"Gerimis Mengundang", "Di
Saari Bin Jusoh insan yang berasal dari Kelantan itu memang menjadi buruan dikalangan artis baru yang ingin merakamkan album untuk menghiasi album baru mereka. Bayangkanlah dengan berbekalkan satu atau dua lagu ciptaan Saari Amri dalam satu album pasti menjadi popular. Asalnya Saari Amri hanya ingin menggunakan nama Saari AM (AM itu singkatan kepada Anak Mak) tetapi atas cadangan dari rakan pena beliau telah mensarankan agar ditambah menjadi Amri dan sehingga kini Saari dikenali dengan nama Saari Amri.
Bermula dengan lagu Kumpulan Mega "pasti" nama Saari Amri mula di beri perhatian dikalangan penggiat seni hiburan tanahair. Saari Amri yang pernah bekerja sebagai penjaga store di sebuah kilang suatu masa dahulu terus gigih bekarya sehinggakan beliau mampu memiliki studio rakaman sendiri yang di beri nama Menora Studio.
Saari Amri juga telah menerima tawaran dari syarikat gergasi ketika itu iaitu BMG Music sebagai pencipta lagu eksklusif bagi memastikan karya Saari Amri terjamin dan dilindungi oleh akta cipta terpelihara.
Saari Amri juga tidak terlepas dari menggunakan nama samaran yang lain seperti nama Iraas Irma (terbalik dari nama Saari Amri) yang juga merupakan nama anaknya bersama Senorita dan nama Fitri Amri. Beliau telah banyak menaikkan nama artis baru dan mengekalkan nama artis yang telah sedia ada, di antara artis yang pernah dinaikkan Saari Amri menerusi sentuhan hit lagunya adalah Ziana Zain ("madah berhelah", "setiaku di sini", "kekal"), Azie ("pelamin anganku musnah", "kau tetap dalam anganku"), Kumpulan Ukay's/UK's ("terasa","di sana menunggu di sini menanti","seksa"), Kumpulan Umrella ("ramalanku benar belaka"), Kumpulan Scan ("kau dipaksa aku terpaksa") Kumpulan Zabarjad ("karam") Kumpulan Legacy,("dua jiwa satu hati"dan banyak lagi nama artis yang lain.
Selain itu Saari Amri berjaya mengekalkan nama artis yang telah sedia ada menerusi lagu berhantunya seperti Kumpulan Slam ("kembali terjalin", "gerimis mengundang"), Kumpulan Spring ("butakah cinta", "sejujur manakah kata-kata"), Aris ("lamunan terhenti") dan banyak lagi.
Karya Saari Amri juga pernah diminta untuk artis yang mempunyai nama besar dalam indutri muzik
Amir
Saari Amri juga pernah merakamkan album dan menggelarkan diri mereka
Dari sudut penulisan lirik Saari Amri begitu mudah dan senang untuk difahami, baik dari segi tajuk lagu sehinggalah jalan cerita lirik itu senang untuk difahami walaupun kadangkala menggunakan bahasa puitis dalam penulisan lirik lagunya. Lihat sahaja lirik lagu :
Gerimis Mungandang (Slam)
"pernah juga kau pinta
perpisahan
namun sangkaku
itu hanyalah gurauan
nyata kau serius dalam
senyuman"
Lamunan Terhenti (Aris)
"entah mengapakah
hatiku bergetaran
bila bertemu lagi
oh kekasih lama
kucuba selindungkan
api keresahan
namun perasaan ini
membara di dalam"
"seumur hidup aku
ini yang pertama
pintu hatiku diketuk
oleh dua wanita
punyai ciri selama ini
kucari
berbeza wajah
ayunya tetap asli"
Sebak (UK's)
"dalam banyak insan yang kau temui
dia pilihanmu
jika insan lain tak mengapa
tapi sahabatku"
Selain itu hasil penulisan lirik Saari Amri lebih kepada sikap rendah diri dan menceritakan kesedihan dengan apa yang ada dalam diri seperti lirik-lirik beliau dalam :
Di Luar Kemampuanku (UK's)
Ku cermin diri ini
Terteralah kedaifan
Yang tak engkau inginkan
Ku melepas keluhan
Yang panjang
Menyesali kemiskinan ku ini
Tergamak Kau (
"mengertilah ku kini
kasih sayang sekarang
semuanya memandang kebendaan
andainya kedaifan
dan rupa pula kurang
tiada satu pun sudi memandang
walau sebelah mata"
Pahit Kutelan Jua (UKs)
Takdir menentukan perpisahan kita
Walaupun pahit terpaksa ku telan jua
Kemiskinan aku...
Kau buat ukuran
Kekayaan dia jadi pilihan mu
Tiada ku menduga...
Kau mata duitan
Seandainya dia yang kau cinta
Ku doakan moga kau bahagia
Biarlah ku ubat luka sendiri
Pergilah oh... kekasih...
Lagu-lagu Saari Amri sering berkumandang di stesen radio di era 90'an dulu malah banyak lagu beliau memenuhi carta lagu tempatan tetapi sayang beliau jarang menerima anugerah individu (selain anugerah untuk album) di atas keindahan ilham beliau itu.
Kadangkala Saari Amri sering berpasangan dengan Habsah Hassan selaku penulis lirik lagu beliau selain menggunakan khidmat Azam Dungun, Loloq atau Azida N.,Juwie dan ramai lagi. Malah lagu "kembali terjalin"(Slam) sentuhan bersama Saari Amri dan Habsah Hassan sungguh puitis sekali baik dari segi melodi atau liriknya.
Kekasih Ku Di Menara (Uk's)
Dan sukar mata kulelapkan
Lalu kucuba coretkan
Secebis lembaran buatmu
Tidak terkira perutusan
Satu pun tiada balasan
Namun ku tak putus harapan
Walau hati ini sudah mula bergoyang
Dapat ku bayangkan kau mula berubah
Bila di puncak menara gading
Sedangkan aku hanya mampu bermimpi
Untuk ke puncak seperti mu
Disebabkan itu kau mencipta jurang
Perhubungan kita mula menjadi renggang
Dan keangkuhanmu kini mula ketara
Memandang aku cuma sebelah mata
Dulu aku bagimu
Jambatan untuk kau ke seberang
Mudah sungguh kau lupakan
Semua jasa-jasakuSemua pengorbananku untukmu
Semua jasa-jasakuSemua pengorbananku untukmu
Sejarah serba sedikit kumpulan Ukays
Ditubuhkan pada 1989 dimana album pertama dibawah label Varia Music. Diterbitkan oleh saari amri.Vokal yang tidak mantap mengakibatkan album itu tidak mendapat sambutan. jualannya tidak sampai 1000 keping.Kumpulan ini terumbang ambing dan pada masa yang sama syarikat Varia Music telah ditutup.
Beberapa tahun selepas itu saari amri membuka syarikatnya sendiri yang dikongsi bersama dengan Ridhuan Abu Bakar,dimana pada waktu itu Ukay menjadi artis pertama Mekar Production.Pada ketika itu band ini tiada penyanyi kerana rata-ratanya
tidak memenuhi kehendak saari amri.Maka ia telah menjemput Amir dari Kumpulan
Analisa menjadi vokal utama kumpulan ini,pada waktu yang sama juga kumpulan ini di tambah 's menjadi UKay's..... Dengan kemasukan Amir maka mereka melahirkan album bertajuk Mencari...tapi malangnya album ini juga tidak mendapat sambutan dan company Mekar Production terpaksa menanggung kerugian...album Mencari diedarkan pada 17.2.93... Namun Saari Amri telah mengeluarkan album ke dua Ukay's bertajuk Bisa Berbisa pada tahun 1994..Penjualan album ini sungguh memeranjatkan dimana ia telah dijual pada ketika itu sebayak 333,000 unit...tarikh sebenar album diedarkan ialah 26.4.94...Tetapi masalah baru timbul apabila ahli ahli kumpulan ini mula meminta bayaran royalti yang lebih...kontrak asal rm0.50 ..namun mekar telah menaikan harga setiap album royalti kepada rm0.75... ahli ahli kumpulan ini masih tidak berpuas hati dan menarik diri dari kumpulan ukay's..
Yangng tinggal ketika itu hanyalah amir vokal dan amy pemain gitar...pihak Mekar mencari ahli ahli kepada kumpulan ini..dan bertemu dengan beberapa
ahli pemuzik yang lain...Bebrapa minggu selepas itu..ahli anggota asal yang lama datang berbincang bersama Saari Amri untuk masuk semula namun ianya telah ditolak.Pihak BMG meminta royalti sebanyak rm10,000...mengikut kontrak sesiapa yang melanggar kontrak perlu membayar rm30,000.. tapi mekar tak ambil pusing dan ambil hati...
Setelah itu dengan ahli baru mereka mengeluarkan album ke 3 dinamakan UK's - tajam menikam pada hujung tahun 1994 ...14.12.94.Nama kumpulan Ukay's ditukar kepada U.K's sahaja....album ini juga mendapat sambutan yang hangat hingga mencapai jualan 270,000 unit dalam tempoh 4 bulan pertama sahaja angka jualan album ke tiga mencecah 250,000 unit...
selepas itu mereka mengeluarkan lagi bebrapa album :
Ukays - 15 ribu unit diedar pada - 17.2.93
Ukays - bisa berbisa - 26.4.94
Uk's - tajam menikam - 14.12.94
Uk's - panas berpanjangan - 1996
Uk's - cuma aku yang hidup - 1997
Uk's - pijar kasmaran - 2000
Saari amri memang yg terbaik..
BalasPadamlama saari amri menyepi bila agaknya ingin kembali aktif ramai peminat tertunggu-tunggu lagu ciptaan beliau
BalasPadamSaya ingin menghubungi Saari Amri untuk bincang tentang projek rakaman lagu. Boleh beri nombor telefon beliau?
BalasPadamkalo beliau buat lagu baru...kmposer skarng rase cm x leh challange saari amri...saari the best..
BalasPadamperlu didalamin nih orang
BalasPadamlagu2 saari amri boleh jdi penyenang jiwa kala jiwa kacau...jiwang karat heheheehh
BalasPadamsaari amri dan js kevin..fuhhh..dua2 xde pengganti..
BalasPadamSalam ukhuwah,
BalasPadamMana lagi nieh karya abang yang satu ini, kangen dengan lagu2 beliau.
Saari amri,Memang terbaik..
BalasPadamAnak dia sama sekolah dgn saya :D
BalasPadamJika sesiapa yang tahu banyak lagu ketuhanan atau hakikat insan atau usul kejadian... Siapa tahu saari amri belajar dimana n dengan siapa.....??????
BalasPadamApap pon tiapa pengganti buat mu saari amri...
Memang terbaik ilham yg dia dapat untuk sedarkan yg masih lena....
Wowowo... Mmg terbaikk ,tiap dengar lagu album kumpulan malaysia sllu yg jdi my favorite ternyata lirik lagu dpt sentuhan daripada saari amri ...
BalasPadamsaari amri.. i like u.. huhu.. kamu memang terbaik.. orang kelantan pulak tuu.. samo boh..
BalasPadamSaari amri. Nama yg cukup aku kagumi dlm bidang muzik tanah air. Mohon saari amri buat comeback.teringin nk jumpa beliau
BalasPadamSaari amri. Nama yg cukup aku kagumi dlm bidang muzik tanah air. Mohon saari amri buat comeback.teringin nk jumpa beliau
BalasPadam