Jumlah Paparan Halaman

28,090

Khamis, 1 Disember 2011

Aku Janji Dalam Lafaz Nikah

Memberi Nafkah

Sanggup dan bersedia untuk memberi nafkah kepada isterinya dari segi makan minum, pakai dan tempat berteduh.

Menjaga Dengan Baik

Sanggup dan Bersedia menjaga isterinya dengan baik, melindungi keselamatannya dan mengawal kehormatan diri, kesihatan tubuh badan serta memelihara agama, nama baik dan maruahnya.

Memimpin dengan Kasih Sayang

Sanggup dan bersedia untuk menentukan dan memimpin corak hidup berkeluarga yang mengharap petunjuk dan keredhaan Allah.

Mendidik dengan Sabar

Sanggup dan bersedia untuk mendidik isteri dengan sabar, matang dan bijaksana menyelesaikan masalah rumah tangga, termasuk jika isteri nusyuz atau dalam membuang tabiat buruk isteri jika ada.

Melepaskan dengan Baik

Sanggup dam bersedia untuk melepaskan isteri dengan baik jika sudah tiada joodh yakni bercerai. Ia adalah sebagai jalan keluar terakhir untuk mengatasi krisis rumah tangga setelah usaha-usaha lain tidak berhasil.

Mempertaruhkan Diri Bertanggungjawab Penuh

Sanggup dan bersedia dipertanggungjawabkan atas isterinya dari dunia sehingga akhirat dalam perbicaraan di 

Padang Masyhar nanti. Suami mengawas dan memelihara isteri daripada jatuh ke dalam api neraka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan