tak best. Awek mengerang jek lebih.

Drama/Filem India/Hindustan.

1.    Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.

2.    Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.

3.    Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.

4.    Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.

5.    Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.

6.    Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.

7.    Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.

8.    Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.

9.    Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh ' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha....bla....bla....bla...'.

10.  Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.

Sekian laporan ikhlas untuk pedoman tuan2 director filem

Rabu, 15 Jun 2011

LAWAK KAN!!! (GELAK DEPAN CERMIN)

LAWAK KAN :
  • Duit RM20 kelihatan begitu besar untuk diderma,tetapi begitu kecil bila kita bawak ke pusat hiburan
  • 45 minit terasa begitu lama untuk BERZIKIR tetapi betapa pendeknya waktu untuk pertandingan bola sepak
  • Betapa lamanya 2 jam di masjid untuk mendengar syarahan tetapi cepatnya waktu 2 jam disaat menonton wayang atau cerita drama
  • susahnya nak menyusun kata2 indah untuk berdoa..tetapi begitu mudah bermadah ketika melafazkan cinta atau bersembang kosong
  • tak malu untuk menjerit untuk sesuatu pasukan/artis pujaan sehingga kering anak tekak...tetapi malu tok melafazkan Azan
  • Sanggup berguru untuk belajar vokal,masuk pertandingan itu ini...bila belajar Al-Quran...malas jea..
  • berusaha mencari kisah2 artis hingga sanggup bergadai wang...tetapi...kisah para sahabat nabi?
  • boleh berdiri lama sehingga 1 jam lamanya dan melompat terkinja2....tetapi betapa penatnya untuk mendirikan Solat Tariwikh 8 Rakaat....hehehehe
  • Susah sangat nak baca Al - Quran,tapi majalah hiburan dan novel 1000 halaman pun 3 hari bleh kawtim
  • susahnya nak sebar dakwah....tapi mudah plak nak sebarkan gosip....
  • kita begitu percaya pada berita2 yang masih blom sahih...tp kita sering menolak,mempersenda dan mempersoal apa yang terkandung dalam Al - Quran

JIKA ANDA BERWANG

JIKA ANDA BERWANG (JIKA AKU BANYAK DUIT ATAU SOMETHING LA YANG BLEH DIBUAT ASET DUNIA)

  • ANDA HANYA BOLEH MEMBELI TILAM YANG EMPUK : Bukannya Nyenyak Tidur
  • ANDA HANYA BOLEH MEMBELI BUKU : Bukannya Ilmu
  • ANDA HANYA BOLEH MEMBELI MAKANAN : Bukannya Kepuasan Selera
  • ANDA BOLEH MEMBELI UBAT : Bukannya Kesihatan
  • ANDA BOLEH MEMBELI RUMAH : Bukan Keluarganya
  • ANDA BOLEH MEMBELI BARANGAN PERHIASAN : Bukannya Kecantikan
  • ANDA HANYA BOLEH MEMBELI PANGKAT : Bukannya Kehormatan
  • ANDA HANYA BOLEH MEMBELI HARTA : Bukannya Kebahagiaan
  • ANDA HANYA BOLEH MEMBELI HIBURAN : Bukannya Kegembiraan
  • ANDA HANYA BOLEH MEMBELI CINTA : Bukannya Dari Hati.