Jumlah Paparan Halaman

28,074

Ahad, 3 Jun 2012

Kenapa Bangsa Kita Kadang-Kadang Susah Berjaya Dalam Perniagaan?

Kenapa Bangsa Kita Kadang-Kadang 
Susah Berjaya Dalam Perniagaan?

1. Menganggap perniagaan adalah syarikat atau syarikat adalah perniagaan. Sebenarnya perniagaan adalah aktiviti jual beli sedangkan syarikat adalah sebuah organisasi.

2. Menganggap ekuiti perniagaan sama dengan harta peribadi dan harta peribadi adalah ekuiti perniagaan. Sebenarnya ekuiti perniagaan adalah modal perniagaan sedangkan harta peribadi adalah hak mutlak empunya harta.

3. Menganggap perniagaan adalah sumber mencari kekayaan. Sebenarnya perniagaan adalah sumber mencari rezeki.

4. Menganggap dirinya (peniaga) adalah bos. Sebenarnya dia adalah pengurus/pekerja.

5. Menganggap pelanggan memerlukannya. Sebenarnya dia memerlukan pelanggan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan