Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 5 April 2012

Kata Mutiara

Kata Mutiara

ღ Iman takkan mempunyai erti bila tidak disertai amal. Akidah takkan memberi manfaat bila tidak 
mendorong penganutnya untuk beramal dan berkorban demi menjelmakannya menjadi kenyataan.

ღ Tiga modal utama untuk mencapai tujuan: manhaj yang benar, pendokong yang beriman, pemimpin yang
kuat dan dipercayai.

ღ Ayat-ayat Allah dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w tentang pendidikan dan pembangunan umat menjelang
kehancurannya, kisah-kisah kehancuran dan kemajuan umat-umat terdahulu yang banyak tertera di
dalamnya, terus mengajak kita untuk sentiasa memiliki harapan besar dan menunjukkan kepada kita jalan
lurus menuju kebangkitan.

ღ Kekuatan pertama sesungguhnya adalah iman, hasil dari iman adalah kesatuan dan produk dari kesatuan
adalah kemenangan yang gilang-gemilang.

ღ Kamu adalah roh baru yang mengalir di dalam tubuh manusia dan ia akan menghidupkan umat ini dengan
Al-Quran. Kamu adalah cahaya baru yang bersinar, yang menyingkap tabir kegelapan materialisme dan
menggantikannya dengan makrifatullah. Kamu adalah suara yang bergema tinggi dan sentiasa
menyenandungkan dakwah Rasulullah s.a.w.

ღ Barang siapa membunuh waktunya, maka sama sahaja dengan membunuh dirinya sendiri kerana waktu
adalah kehidupan itu sendiri.

ღ Barangsiapa rajin bekerja, maka beruntunglah ia. Namun, barangsiapa dengan kerjanya tidak memberi
pengaruh, maka kata-katanya juga sekali-kali tidak memberi pengaruh.

ღ Jika ada seorang mujaddid muslim yang sudah berasa puas hanya menjadi ahli ilmu dan penasihat,
menetapkan keputusan hukum, menggelar kajian usul fiqh dan fiqh praktisnya, sementara ia membiarkan
pemerintah melaksanakan hukum yang tidak diredhai Allah dan mendorong rakyatnya untuk melanggar
perintah-perintahNya, maka suara mujaddid itu laksana teriakan di lembah gersang.

ღ Barangsiapa beranggapan bahawa agama khususnya Islam tidak mempedulikan masalah politik atau
bahawa politik tidak termasuk agenda perjuangnnya, maka sungguh ia telah menganiaya diri sendiri dan
pengetahuannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan