Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 11 Februari 2012

CERIA LAH KAMU SEBELUM KAMU DICERIAKAN

-7 tips untuk ceria -

1. Katakan pada diri-’aku ceria’ berkali-kali. masuk dalam bilik air dengan doa dan kaki kiri kemudian cakap kuat pada diri tatkala sedang ber’shower’- aku ceria. aku orang yang ceria. aku menceriakan orang lain. -air akan merakamkan semangat ceria itu dan menyeliputi diri sebagaimana dia membasahkan tubuh kita.

2. Niatkan dalam hati ketika sedang berbaring untuk tidur-esok aku adalah orang yang ceria dan menceriakan orang lain. mengucap dan berselawat. akhirkan dengan membaca 3 kali surah al-ikhlas.(sama seperti membaca 1 al-quran)

3. Maafkan diri sendiri. maafkan orang lain. doa supaya orang lain maafkan kita.

4. Tarik dan hembus nafas dalam-dalam sambil masukkan rasa syukur dan buangkan rasa amarah, hasad dengki, tamak haloba dan semua sifat mazmumah. buang satu persatu dengan teknik visualisasi. contohnya, tarik nafas, masukkan rasa syukur kemudian hembus nafas, bayangkan hasad keluar dan seterusnya.

5. Senyum selalu. kata pada diri, aku ceria, lahirkan pada wajah, senyum seikhlasnya. rasakan senyum itu datang dari hati. lihat perubahan pada wajah, otomatik, wajah akan bertukar jadi manis dan berseri-seri. hati serta -merta jadi tenang. masukkan terus rasa syukur. cubalah. rasakan perubahannya.

6. Berbuat baik dan berkata yang baik-baik. jangan sekali-kali berfikir buruk pada orang lain apatah lagi mengeluarkan pendapat itu melalui kata-kata.(mengumpat). ingatlah. what goes around comes around.

7. Sayangilah orang lain. sifat penyayang akan mengundang rasa sayang yang dilangit kepada kita., ucapkan doa terutama ketika basuhan kedua membasuh muka semasa berwudhu’- wa nur yusufa wajhi man roani yuhibbuni ( cahaya yusuf di wajahku, sesiapa yang melihatku akan mengasihiku).


CERIA-CERIAKAN DIRI ANDA.. DAN KENAPA MANUSIA TIDAK SELALUNYA CERIA

Kenapa kita tak ceria?

1) Hidayah tak turun- Manusia boleh ceria dan bahagia kalau Allah turunkan hidayah padanya.

2) Kita jahil- macam mana orang jahil nak ceria. Dia tak tahu macam mana nak menceriakan diri sendiri.

3) Bodoh sombong- Dah jahil tapi tak nak tanya org mcm mana nak jadi ceria.

4) Hati kotor- Orang hati kotor tak boleh nak ceria.

5) Banyak ilmu tapi tak amal

6) Tak istiqomah/ikut musim

7) Tak bersatu hati

8) Tak berdoa

9) Tak bersyukur

10) Perspektif silap- Mentafsir dengan cara yang silap.Kebanyakan perkara dalam hidup neutral.Terpulang pada individu.

11) Lihat kesan jangka pendek. Tak tgk jangka panjang. So, bosan. tak ceria.

12) Kekadang suasana tak ceria.

13) Kawan kawan boring, tak baik, bunuh semangat.

14) Gagal lihat sesuatu secara objektif.


*Mulakan hari anda dengan berjalan seketika bagi mengembalikan tenaga dan menghidupkan 'jentera' badan.

*Jangan gopoh. Jadual yang tergesa-gesa merampas tenaga kita.

*Lakukan hanya apa yang boleh. Jangan hanya pandai menyanggupi setiap tugas yang diberi tetapi akhirnya tidak berupaya melaksanakannya.

*Sediakan senarai, tentukan keutamaan anda dan tandakan kemajuan, dengan melakukan sebaik mungkin tugas yang ada dalam tangan.

*Jaga berat badan. Ini kerana beberapa paun berat tambahan pasti mempercepatkan kelesuan.

*Makan dengan teratur. Jangan tersilap pilih makanan. Jangan abaikan makan pagi. Makan secara ringan.

Makanan yang seimbang penting untuk membebaskan diri dari kelesuan atau keletihan.

*Tidur adalah tonik. Amalkan tidur sekurang-kurangnya enam hingga lapan jam setiap malam, dan rehatkan mata sejenak waktu siang.

*Rehatkan otak dengan meditasi, bersembahyang atau mendengar alunan muzik yang menenangkan.

*Banyak minum air kerana ia perangsang tenaga. Berendam dalam kolah mandi pasti melenyapkan terus kelesuan.

*Ketawa juga penawar. Selitkan kehidupan kita dengan jenaka dan gurauan.

*Usahakan perubahan. Sahut cabaran baru. Lakukan kelainan terhadap sesuatu pendekatan. Cergaskan diri nescaya hidup akan bertambah ceria.

*Ingatlah bahawa menerokai sesuatu adalah fitrah manusia. Ia mendatangkan banyak keseronokan dan mencungkil sumber tenaga dari dalam diri kita. Lakukan sesuatu yang digemari. Luangkan masa untuk membaca, pergi berkelah, mengunjungi kawan dan ceriakan diri.

*Kehidupan bukan untuk bekerja semata-mata. Kita perlu rehat.

*Cuba patuhi panduan mudah ini, insya-Allah anda tidak lagi diganggu kelesuan.


OLEH ITU CERIAKAN LAH DIRI ANDA SEBELUM ANDA MENCERIAKAN ORANG LAIN ATAU ANDA DICERIAKAN..! kah kah kah kah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan