Jumlah Paparan Halaman

28,093

Jumaat, 4 Mei 2012

Petua Untuk Menguruskan Badan

Petua Untuk Menguruskan Badan

1. Pokok Dukung Anak - Ambil pokok dukung anak, temulawak dan gula melaka dan rebuskan bersama. Amalkan ia sebagai minuman harian.

2. Delima Putih - Ambil 2 biji buah delima putih bersama sedikit garam. Bersihkan buah tersebut dan tumbuk sehingga halus. Campurkan tiga sudu makan air masak dan sedikit garam, tapis dan minum 3 kali sehari.

3. Hempedu Bumi - Ambil sedikit daun hempedu bumu, daun lagundi dan gula melaka. Gaul kesemua bahan tersebut dan sapukan ke seluruh bahagian tubuh yang berlemak.

4. Lengkuas - Ambil lengkuas dan 1 sudu makan madu asli. Tumbuk lengkuas sehingga lumat. Tapiskan dan campurkan dengan madu asli lalu diminum. Amalkan cara ini sehingga terdapat perubahan.

5. Buah Pinang - Hiris buah pinang nipis-nipis dan jemur sehingga kering. Apabila telah kering, tumbuk hirisan pinang tersebut hingga menjadi serbuk. Ambil ½ sudu teh serbuk buah pinang tersebut dan masukkan ke dalam secawan air panas untuk diminum 2 kali sehari.

6. Limau Nipis - Buat minuman teh seperti biasa tanpa membubuh gula, sebaliknya tukarkan dengan limau nipis. Minum setiap hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan