Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 6 Mei 2012

Petua Untuk Membuat Suami Terkulai Lentok

Petua Untuk Membuat 
Suami Terkulai Lentok

Berani Berinisiatif - Selalunya terjadi ketika hendak mengadakan hubungan seksual inisiatif selalunya datang daripada pihak suami. Sedangkan isteri hanya menunggu. Ini kerana kebanyakan isteri berasa malu (tapi mahu) untuk mengambil inisiatif walaupun mereka teringin untuk melakukannya. Sepatutnya dalam kehidupan seks suami isteritidak boleh ada istilah malu. Isteri harus berani mengambil inisiatif sebab begini akan membuat suami gembira. Dan secara psikologi dapat mempengaruhi suami dalam bercinta.

Menghias Diri - Apabila ingin bercinta, isteri sepatutnya menghias diri. Jangan sesekali tampil ala kadar jer. Penampilan yang baik akan menambah semangat suami dalam bercinta. Sebab itu, sebelum bercinta, mandilah terlebih dahulu, pakailah pakaian yang bersih dan menarik. Juga sembur sedikit bau-bauan agar anda berbau harum.

Rapikan Bilik Tidur - Sebelum bercinta, rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur anda dari kain dan pakaian yang tidak berguna. Jika cadar dan sarung bantal kotor, gantikan dengan yang baru dan bersih. Jangan lupa untuk menyembur sedikit wangian agar ruang tidur terasa nyaman dan wangi. Tempat tidur yang rapi dan wangi secara psikologi akan dapat menambah semangat suami untuk bercinta dengan anda.

Bersifat Aktif - Cumbuan adalah bumbu percintaan. Ia tidak boleh dipandang remeh kerana ianya sama penting dengan hubungan intim itu sendiri. Dan samada suami atau isteri, kedua-duanya dituntut untuk aktif.. Sayangnya, dalam perkara ini yang aktif selalunya suami. Isteri sering bersifat pasif dan menyerah. Agar suami cukup berghairah, isteri perlu bersikap aktif melakukan ransangan di tempat-tempat sensitif.

Penuhi Kehendaknya - Dalam bercinta isteri sering menolak untuk melayani permintaan suami. Ini sering menimbulakan rasa jengkel dan marah si suami. Sebenarnya tiada alasan mengapa isteri perlu menolak keinginan suami, kecuali dia ingin anda melukukan diluar tabii. Apabila apa yang diinginkan suami itu dipenuhi isteri, maka suami akan berasa gembira dan puas. Dan perasaan sayang akan semakin kuat.

Tidak Statik - Sering terjadi, isteri hanya mahu melayan suami dalam satu gaya sahaja. Hal ini boleh menyebabkan suami merasa bosan. Untuk menghindari kebosanan suami, layanilah suami dengan berbagai gaya.

Bersikap Sopan - Ketika bercinta, isteri jangan sesekali bersikap kasar. Sentiasalah mengamalkan sikap yang sopan. Sikap sedemikian secara psikologi mempengaruhi semangat suami untuk bercinta.

Tidak Mengungkit Kelemahannya - Dalam bercinta jangan sesekali mengungkit kelemahan suami, misalnya mengungkit tentang ukuran penisnya yang agak kecil atau pendek. Ungkitan seperti ini boleh menurunkan ghairah suami.

Perasaan Hasad Dengki

ePsikologi: 
Kenapa Sesetengah Manusia 
Ada Perasaan Hasad Dengki?

1. Perseteruan dan Kebencian - Ianya merupakan sebab yang paling kuat dan paling jelas. Seseorang yang disakiti kerana suatu sebab tertentu, ataupun yang tidak disetujui oleh orang lain di dalam sesuatu hal yang bercanggah dengan kehendak peribadinya, maka perasaan marah akan mengatasi kesabaran di dalam dirinya sehingga boleh mencetuskan perseteruan dan kebencian. Orang yang sedemikian akan merasa gembira apabila apa sahaja kesusahan atau bencana yang menimpa ke atas diri orang yang dimarahi dan dibencinya, sebaliknya dia akan rasa berdukacita dan bersedih jika orang yang dimusuhinya mendapat nikmat dan kesenangan. Firman Allah s.w.t, yang bermaksud :

"Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya..."
( Surah Ali Imran : Ayat 120 )

2. Bangga dengan Kedudukan dan Kemuliaan - Iaitu terasa begitu berat dalam hatinya atau terasa begitu sakit dalam hatinya dengan sebab orang lain lebih atas darinya. Jika ada di antara mereka yang setaraf dengannya mendapat sesuatu yang lebih darinya, sama ada pangkat atau ilmu pengetahuan ataupun harta kekayaan, maka dia merasa bimbang kalau-kalau teman setarafnya itu bersikap angkuh atau takbur ke atas dirinya. Dia rela kalau temannya itu terus berada dalam keadaan atau kedudukan yang sama taraf dengan dirinya, sebaliknya tidak rela kalau temannya itu lebih mengatasi darinya.

3. Angkuh (Takbur) - Angkuh serta meninggi diri dengan memperkecil-kecilkan apa yang dimiliki oleh orang lain dan mengharapkan agar orang lain yang diperlekehkannya itu terus mengikut serta menuruti kehendaknya. Beliau sentiasa bimbang dan takut jika orang lain yang diperkecilkannya itu tidak lagi menurut ataupun mengikut segala kehendak hatinya. Sifat hasad yang berpunca daripada takbur ini adalah suatu sifat yang dipunyai oleh kebanyakan orang bangsawan Arab Jahiliah.

4. Ta'ajub - Rasa ta'ajub atau rasa hairan dengan kenikmatan, kemuliaan dan kelebihan yang ada pada diri. Boleh juga disebut sebagai bangga diri, tetapi tidak sampai kepada tahap angkuh dan sombong. Orang yang sedemikian akan sentiasa menceritakan kebaikan dirinya di khalayak ramai dan suka orang lain membodek serta memuji dirinya ( suka diampu). Akan lahir rasa sakit dalam hatinya jika ada orang memuji orang lain yang lebih baik darinya.

5. Bimbang dan Takut Cita-Cita Tak Tercapai - Perasaan ini terkhusus bagi mereka yang saling berlumba untuk merebut satu tujuan atau cita-cita yang yang sama, seperti adik-beradik yang berhasad dengki sesama mereka bagi mendapatkan kepercayaan bapanya. Perasaan ini juga banyak terdapat di kalangan orang-orang politik yang sentiasa bersaing untuk mendapatkan pengaruh daripada pemimpin atasan. Jika sampai ke tahap orang lain itu boleh menyekat cita-cita ataupun menghalang matlamatnya, maka hasad dengki akan menguasai dirinya bagi membolehkan dirinya berjaya dan pesaingnya gagal.

6. Gilakan Nama dan Kemasyhuran dalam Bidang-Bidang Tertentu - Seperti seseorang yang bercita-cita untuk mencapai kejayaan atau untuk menjadi juara dan jaguh dalam satu-satu bidang tertentu yang tidak ada tandingannya, ataupun yang berusaha agar rekodnya tidak dapat ditandingi oleh orang lain dengan tujuan supaya dirinya sentiasa disanjungi dan dipuja oleh orang ramai. Orang yang sedemikan, jika mendengar berita tentang terdapatnya orang lain yang mampu menandingi serta mengatasinya maka akan sakitlah hatinya. Ianya lebih suka jika pencabarnya itu diragut maut atau hilang keistimewaan yang dinikmatinya, supaya dia kekal sebagai juara tanpa ada tandingan atau saingan.

7. Busuk Hati - Hasad yang berpunca daripada busuk hati ini sukar untuk dirawat kerana sifat busuk hati ini semacam sudah sebati dalam dirinya. Orang yang hasad kerana busuk hati adalah seorang yang paling bakhil, kerana ia beranggapan bahawa orang lain yang mendapat kelebihan darinya itu telah meragut sesuatu dari miliknya, sedangkan apa yang diperolehi oleh orang lain itu adalah datangnya dari milik Allah. Orang ini cukup bakhil dan busuk hatinya kerana apa yang hendak diberi oleh Allah kepada orang lainpun beliau sanggup mempertikaikan Allah kerana memberi kenikmatan kepada orang lain.

KESIMPULAN: Jika dalam diri kita bermaharajalela hawa nafsu yang berpunca daripada ketujuh-tujuh sebab ini, maka akan lahirlah perasaan hasad dengki dan khianat dalam diri kita. Jika ianya tidak dapat dihindarkan ataupun kita tidak berusaha untuk menepisnya keluar dari dalam hati kita, maka hasad dengki dan khianat ini akan sebati dalam darah daging kita. Justeru, cara merawatnya supaya sifat hasad dengki ini terhindar dalam diri kita ialah dengan kita melakukan tindakan-tindakan positif yang bertentang dengan maksud ketujuh-tujuh punca kejahatan yang disebutkan.

Jumaat, 4 Mei 2012

Loo Jo Yee

Loo Jo Yee . Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Petua Untuk Menguruskan Badan

Petua Untuk Menguruskan Badan

1. Pokok Dukung Anak - Ambil pokok dukung anak, temulawak dan gula melaka dan rebuskan bersama. Amalkan ia sebagai minuman harian.

2. Delima Putih - Ambil 2 biji buah delima putih bersama sedikit garam. Bersihkan buah tersebut dan tumbuk sehingga halus. Campurkan tiga sudu makan air masak dan sedikit garam, tapis dan minum 3 kali sehari.

3. Hempedu Bumi - Ambil sedikit daun hempedu bumu, daun lagundi dan gula melaka. Gaul kesemua bahan tersebut dan sapukan ke seluruh bahagian tubuh yang berlemak.

4. Lengkuas - Ambil lengkuas dan 1 sudu makan madu asli. Tumbuk lengkuas sehingga lumat. Tapiskan dan campurkan dengan madu asli lalu diminum. Amalkan cara ini sehingga terdapat perubahan.

5. Buah Pinang - Hiris buah pinang nipis-nipis dan jemur sehingga kering. Apabila telah kering, tumbuk hirisan pinang tersebut hingga menjadi serbuk. Ambil ½ sudu teh serbuk buah pinang tersebut dan masukkan ke dalam secawan air panas untuk diminum 2 kali sehari.

6. Limau Nipis - Buat minuman teh seperti biasa tanpa membubuh gula, sebaliknya tukarkan dengan limau nipis. Minum setiap hari.

Tahukah korang?

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom MK nak dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Rabu, 2 Mei 2012

BERSIH Dan AMBIGA

A: Bodoh betul sape yang sokong si Ambiga tu dalam BERSIH!

B: Kenapa pulak?
...
A: Yela..dia kan pendukung IFC, pembela kes murtad, penentang mahkamah syariah bla..bla..bla..So, siapa yang sokong dia maknanya dia menyokong Ambiga!Siapa yg sokong si Ambiga memang x sayangkan ISLAM!

B: Oh..macam tu sekali ea..urm..nak tanya sikit boleh?

A: Hah! Tanya ape pulak ni??

B: Ko ade facebook x?Ko guna henpon jenis ape ek?Suka minum milo?Ada twitter x, aku nak add la..hehe..

A: Ape punya soalan la ko ni..memang la aku ada akaun facebook.Aku guna nokia dengan IPAD..canggih x aku?Milo tu memang la peberet aku la..Nanti aku PM fb ko aku punya akaun twitter ea..

B: Hah! Sah ko AHLI NERAKA!!!!

A: Aik?Kenapa lak ko ni?Jangan tuduh sembarangan!

B: Memang la..ko tau x fb tu milik Mark Zuckberg?Dia tu kafir tau!Nokia dan IPAD pun org kafir yang punya.Twitter punya founder tu si Jack Dorsey tau!Dia pun kafir!Milo tu pun pemiliknya Nestle.Pun org kafir gak!

A: Dah tu apasal aku ni ahli neraka pulak?

B: Dah kau guna barangan dia, kira ko sokong org kafir la..Ko x sayangkan Islam!

A: Eh..bukan macam tu..aku cuma gunakan kemudahan yg dia sediakan..gunakan kepakaran yg dorang ada..bukan bermaksud aku sokong dia tu..Lg pun aku gunakan fb dan twitter utk kebaikan..untuk sebarkan maklumat dsbgnya..

B: Owh..macam tu ea..untuk pengetahuan ko..mcm tu juga dengan org yang menghadiri BERSIH, mereka menyokong tentang tuntutan BERSIH..dalam tuntutan tu, xde pon disebutkan tentang menyokong seks bebas, xsokong mahkamah syariah or etc..mereka bersama-sama untuk 8 perkara tersebut sahaja..itu pun berkaitan dengan keadilan mengenai PRU13..tentang daftar undi dsbgnya..

A: Owh..mcm tu ke..huhu..kalau aku cakap yang sokong Bersih tu x sayang Islam..maknenye aku pon sama la ek..huhu.

Selasa, 1 Mei 2012

UMNO MEMANG MALAS MEMBACA..

TESTIMONI PESERTA..
UMNO MEMANG MALAS MEMBACA..
SO BACA OK..

Bersih 3.0 : Bagaikan Polis Israel dan Rakyat Palestin
by Fazrin Jamal on Monday, April 30, 2012 at 12:01pm ·

Bersih 3.0 menjadi titik hitam dalam sejarah demokrasi negara. Kebebasan bersuara ditekan. Kebebasan berhimpun dimusnah. Rakyat dipukul, diseksa dan ditangkap. Kerana apa? Kerana mereka mahukan pilihanraya yg adil dan bersih. Rakyat bagaikan masyarakat Palestin yg lama ditindas. Polis bagaikan penguasa Israel yg mengganas.

Jika dahulu kita sakit melihat tanah rakyat Palestin dirampas sewenang-wenangnya oleh penjajah Israel. Kini kita disakitkan dengan hakikat Dataran Merdeka dirampas daripada rakyat. Dataran Merdeka kekal milik rakyat. Dalam konteks yg lebih luas, setiap inci ruang alam semesta ini adalah milik Allah. Rakyat berhak berhimpun di dataran itu. Dataran Merdeka bukan milik DBKL, tidak PDRM, jauh sekali kerajaan. DBKL hanya diberi amanah untuk mengurus tadbir Dataran itu. Tidak lebih daripada itu. Analogi yg mudah, adakah apabila anda menyimpan duit didalam bank, duit itu berpindah hak kepada pegawai bank? Tidak bukan? Itulah juga perihal yg ingin disampaikan disini.

Jika dahulu penguasa Israel seringkali dilihat mencabuli hak asasi manusia rakyat Palestin yg termaktub dalam undang-undang antarabangsa bagi pelarian dan tahanan perang. Kini kita menyaksikan bagaimana polis Malaysia mencabuli hak sivil rakyat Malaysia yg terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan Universal Declaration of Human Rights. Menurut Perkara 10 (1) (a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 19 dan 20 (1) Universal Declaration of Human Rights, semua orang berhak bersuara bagi menyatakan pandangan serta berhimpun secara rasmi tanpa sebarang senjata. Kami bangkit untuk menuntut pilihanraya yang adil. Adakah itu salah? Kami bukannya seperti Father Terry Jones yg berselindung disebalik the First Amendment of the US Constitution yg memberikan hak kepadanya membakar al-quran. Niat dan hasrat kami baik. Mengapa hak kami ditindas seperti di bumi Palestin?

Jika dahulu penguasa Israel menyerang menggunakan kereta kebal dan peluru hidup ke arah rakyat Palestin yg bersenjatakan batu, kini polis malaysia menyerang rakyat dengan air kimia dan bom asap. Tahukah betapa sengsaranya kami? Mata tidak melihat. Tangan berasa dibakar. Hingus meleleh dari hidung yg lemah. Rakyat mencungap kesakitan. Tahukah anda wahai penguasa yg kejam bahawa kami bertolak sesama sendiri dari kezaliman yg melampau? Tahukah anda, pak cik, makcik seusia 65 tahun berada disitu? Tahukah anda anak kecil dan bayi berada disitu? Tahukah anda yg penulis sendiri percaya tidak akan lagi bertemu esok? Kematian, itulah yg kami fikirkan! Mengapa tear gas canister itu ditembak tepat ke arah rakyat bukannya ke udara? Tahukah anda bahawa kelajuan tear gas canister yg ditembak itu boleh menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda? Selain itu, mengapa pistol berisi peluru hidup dibawa sekali ke Dataran Merdeka? Adakah Dataran Merdeka itu Tel Aviv? Mengapa pihak polis begitu bereya-eya mengatakan polis begitu teruk dibelasah sedangkan kami hanya bersenjatakan batu dan botol mineral. Bukankah hanya 20 anggota polis yg tercedera? Peserta Bersih yg dilanyak 3 kali ganda lebih banyak daripada polis yg terluka. Sekitar 60 orang. Mereka diserang kayu cota, tear gas canister, air kimia, tumbukan dan tendangan polis.

Tahukan juga anda wahai polis bahawa penguasa israel itu lebih baik daripada anda? Mereka tidak menyerang rakyat sendiri. Mereka menyerang rakyat Palestin sahaja. Sedangkan polis Malaysia ini menyerang rakyat sendiri. Yg lebih menyayat hati kebanyakan anggota polis itu beragama islam tetapi sanggup menyakitkan saudara seagamanya. Begitu besarkah gaji yg dibayar kepada anda untuk menyakitkan kami? Jika rakyat israel dibolehkan membina khemah dan dijaga keselamatan mereka untuk menyatakan bantahan kenapa kami tidak dibenarkan untuk duduk selama 2 jam? Mengapa kami ditangkap? Adakah kami pembunuh Altantuya?

Selepas kami lari berpecah jauh daripada Dataran Merdeka, polis masih melemparkan gas beracun ke arah kami dan sentiasa mengejar? Bukankah perintah mahkamah hanya menyatakan hanya Dataran Merdeka tidak dibenarkan untuk perhimpunan? Adakah kawasan Mydin, Masjid Jamek dan Sogo itu termasuk dalam Dataran Merdeka? Mengapa polis masih mengganas walaupun kami sudahpun 700 meter dari Dataran Merdeka? Apakah yg cuba disampaikan? Siapa yg melanggar undang undang pada masa ini? Tidak takutkah kamu akan dosa? Perbuatan ini mirip tindakan polis Israel yg sentiasa mengejar, menyerang dan memukul rakyat Palestin walaupun mereka telah jauh pergi daripada kawasan konflik. Adakah pihak polis diberi tauliah dan didikan daripada israel?

Jika dahulu kita sering dikejutkan dengan tindakan polis israel menyerang wartawan yg merakam keganasan keganasan yg dilakukan terhadap rakyat Palestin. Kini, perkara sama juga berlaku terhadap wartawan wartawan di Malaysia. Arif Kartono, seorang fotografer yg bekerja dengan the Malay Mail diserang oleh 6 orang anggota polis dan kameranya dipecahkan. Koh Jun Lin dan Harry Fawcett, masing masing wartawan daripada MalaysiaKini dan AlJazeera telah kehilangan memori kad dan koleksi video yg mendokumenkan keganasan polis yg dilakukan. Apa yg ingin disembunyikan? Pampasan wang tunai tidak cukup untuk menggantikan apa yg terjadi terhadap wartawan wartawan ini. Menurut CIJ, 9 orang wartawan telah menjadi mangsa perbuatan kasar polis. Tetapi tidak mengapalah, video amatur ratusan ribu telah ditangkap dan banyak telah dinaikturun ke Youtube. Keadilan sentiasa ada.

Kerajaan Israel sentiasa melakukan penipuan bagi menunjukkan bahawa kononnya mereka telah menang. Penipuan itu diwujudkan dalam bentuk buku, berita, dokumentari dan sebagainya. Begitu jugalah halnya dengan kerajaan Malaysia amnya dan PDRM khasnya. Menurut PDRM, jumlah peserta yg hadir untuk Bersih 3.0 ini hanyalah sekitar 25000 hingga 50000 orang. Sedangkan anggaran daripada penganjur Bersih sekitar jauh lebih tinggi daripada itu iaitu sekitar 250000 hingga 300000 orang. Manakala menurut badan badan bebas pula, jumlah yg hadir sekitar 80000 hingga 100000. Jumlah yg dianggarkan penganjur Bersih ini bukanlah sesuatu yg mustahil untuk dicapai kerana Bersih bukan sahaja diadakan di Kuala Lumpur tetapi juga di 85 buah bandar di 35 buah negara sekaligus memecah rekod dunia dalam penganjuran perhimpunan. Persoalan yg muncul sekarang ini, mengapa anggapan pihak polis itu jauh terpesong daripada bukti, saksi dan dokumentasi fakta? Tidak tahukah mereka mengira dan menganggar? Atau adakah mereka takut menyatakan pada rakyat bahawa begitu banyak rakyat menyampah dengan kerajaan yg kotor ini?

Ya Allah, aku berdoa padaMu agar Kau berikanlah keadilan kepada hambaMu yg disakiti, Kau berikanlah kami peluang untuk memilih pemimpin dalam satu sistem pilihanraya yg adil lagi bersih.

Post Scriptum:
Jangan bazirkan tenaga anda kepada golongan manusia yg akan berkata
i) kaw x yah la nak kutuk-ii polis. Nanti time kaw susah polis gak yg kaw cari.
ii) bersih la sngt. Sebelum nak pegi Bersih baik kaw bersihkan ati tu dulu
iii) Padam muka kena tear gas. Nak sngt pegi. Sepatutnya polis uh patut tembak mati je korg ni. Menyusahkan org.
iv) Kalaw x bersih, kenapa lak pembangkang boleh tawan 5 kerusi.
v. Kaw pergilah sujud kat Ambiga penyokong murtad tu.
InsyaAllah, mereka tidak akan pernah mengerti

Penulisan asli peserta Bersih 3.0 ,
Fazrin Jamal