Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 28 Oktober 2011

7 Perkara untuk berjaya

Berikut ada tujuh perkara yang dilakukan mereka dalam meraih kejayaan:


1. Orang berjaya berani mengambil risiko
Mereka berupaya untuk mencapai target, melakukan kajian, membuat networking dengan ramai orang, dan ghairah mencuba sesuatu yang baru seiring perkembangan zaman. David C. McClelland, seorang guru besar yang mendalami perjalanan orang-orang yang berjaya serta telah melakukan perjalanan ke banyak negara dan melatih usahawan kecil, menyatakan cara menjadi usahawan kecil yang berjaya adalah dengan menjadi pengambil risiko ; yang mahu terus mengambil risiko untuk meraih kejayaan..Namun begitu berani mengambil risiko mestilah dengan persediaan yang lengkap bukan main terjah sahaja.


2. Orang yang berjaya percaya kepada diri sendiri dan merasakan bahwa mereka berbuat sesuatu untuk dunia.
Mereka memandang sebuah dunia yang besar dan ingin memainkan peranan penting di dalamnya. Mereka tetap bekerja sesuai keterampilan mereka, sambil tetap menyedari bahawa keterampilan memberi nilai kepada keterampilan lainnya. Mereka juga sedar, kerja mereka adalah terbaik akan menghasilkan keuntungan bagi mereka.


3. Orang yang berjaya menikmati apa yang sedang mereka lakukan.
Mereka mampu melihat pekerjaan yang mereka lakukan sebagai sesuatu yang menyenangkan hati ; jika mereka bekerja di mana mereka dapat nampak unggul dan menjadi pekerja terbaik. Orang yang berjaya menyukai persaingan; mereka menikmati pencapaian di puncak permainan mereka.


4. Orang yang berjaya adalah pelajar seumur hidup
Mereka menyedari, pendidikan tidak pernah berakhir tapi dimulai di setiap tingkatan kehidupan dan terus berlanjutan hingga akhir kehidupan. Pendidikan tidak terbatas di ruang kelas; ertinya sentiasa mencuba idea yang baru, membaca buku, surat khabar, majalah, dan menggunakan Internet merupakan bentuk pendidikan.


5. Orang yang berjaya berpandangan positif terhadap apa yang mereka lakukan, dan ini meluas pada hal-hal lain
Mereka percaya gelas itu setengah penuh dan bukan setengah kosong. Mereka menanamkan semangat pada diri sendiri dan dapat membayangkan diri bagaimana mereka berhasil menyelesaikan suatu tugas sukar atau mencapai penghargaan tertinggi. Orang yang berjaya bagaikan pelatih bagi orang lain, dengan memberi pesanan-pesanan positif dalam kehidupan sehari-hari. Mereka gembira melihat orang lain membuat tonggak sejarah dalam kehidupan mereka.


6. Orang yang berjaya mempunyai banyak cara untuk memotivasi diri sendiri.
Ada yang dengan cara melakukan beberapa cara setiap hari pada bidang berbeza. Seorang pemuda  memotivasikan dirinya sendiri dengan mencuba mendapatkan lebih banyak wang daripada kakaknya. Seorang wanita berusia 29 tahun menjadi doktor terkemuka  untuk menunjukkan kepada bekas gurunya bahawa dia memiliki keterampilan dan kecerdasan layak untuk mencapai profesion itu.


7. Orang yang berjaya menyelesaikan tugas bukan separuh jalan, dan mereka menggunakan cara kreatif dalam meraih kejayaan.
Meskipun mungkin memerlukan waktu lebih lama, mereka akhirnya mencapai garis penamat. Mereka manfaatkan masa dengan baik dalam mensinergikan kemampuan fizikal dan mental untuk mencapai kejayaan.
Siapa tahu kita pun mampu mengikuti jejak mereka.

Jenis Wanita Dielak Lelaki

Wanita manja
Wanita yang bersifat manja sering dilihat sebagai golongan yang suka bergantung harap dan sentiasa mempunyai keinginan tinggi untuk berkahwin. Apa yang lebih merisaukan bagi wanita jenis ini adalah lelaki sukar 

untuk mengenal pasti sifat sebenar mereka apatah lagi untuk menjalin hubungan yang erat.
Pada awalnya, wanita ini akan berubah apabila ditegur tentang perangai manja dan sikap terlalu bergantung itu. Teguran tersebut lantas membuatkan wanita ini bersikap ultra berdikari demi membuktikan sebaliknya.
Walau bagaimanapun, apabila wanita ini mula menjalin hubungan dengan seseorang dan dia berasa selamat didampingi, maka akan wujud keperluan-keperluan lain yang perlu dipenuhi si lelaki.


Wanita benci lelaki
Kebanyakan lelaki gemar memberi peluang kepada wanita jenis ini, malah berusaha menjalin hubungan dengan mereka kerana difikirkan lebih mencabar. Sifat wanita ini yang jauh berbeza berbanding wanita lain membuatkan lelaki mudah tertarik dengan mereka.
Walau bagaimanapun, sifat mencabar dan pemarah ini juga kadangkala membuat ramai lelaki ragu-ragu meneruskan perhubungan yang lebih jauh seperti berkahwin dengan mereka.
Lelaki hanya suka bergaul dengan wanita jenis ini tanpa memikirkan sebarang komitmen. Jelas, wanita ini bukan untuk jangka masa panjang. Kalau ada pun, mungkin hanya fikiran jahat untuk menjalin hubungan asmara semata-mata.
Begitupun, wanita jenis ini memiliki sifat bersaing yang tinggi dan kadangkala boleh berkelakuan amat menggoda. Sebenarnya, sifat yang ditonjolkan wanita jenis ini adalah untuk melindungi dirinya daripada dilukai oleh lelaki.

Wanita karier
Lazimnya, ramai beranggapan bahawa golongan lelaki terancam dengan wanita berkarier atau berjaya. Sebenarnya, lelaki bukan berasa terancam untuk bersama wanita jenis ini. Sebaliknya, lelaki beranggapan bahawa wanita yang berjaya dalam kerjaya tidak memerlukan dampingan lelaki.
Kebanyakan wanita yang memiliki karier yang stabil telah pun membeli kereta dan rumah untuk diri sendiri. Mereka juga mempunyai kehidupan sosial yang menyeronokkan. Dalam senario ini, kehadiran seseorang lelaki dianggap tidak mampu memberi lebih daripada apa yang mereka miliki. Namun, ramai juga lelaki yang tertarik wanita jenis ini kerana dari segi kewangan, tidak akan bergantung sepenuhnya pada mereka.

Wanita banyak cakap
Mengikut perspektif lelaki, wanita yang banyak bercakap mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ada persepsi yang mengatakan wanita menggunakan lebih daripada 1,000 perkataan setiap hari berbanding golongan lelaki. Namun, ia amat bergantung kepada topik perbualan seseorang individu.
Misalnya, apabila ada topik mengenai sukan maka lelaki lebih gemar berbincang tentang perlawanan, para pemain dan keputusan permainan. Sebaliknya, perbualan telah bertukar kepada topik feminin, fesyen, kosmetik dan kanak-kanak maka wanitalah yang akan banyak berkata-kata.
Selalunya wanita dituduh dengan istilah ‘banyak cakap’ itu kerana mereka suka berbicara tentang subjek yang digemari serta ingin berkongsi. Itu tidak bermakna si dia mulut murai.

Tips untuk disenangi oleh orang lain


Lumrah manusia, kita tidak suka andai diri disisih dan dipinggirkan. Oleh kerana itu, kebanyakan individu gemar diberikan perhatian. Namun, untuk meraih perhatian orang lain, kita perlulah memiliki daya tarikan.

Sebenarnya, kita tidak perlu menjadi seorang yang popular seperti artis untuk meraih perhatian, tetapi dengan personaliti tertentu yang diserlahkan, sesiapapun mungkin akan melirik pandang kepada anda.

Adakalanya, perhatian amat penting kerana daripadanya tercetus keyakinan diri. Ia juga membuatkan kita optimis untuk menempuh apa juga situasi.

Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk menjadi individu menarik:

Pamerkan air muka bertenaga

Sapa orang sekeliling dengan suara jelas sambil mempamerkan air muka yang bertenaga. Sesiapapun akan berasa kagum dengan anda walau pertama kali berjumpa.

Tenang dan kawal diri

Bercakap dengan nada terkawal, tidak terlalu gopoh dan tidak terlalu teruja. Kawal emosi walaupun ketika anda sedang sakit hati.

Pakaian kemas dan bersih ke mana-mana sahaja

Biasa tengok David Beckham? Penampilannya di padang bola, ketika menghadiri majlis makan malam, pelancaran produk atau anugerah tertentu, dia cukup menyerlah. Kenapa? Ini kerana dia selalu berpakaian kemas, bersih dan segak ke mana-mana sahaja.

Walaupun anda suka memakai baju-T dan jean, ia tidak mengapa asalkan nampak bersih, ringkas dan menarik.

Selain itu, kita perlu bijak menyesuaikan pakaian dengan situasi, keadaan atau majlis. Dengan itu, barulah kita kelihatan menonjol dan sesiapa juga akan tertarik untuk menegur kita.

Pilih yang positif, lupakan yang negatif

Jika anda pernah ada krisis dengan sesiapa atau anda pernah bertengkar dengan sesiapa, jangan ada benci. Pilihlah untuk berkawan dengannya, elak bermusuh dengannya lama-lama. Dendam kesumat yang ada di dalam hati membuatkan anda berfikiran negatif. Ini kerana, dendam itu akan menarik sifat marah, panas baran dan perengus. Sikap-sikap ini membuatkan sesiapa sahaja kurang senang dengan anda, walaupun ibu, bapa atau adik-beradik sendiri. Jadi, untuk menjadi individu menarik, bersedia untuk membuang sikap tersebut sekurang-kurangnya secara beransur-ansur. Pilih yang positif, lupakan yang negatif, selupa yang mungkin.

Selain itu, buang sikap negatif jauh-jauh, sejauh yang mungkin!

Berkawan dengan sesiapa sahaja

Jangan pilih dengan siapa anda berkawan. Jaga hati setiap orang. Anggap semua orang penting.

Bagi setiap individu, mereka mahu dihargai. Jadi, untuk menarik minat mereka terhadap anda, layan mereka dengan baik, pamerkan kesopanan, jaga pandangan mata (eye contact) dan jaga postur badan anda. Elak berpeluk tubuh atau menyilang kaki ketika bercakap.

Bergaullah dengan sesiapa sahaja, kerana ia akan membuatkan anda bijak menyesuaikan diri dengan semua orang, peringkat umur dan bangsa. Bak kata pepatah, 'bila masuk kandang ayam, berkokok... masuk kandang kambing, mengembek... masuk kandang harimau, kita mengaum!'

Berterus terang, telus dan jujur

Ini tip yang paling penting. Jangan kata anda seorang yang jujur, tetapi tidak mempamerkan kejujuran dalam apa juga yang anda lakukan dan di mana anda berada. Jangan kata anda seorang yang telus, tetapi tidak mempamerkan ketelusan dalam apa juga yang anda kerjakan. Buat dan buktikan lebih baik daripada bercakap, sebab orang sekeliling lebih memandang apa yang anda buat. Masyarakat bijak menilai. Mereka tahu, orang yang banyak bercakap daripada melaksanakan sesuatu atau hanya tahu mempamerkan kehebatan diri dalam kata-kata yang diucapkan tetapi kurang dari segi pencapaian.

Sentiasa senyum

Senyum merupakan aset berharga untuk diri anda. Kalau tidak, masakan seseorang boleh jatuh cinta disebabkan dengan satu senyuman sahaja. Kata orang, senyum itu sedekah. Senyuman membawa 1001 makna. Senyuman yang ikhlas dapat menenangkan hati orang lain.

Jika ada orang tidak senyum pada anda, maka hadiahkan mereka senyuman. Ia mendekatkan lagi jarak anda dengan mereka.

Banyak memberi

Masyarakat sukakan individu yang suka memberi. Tidak kisah apa-apa pun. Mungkin dari segi barangan, wang ataupun pertolongan dalam bentuk fizikal. Manusia tidak sukakan mereka yang hanya mementingkan diri sendiri. Oleh itu, belajarlah untuk memberi.

Berikan pujian

Manusia sebenarnya dahagakan pujian. Tetapi masalahnya, semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi, apa salahnya jika kita memberi sedikit pujian. Dengan ini, ia akan membuatkan mereka merasa bahawa mereka seorang yang berharga di mata anda. Percayalah dengan membuat orang lain bahagia, anda juga akan turut bahagia.

Mempunyai prinsip

Berprinsip merupakan ciri penting untuk menjadi individu yang menarik. Lihat pada Mahatma Gandhi. Beliau merupakan orang biasa sahaja. Tidak kaya pun. Tetapi mengapa beliau menjadi individu menarik? Sebabnya, beliau mempunyai prinsip untuk menolong masyarakat daripada dibelenggu penjajah.

Mempunyai keyakinan diri

Tip ini penting. Anda mesti mempunyai keyakinan diri terhadap diri anda. Anda mesti percaya dengan diri anda. Jika anda tidak percaya, mana mungkin orang lain juga akan percaya kepada anda.

Janji Allah Bagi Mereka Yang Bakal Mendirikan Rumah Tangga


Ketika seorang muslim baik lelaki atau wanita yg akan menikah, biasanya akan timbul perasaan yang bermacam-macam. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya sang pendamping, dll. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan. Berikut ini sedikit apa yang bisa saya hadirkan kepada pembaca agar dapat mengurangkn perasaan negatif dan semoga mendatangkan optimisme dalam mencari teman hidup. Semoga bermanfaat buat saya secara peribadi dan kaum muslimin semuanya. Saya memohon kepada Allah semoga usaha ini mendatangkan pahala yang tiada putus bagi saya. Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan menikah. Bergembiralah wahai saudara2ku...

1. "Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)". (An Nuur : 26) Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah laki-laki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah
memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. "Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui". (An Nuur: 32) Sebagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang ketika akan menikah. Salah satu sebabnya adalah kerana belum punya pekerjaan. Dan anehnya ketika para pemuda telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu dengan jumlah duit yang mereka dapat dari gajinya. Dalam pikiran mereka terdetik, "apa cukup untuk berkeluarga dengan gaji sebanyak ni?". Ayat tersebut merupakan jawaban buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga. Bukan jumlah duit yang sekarang mereka dapatkan. Nantinya Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, bila tanggung jawab para pemuda bertambah – dengan kewajiban menafkahi isteri-isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataan di masyarakat, banyak mereka yang bermula miskin tidak punya apa-apa ketika menikah, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. "Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah menolong mereka, yaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya". (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160) [1] Bagi siapa saja yang menikah dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram dengannya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir". (Ar Ruum : 21)

5. "Dan Tuhanmu berfirman : 'Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina' ". (Al Mu'min : 60)

Ini juga janji Allah 'Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, penurut, dan seterusnya. Dalam berdoa perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dll. [2] Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah 'Azza wa Jalla turun ke langit dunia [3], pada waktu antara azan dan iqamah, pada waktu turun hujan, dll. [4] Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari yang haram, juga makan, minum dan berpakaian dari usaha yang haram, melakukan apa yang diharamkan Allah, dan lain-lain. [5] Manfaat lain dari berdoa berarti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahwa Allah itu tempat meminta, mengakui bahwa Allah Maha Kaya, mengakui bahwa Allah Maha Mendengar, dst. Sebahagian orang ketika jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Sebahagian orang ada juga yang menggunakan guna-guna. Cara-cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadits-hadits berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam: "Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu ia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam". (Hadits shahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad). [6] Telah bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, "Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu." (Shahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35). [7] Telah bersabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, "Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan jimat-jimat dan guna-guna (pelet) itu adalah (hukumnya) syirik." (Hadits shahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim). [8]

6. "Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat". (Al Baqarah : 153) Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Tentunya agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. Juga harus solat sesuai Sunnahnya dan terbebas dari bid'ah-bid'ah.

7. "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan". (Alam Nasyrah : 5 – 6) Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. "Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu". (Muhammad : 7) Agar Allah Tabaraka wa Ta'ala menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dll. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. "Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa". (Al Hajj : 40)

10. "Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat". (Al Baqarah : 214) Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan memungkiri janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim. Jadi, kenapa ragu dengan janji Allah?

Khamis, 27 Oktober 2011

13 ciri-ciri lelaki


Berikut adalah 13 ciri-ciri lelaki yang selayaknya seorang wanita pilih sebagai pelindungnya dan pemimpin hidupnya, lelaki yang layak dicintai!
13 ciri ini diatur mengikut perspektif seorang gadis Melayu beragama Islam khusus untuk panduan anda:
  1. Taat kepada Allah, taat pada ajaran Rasul.
  2. Mahir membaca Al-Quran dengan lancar, hafal surah-surah asas dan doa-doa asas, rajin membaca Al-Quran.
  3. Mempunyai pekerjaan tetap dan memiliki sumber pendapatan tetap.
  4. Suka menyeru orang lain kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
  5. Ada sikap optimis – berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.
  6. Bersih dari sebarang kemungkaran yang nampak dan tak nampak.
  7. Baik kata-katanya, cemerlang perilakunya, seorang lelaki yang jujur.
  8. Tak pernah tinggal yang wajib, rajin melaksanakan amalan sunat dalam beribadah.
  9. Berani menhadapi cercaan dan berani menghadapi orang yang mencela.
  10. Tahu, faham dan sanggup melaksanakan tanggungawab.
  11. Bersifat terbuka, pemaaf dan penyantun.
  12. Tenang air mukanya, waspada dan bijak dalam membuat keputusan.
  13. Jika dia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik.

6 perkara yang lelaki cari dari seorang wanita


Lelaki sebenarnya ingin mencintai wanita yang mencintai dirinnya berbanding mencintai wanita yang tidak mencintai dirinya. Jika anda berjumpa lelaki yang anda suka, anda berikan dia rasa cinta, nescaya peluang anda untuk miliki cintanya adalah lebih luas.
Lelaki ingin cari wanita yang menarik
Definisi wanita yang menarik adalah berbeza bagi setiap lelaki. Namun, mereka sentiasa mencari wanita yang menarik di mata mereka untuk di jadikan pasangan.
Lelaki ingin cari wanita yang cantik di mata mereka
Lelaki sentiasa mahukan wanita cantik dalam hidup mereka. Namun, cantik juga adalah perkara yang subjektif dan berbeza pendapatnya bagi setiap lelaki. Jika ada lelaki memilih anda jadi temannya, percayalah anda adalah wanita tercantik di mata dia.
Lelaki ingin cari wanita yang setia
Lelaki sentiasa berimpikan memiliki seorang wanita yang setia. Bagi mereka, wanita setia adalah aset paling berharga kerana wanita itu akan berada di samping mereka ketika susah dan senang.
Lelaki ingin cari wanita yang yakin pada dirinya
Lelaki akan memilih wanita yang paling percaya pada dirinya. Bagi seorang lelaki, kepercayaan dan keyakinan dari wanita yang mencintainya adalah penting. Bagi mereka, wanita yang yakin pada diri mereka akan membuatkan mereka lebih semangat.
Lelaki suka wanita yang berfikiran terbuka
Sekarang adalah zaman moden dan berfikiran terbuka antara kriteria yang di cari oleh lelaki zaman sekarang. Bagi mereka, wanita yang berfikiran terbuka lebih senang untuk di jaga dan di belai.

Ciri Seorang Sahabat


“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
* Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
* Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
* Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
* Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
* Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Berhati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.