Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 10 Julai 2011

Yang sepatutnya (dah nmpk dpn mata)

Yang sepatutnya

Kita beri mak abah kita segala daya yang kita mampu untuk membahagiakan hati perut mereka.

Walau ditimba air laut, didakap luas langit yang tinggi pun tidak cukup untuk kita balas jasa mereka kepada kita sejak kecil, tapi sekurang-kurangnya kita usahakan seumur hidup kita untuk berbakti kepada mereka.

Yang sedang belajar, kita usahakan sampai apa yang kita telaah itu membuahkan sesuatu untuk kita suapkan ke rongga mereka. Yang sedang bekerja, kita asingkan sebahagian wang untuk kita ukirkan senyuman di bibir tua mereka.

Bukan mewah untuk menunjuk-nunjuk. Tapi hanya nak menyenangkan hati perut. Mana yang mampu hantar mereka ke tanah suci, baguslah. Mana yang tidak, doakan mereka setiap kali mendirikan yang lima. Minta Allah jangan tempiaskan lansung dosa kita kepada mereka yang tidak tahu apa-apa lansung di belakang mereka dahulu. Atau dosa yang kita lakukan terangan di depan mereka. Mungkin mereka sudah menegur. Tidak mahu lebih-lebih sebab mereka sendiri takut terluka kalau kamu membantah.

Di usia kita yang semakin dewasa dan mereka yang semakin tua, sepatutnya kita lah yang menghulur kesenangan kepada mereka. Dalam kepala mereka hanya terfikir tentang benda yang ringan-ringan sahaja. Bukan lagi hal anak yang semakin menyesak dada. Bukan lagi berhadap dengan anak yang dah tua bangka tapi asyik sedut duit mereka sahaja.

Cuba tanam dalam diri maruah yang menggunung tinggi. Jangan mintak duit mak bapak walau apa pun terjadi. Kalau sekadar meminjam pastikan bayar secepat mungkin. Jadi lah manusia yang berpegang pada janji. Tak takutkah hutang bertukar menjadi sawa yang membelit nanti?

Berhijrahlah. Yang sepatutnya kita membahagiakan mereka. Menyenangkan mereka secara zahir atau batinnya. Atau kalau tak mampu sangat nak menyenangkan, sekurang-kurangnya jangan menyusahkan mereka lansung.

Tak susahkan? Ni tidak abes blaja,dpt keje sibuk nak kawen & cari duit nak kawen...manusia....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan