Asal usul mee segera.
Mee segera adalah mee separa masak yang dikeringkan dan di campur dengan minyak, biasenya dimakan setelah atau direndam di dalam air panas antara 3 hingga 5 minit. Perencah biasanya di sertakan sekali di dalam setiap bungkusan mee segera. Mee segera juga dimakan secara mentah kerana mee segera sudah pun dimasak di kilang , biasanya dengan mengoreng.
Mee segera adalah versi dari masakkan jepun - ramen
Mee segera sebenarnya sudah ada pada zaman Dinasti Qing di China, di mana mee yimian digoreng, membolehkannya di simpan dalam jangkamasa yang lama serta di seidkan dengan cepat. Seperti juga 'mee benang ayam'(mee halus yang di goreng dan hidangkan dengan air panas dan telur pilihan) boleh didapati di China dan Taiwan sejak Dinasti Qing lagi.
mee segera moden pertama dikelurkan secara komersial oleh usahawan Jepun berketurunan Taiwan. Momofuku Ando, pengasas syarikat Nissin Foods , salah satu pengeluar mee segera terbesar pada hari ini. Mee kelurannya direbus dengan perencah, digoreng dengan minyak sawit untuk membuasng kelembapan kemudian dikeringkan mengikut gumpalan yang di perlukan. Bahan bahan awet telah di cuba iaitu garam dan asap, tetapi Ando membuat kesimpulan minyak sawit adalah yang paling berkesan.
Pada tahun 1958 , Nissin mee segera pertama di dunia, Chikin Ramen (ramen segera berperisa ayam) di Osaka. Satu lagi pencapaian telah di perolehi pada tahun 1971 apabila Nissin memperkenalkan mee cawan , mee segera di dalam bekas styrofoam ka;is air yang boleh digunakan untuk memasak mee. Inovasi seterusnya termasuklah menambah sayur sayuran kering di dalam cawan , sehingga terhasilnya berbagai perisa.
Menurut satu bancian Jepun pada tahun 2000, mee segera menjadi ciptaan Jepun paling penting sepanjang abad. Karaoke menduduki tangga kedua dan cakara padat menduduki tangga kelima. Pada tahun 2005 di anggarkan lebih kurang 85 billion hidangan mee segera di makan setiap tahun.
Penduduk China di anggarkan memakan 44 billion bungkus mee segera setahun atau 51% dari jumlah seluruh dunia. Penduduk Indonesia dengan 12 billion dan Jepun 5.4 billion. Secara per kapita rakyat Korea Selatan paling banyak memakan mee segera iaitu 69 bungkus/seorang setahun.
mee segera bukan sahaja popular di kalangan pelajar malah boleh digunakan sebagai kayu pengukur tahap ekonomi. Pada tahun 2005 indeks 'Mama Noodles' dilancarkan bagi menunjukkan jumlah jualan mee segera jenama Mama.pengeluar terbesar di Thailand. Indeks menjadi stabil sejak krisis kewangan Asia Timur, tetapi julan meningkat sebanyak 15% dalam 7 bulan pertama tahun 2005 , yang dianggap sebagai petanda kemelesetan ekonomi. Rakyat tidak mampu membeli makanan yang lebih mahal , sekali gus mendorong peningkatan jualan mee segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan