- Soal Jawab Agama -
1) Tak boleh sebut huruf "rho" dgn jelas,boleh jd imam tak?
- tak boleh jd imam jika ada makmum yg blh sebut dgn jelas..
2) Semasa azan boleh lafaz dgn panjang tak sebutan " La ila" ?
- tak boleh pjg,setakat dua harakat sahaja..
3) Apakah cara akad nikah bg org yg bisu?
- wajib jugak ijab kabul tp tak wajib b'lafaz,kalau b'lafaz sampai esok pun tak boleh..memadai dgn isyarat seperti angguk atau tanda bagus.
4) Pakai baju syarikat arak boleh tak?
- tak boleh.
5) Hukum sms dgn tunang haram tak?
- tak haram,sms hanya tulisan..tak nampak muka,tulis yg halal jd halal,tulis yg haram jd haram.
6) Hukum pakai seluar 3 suku?
- boleh pakai,lutut bkn aurat..aurat yg sebenarnya adalah atas dari lutut,pakai 3 suku lg baik..bila kita faham agama maka akan menyenangkan kita,jgn mu yg 3 suku sudoh!
7) Hukum akad nikah melalui sms?
- kena tgk keadaan,jika mahkamah syariah benarkan br boleh.
8) Hukum perempuan mengaji ketika haid?
- dalam mazhab maliki dibenarkan.
9) Hukum perempuan buat rambut rebonding?
- tak haram sebab tak kekal,tp haram jika dedahkan pada bukan mahram.
10) Hukum pijak bendera Terengganu?
- tak boleh pijak jika bendera itu ada lambang syiar islam seperti bulan dan bintang.
11) Kenapa org yg jimak pada bulan puasa kena kifarah,yg tak puasa tak kena pulak?
- walaupun tak dikenakan kifarah,perbuatan tetap haram dan berdosa besar.
12) Tolong angkat bukan mahram jatuh sebab tiada org nak angkat,tp rase seronok pulak bila blh pegang..dosa tak?
- perbuatan menolong tu baik,tp ambik keseronokan tu haram..lari dari makna nak tolong org.
13) Solat diatas tangga,kaki kanan kat atas..kaki kiri kat bawah,sah tak solat?
- solat tetap sah bila kita t'sepit dlm keadaan begini,islam itu indah..jgn punggung lebih rendah dari kepala sudah ketika sujud.
14) Bolehkan wang zakat diberikan pada bukan islam?
- tak boleh,tidak t'masuk dlm asnaf zakat.
15) Bagaimana lafaz rujuk yg mudah?
- yg paling mudah,tak perlu mengadap kiblat dan berkata "aku rujuk kamu jd isteriku semula" automatik jd isteri kita blk.
16) Hukum urus niaga dgn org kafir yg jual arak?
- jika urus niaga kita dgnnya tak libatkan arak yg dia jual maka halal berurus niaga dgnnya,tak dosa.
17) Bagitau kat orang tak kawin lg padahal dah kawin pun,jatuh tak talak?
- tak jatuh talak,tp dosa la sbb tipu org.
18) Boleh makan tak buah-buahan yg diukir kalimah Allah?
- kata setengah ulama makruh memakannya.
19) Apa pendapat ustaz tentang bekas mufti perlis nak lawan puak sekular?
- kita tunggu la kenyataan-kenyataannya lepas ni.
20) Hukum ambik brg yg telah ditinggalkan tuannya?
- boleh ambik tp tandalah jumlahnya,senang nak pulang blk jika dia mari tuntut.
21) Tak sempat ganti puasa,kena fidyah tak?
- kalu kerana mu sibuk dgn kerja sampai tak sempat ganti maka dikenakan fidyah..jika tak mampu ganti kerana sakit tidak kena fidyah.
22) Suka beronani,skrg dh taubat..lepas tu misai dan janggut saya tak tumbuh pun,adakah perlu saya jumpa doktor?
- tak penting misai atau janggut mu tumbuh atau tidak yg penting mu taubat.
23) Sedang b'cinta dgn seorg lelaki,buat rancangan utk b'kahwin..tp lelaki tu sebenarnya sudah b'kahwin,isterinya tak bg dia kawin dgn saya dan maki hamun saya,keluarga saya pun tak bg jugak..dah buat istikharah dan saya hanya nampak lelaki itu,adakah perlu saya teruskan hajat saya?
- kalau ada larangan atau tegahan dari org ramai itu baik dr segi hukum syarak,mungkin ada sesuatu yg tak baik..walaupun kita cinta pada dia tak semestinya dia adalah jodoh kita,jika dia tu seorang yg baik barulah boleh diteruskan walaupun ada tentangan.
24) Boleh tak ustaz bg tips dan petua b'poligami?
- nok suruh orang puang maroh saje la ni!jika mu rase mu nim tak boleh buat sesuatu yg betul cukuplah mu kawin sorang je..biarlah b'poligami ni ada maksud yg baik pada agama,biar agama yg didahulukan!jgn ingat nak seronok je,tgk org kawin mu nak kawin!jgnlah b'poligami ni atas dasar nafsu semata-mata dan jgn kerana suka-suka,biar ada alasan yg benar. Wallahu'alam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan