Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 22 Ogos 2012

Petua Untuk Menegur Orang

Petua Untuk Menegur Orang

1. Perbezaan pendapat dan pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah. Apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa. Allah s.w.t. telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, ‘‘Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran, ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.

2. Janganlah pulak kita terlalu gopoh kehadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar. Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya.

Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi menjelaskan sesuatu perkara. 3 faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu adalah seperti berikut:

a. Tidak merendahkan ego orang yang ditegur
b. Mencari waktu yang tepat
c. Memahami kedudukan orang yang ditegur

Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira samaada kita pemimpin atau tidak, tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia. Kalau kita gagal mengawal perasaan kita berhujah, pasti akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.

3. Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain. Ia terkandung dalam Al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;
‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”

4. Oleh itu kita perlulah berhemah apabila menegur “kesilapan” orang lain. Jangan kita mudah ikut hati atau emosi kita tanpa menyiasat keadaan sebenar. “Kesilapan” orang lain mungkin bukan “kesilapan” bagi mereka, kerana mungkin mereka ada sebab-sebab yang kukuh yang mendorong mereka membuat sesuatu perkara. Jadi, eloklah kita siasat atau tanya dengan cara berhemah untuk mengetahui kedudukan sebenarnya.

Doa dan Ayat Penawar Untuk Masalah Kemandulan

Doa dan Ayat Penawar 
Untuk Masalah Kemandulan 

Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Al-Anbiyaa' ayat 74 hingga 81, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

2. Surah Al-Waaqi'ah ayat 36 hingga 74, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

Amalan Minggu Ketiga dan Keempat:

1. Surah Al-Qasas ayat 79 hingga 88, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

2. Surah Ar-Rahmaan ayat 21 hingga 60, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

Petua Untuk Wanita Mencari Jodoh

Petua Untuk Wanita Mencari Jodoh

1. Hati mesti bersih. Jangan cepat atau mudah menyampah, ataupun cepat meluat atau benci dengan orang. Kikiskan sika-sikap negatif agar terpancar ketulusan dan keikhlasan hati anda.

2. Bersikap positif terhadap orang lain. Jangan mudah syak wasangka yang bukan-bukan. 

3. Ikhtiar. Ini amat penting. Kalau boleh amalkan mandi bunga supaya terserlah keserian wajah.

4. Berdoa pada Allah s.w.t. Baca ayat 1000 dinar 3 kali dan surah Yusuf ayat ke 4 selepas setiap solat.

5. Jika bercakap dengan lelaki jangan kasar dan jangan lembut sangat. Orang lelaki paling tak suka kalau perempuan cakap kasar. Dalam hati mereka akan berkata: “Muka aje lawa, tetapi mulut … mak ooi! Tak boleh bawak ke majlis …”

6. Mempunyai perasaan sayang dan perihatin terhadap orang lain. Jangan bersikap jaga kepentingan diri sendiri sahaja.

Petua Untuk Menjaga Rambut Panjang

Petua Untuk Menjaga Rambut Panjang

1. Gunakan Jari Anda - Sebaik sahaja anda bangun tidur, jangan gunakan sikat untuk menyikat rambut. Sebaliknya, gosokkan jari anda di kulit kepala dan uraikan helaian rambut untuk meleraikan rambut yang kusut dan berpintal. Jika anda ubah taktik ini mulai sekarang dengan menggunakan jari anda, ia akan memberi kesan yang positif pada rambut anda serta mampu mengurangkan pengguguran rambut.

2. Berus Rambut Anda Selalu - 

a. Ada sesetengah wanita khuatir jika mereka menyikat rambut selalu akan mengakibatkan rambut gugur. Sebenarnya, jika anda selalu memberus rambut, rambut anda akan bertambah sihat. Bagi anda yang berambut panjang, anda dinasihatkan supaya menggunakan berus rambut berbulu dengan permukaan bulat. Mulakan memberus dari bahagian atas kepala sehingga ke bawah. Kemudian, berus dari bahagian rambut yang dalam pula. Selepas memberus, gunakan jari untuk memberi kesan yang lebih.

b. Jangan berus rambut anda semasa ia masih basah. Sebaiknya, gunakan berus bergigi besar untuk menyikat secara lembut supaya tidak merosakkan akar-akar rambut. Ini kerana, rambut yang basah mempunyai struktur yang lemah dan akan mengakibatkan rambut mudah gugur.

3. Jangan Lupa Sikat Rambut - Menyikat rambut adalah untuk memperkemas, mencantik dan menggayakan rambut. Bahagikan rambut anda kepada beberapa bahagian yang kecil dengan menggunakan sikat bergigi jarang. Sikat rambut anda perlahan-lahan bermula dari atas ke bawah. Jangan sesekali menyikat rambut jika ia berpintal.

4. Keringkan Rambut - Jika anda berambut panjang ia perlu dikeringkan terlebih dahulu. Gunakan alat pengering rambut yang sesuai. Semasa anda mengeringkan rambut, pilih pengering rambut yang boleh mengeluarkan suhu yang sejuk. Ia baik untuk rambut panjang.

5. Pilih Syampu YangTerbaik - Pastikan syampu anda mempunyai perapi yang dapat membantu memberi pelembapan pada rambut secara menyeluruh. Semasa mencuci rambut dengan syampu, ratakan sedikit syampu pada seluruh kepala dan bilas dengan air. Seterusnya, bilas dan syampu rambut untuk kali kedua. Ketika ini, urut kepala secara perlahan-lahan untuk menyihatkan akar-akar rambut.

6. Peka dengan Keadaan Sekeliling - Lindungilah rambut anda daripada pendedahan berterusan pancaran matahari, air bergaram, air berklorin, angin dan pencemaran. Semua ini boleh merosakkan rambut dan mudah membuatkan rambut anda kusut masai. Anda juga boleh mengenakan tudung untuk melindungi rambut panjang daripada persekitaran yang tercemar. Penggunaan topi dan skaf juga digalakkan untuk mengekalkan kesihatan rambut.

Petua Untuk Kuruskan Badan

Petua Untuk Kuruskan Badan

1. Jangan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi, roti, meehon, keow teow atau mee.

2. Jangan makan makanan yang mempunyai kandungan gula atau garam yang tinggi seperti ikan masin, kicap, cili sos, tomato sos, yogurt manis dan sebarang jeruk.

3. Jangan makan “frozen food” (makanan beku sejuk) seperti burger, bebola ikan, sosej dan sebagainya.

4. Kurangkan pengambilan minuman yang berkafein seperti teh dan coklat. Kafein melambatkan pembakaran lemak.

5. Minum air masak (air suam atau air sejuk) sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

6. Banyakkan makan sayur-sayuran dan makanan yang berasaskan soya.

7. Anda boleh makan daging, ikan, makanan laut dan juga keju (cheese). Tetapi jangan makan nasi atau roti.

8. Anda mesti bersenam sekurang-kurang 30 minit sehari.

Jumaat, 17 Ogos 2012

4 Unsur Manusia

(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan
(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas

TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.

** Kenyataan di atas hanyalah kajian teori ahli falsafah

Khamis, 16 Ogos 2012

Petua Untuk Memahami Psikologi Wanita

Petua Untuk Memahami Psikologi Wanita

1. Wanita selalunya mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membangkitkan perasaannya.

2. Dia mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.

3. Dia amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya
dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.

4. Dia suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya, malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.

5. Dia berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan
kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding akalnya.

6. Dia cepat cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.