Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 16 Oktober 2011

10 Kata-kata Hikmah Saidina Ali bin Abi Talib KWH


-10 Kata-kata Hikmah Saidina Ali bin Abi Talib KWH

Dipetik daripada buku : 400 Kata-kata Hikmah Saidina Ali bin Abi Talib KWH.  Penulis : Hj. Nik Azran b. Muhamed.




1-10 Kata-kata Hikmah Saidina Ali bin Abi Talib KWH

1. Perkara yang perlu ada bagi kepimpinan ialah sikap berlapang dada.
YaQeen : Belum pandai memimpin.
2. Orang yang paling bakhil dalam urusan hartanya ialah mereka yang terlalu pemurah menggadaikan maruah dirinya.
YaQeen : Na’uzibillah.
3. Orang yang paling jauh bermusafir ialah mereka yang sedang mencari seorang sahabat yang disukainya.
YaQeen : Masih mencari.
4. Seseorang hamba itu begitu jauh daripada Allah s.w.t. apabila mementingkan perut dan tuntutan nafsunya.
YaQeen : Kerana orang yang pentingkan kehendaknya tanpa memikirkan orang lain adalah diibaratkan seperti haiwan yang tidak berakal.
5. Takutlah kamu daripada berbuat maksiat pada makhluk Allah s.w.t. kerana sesungguhnya yang menyaksikan perbuatan tersebut adalah hakimnya.
YaQeen : Hakimnya adalah Allah s.w.t.
6. Memberikan hujah kepada si jahil adalah mudah. Pun begitu apa yang susah ialah bagi si jahil tadi menerima hujah tersebut.
YaQeen : Tidak perlu jadi bodoh sombong.
7. Letakkan rahsiamu pada seorang individu sahaja manakala mesyuarat hendaklah dimaklumkan kepada seribu orang.
YaQeen : Tak mudah letakkan kepercayaan.
8. Jadikanlah umurmu ibarat wang yang diberikan kepadamu. Sekiranya engkau tidak suka apa yang engkau belanjakan hilang begitu sahaja, maka hendaklah engkau tidak menghabiskan umur engkau dengan sia-sia.
YaQeen : Berjimat cermat amalan bersama.
9. Orang yang paling jahil adalah dari kalangan orang-orang jahil ialah mereka yang terjatuh ke dalam lubang binatang dua kali.
YaQeen : Sudah jatuh ditimpa tangga si bodoh sombong itu. Masih menakuk air yang keruh walau dihulur air yang jernih.
10. Orang mukmin yang sebenar tidak akan terkena sengatan binatang yang berada di dalam lubangnya dua kali.
YaQeen : Panjang akal. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan