Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 24 Mac 2012

Mutiara Kata Inspirasi

Mutiara Kata Inspirasi

“Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan.”

“Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.”

“Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.”

“Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.”

“Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.”

“Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.”

“Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.”

“Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain.”

“Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari.”

“Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.”

“Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.”

Kini Kau Milik Orang Lain (Surat)

Kini Kau Milik Orang Lain – Suatu Luahan Hati Seorang Lelaki

Kini kau milik orang lain
Air mata kelelakianku gugur jua biarpun ditahan. Aku kecundang lantaran nokhtah cinta yang terbina begitu lama terputus di tengah jalan.

Di dalam tidurku, aku menangis apabila mengenangkan berita mengenai pertunanganmu.

Sayangku,

Aku cukup terkilan dengan nokhtah cinta kita. Di lembah itu kita dipertemukan, segala pahit maung kita lalui dengan tabah sehinggalah kau berjaya mencapai kerjaya yang kau impikan. Aku cukup meminati kerjayamu apatah lagi sikapmu.

Lantaran kesungguhanku untukmu, pelbagai persediaan awal telah kubuat, duit hantaran kita dan cincin pertunangan. Kusimpan berdikit biarpun aku hanya membuat kerja kampung.

Aku sedar sikap berdiam diriku memakan diri. Aku terlalu mengharapkan kawan sebagai perantaraan antara kisah kita. Puas sudah kukirim surat tapi tidak kesampaian. Alamat yang diberikan padaku oleh kawan kita salah. Harapkan penyokong, penyokong membawa rebah. Dikhabarkannya pula bahawa aku sudah mempunyai insan lain.

Setelah bertunang, kau menghubungiku untuk memberitahu hal pertunanganmu. Aku cukup terkejut dan terkilan setelah mendengarnya. Aku tidak dapat menerima hakikat bahawa kau sudah bertunang. Kau akan
berdampingan dengan insan lain dan kau akan mengahwini orang lain. Aku tidak dapat menerima hakikat yang kau akan mendapat anak daripada lelaki lain… cukup tidak dapat aku terima. Lantaran kecewa dan terkilan dengan sikapmu, aku menghabiskan segala wang perbelanjaan dalam masa sebulan. Hatiku sebak apabila melihat wang dan cincin itu.

Juitaku,
Perempuan tetap dengan sikap hati perempuannya. Begitu mudah berubah. Pernahkah kaufikirkan pengorbanan yang aku lakukan demi cinta kita? Titisan keringatku gugur demi membaja cintaku padamu. Berapa lamakah
penantianku dalam membuang masa menantimu ? Sedikit pun tidak kauhargainya. Khabar angin mengatakan kau sedia menerima lelaki lain yang baru kaukenali. Cinta yang dibina seabad lama, dilupa seminit sahaja. Aku cukup kecewa, sayang. Segala kerja tidak menjadi. Bayangan kecewa, terkilan, kesal membayangi setiap langkahku. Bulan tidak pernah berubah biarpun awan sentiasa menggamit lalu.

Aku menginsafi diriku kini, insan haus yang mengharap seteguk air di padang pasir.

Biarpun puas kucuba menanam kebencian padamu demi masa depanku, tapi gagal dewiku. Kau cukup baik bagiku. Tidak ada kesalahan kucari demi untuk membencimu. Makin ku membencimu makin keliru pemikiran ini. Yang paling kutakut, kalau kau akan dipersiakan.

Bulan Oktober kau akan diijabkabulkan. Sukar untuk kuterima peristiwa manismu. Dalam luluh hati dan ketidakredaan terpaksa kulafazkan ‘Selamat Pengantin Baru’. Jangan dikenang saat manis antara kita demi kebahagiaan rumah tanggamu kerana kutahu kau adalah gadis baik.

Mungkin hati ini akan terubat. Mungkin sebulan, setahun, sepuluh tahun aku akan dapat melupakanmu. Dan yang nyata tragedi Oktober akan kuingat sampai mati. 

Khamis, 22 Mac 2012

Bila diuji.........

Bila diuji dengan kekayaan,jika hati sihat akan menjadi pemurah.Jika hati sakit akan menjadi sombong. 
Bila diuji dengan kemiskinan,jika hati sihat akan menjadi redha.Jika hati sakit akan menjadi keluh kesah. 
Bila diuji dengan kesihatan,jika hati sihat akan menjadi syukur.Jika hati sakit akan menjadi lupa. 
Bila diuji dengan kesakitan,jika hati sihat akan menjadi sabar.Jika hati sakit akan menjadi gelisah. 
Bila diuji dengan ketuaan,jika hati sihat akan menjadi tenang.Jika hati sakit akan menjadi merana. 
Bila diuji dengan kemudaan,jika hati sihat akan menjadi seorang yg sentiasa beringat2.Jika hati sakit akan menjadi seorang yg lalai.

Sabtu, 17 Mac 2012

Surah Al-An'aam (Ayat 112-113)

Surah Al-An'aam (Ayat 112-113)

"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu MUSUH dari Syaitan-syaitan, MANUSIA dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain KATA-KATA DUSTA YANG INDAH-INDAH SUSUNANNYA UNTUK MEMPERDAYA PENDENGARNYA dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. "(112)

" Dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat CENDERUNG kepada bisikan itu dan supaya DISETUJUI OLEH MEREKA dan juga supaya mereka (terus) melakukan apa yang mereka lakukan itu." (113)

Surah Al-An'aam ( Ayat 123 )

"Dan demikianlah Kami (Allah) telah menjadikan pada TIAP-TIAP NEGERI PEMBESAR-PEMBESAR YANG JAHAT AGAR MEREKA MENGADAKAN TIPU DAYA DI DALAMNYA (negeri tersebut), (tetapi sebenarnya) mereka tidaklah mengenakan tipu-daya melainkan kepada DIRI MEREKA SENDIRI (dalam keadaan) mereka TIDAK menyedarinya."

Surah Al-Furqan ( Ayat 43-44 )

"Terangkanlah kepadaKu tentang orang-orang yang menjadikan HAWA NAFSUNYA sebagai TUHANNYA, maka apakah KAMU dapat menjadi PEMELIHARA atasnya. Atau apakah kamu mengira bahawa KEBANYAKAN mereka itu MENDENGAR DAN MEMAHAMI, mereka itu tidak lain hanyalah seperti BINATANG TERNAK bahkan mereka LEBIH SESAT jalannya dari binatang ternak itu."

Surah Al-Jathiya ( Ayat 23 )

"Maka pernahkah kamu MELIHAT orang yang menjadikan HAWA NAFSUNYA sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah MENGUNCI MATI PENDENGARAN dan HATINYA dan MELETAKKAN TUTUPAN ATAS PENGLIHATANNYA? Maka SIAPAKAH yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu TIDAK mengambil pelajaran?"

Surah Al-Rum ( Ayat 29 )

" Tetapi orang yang zalim, mengikuti hawa nafsunya TANPA PENGETAHUAN; maka siapakah yang akan memberi PETUNJUK kepada orang yang telah disesatkan Allah? Dan tiadalah bagi mereka seorang penolong pun"

Surah Az-Zukhruf ( Ayat 36-38 )

" Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan yang Maha Pemurah (Al Quran), Kami adakan baginya SYAITAN (yang menyesatkan) Maka syaitan Itulah yang menjadi TEMAN yang selalu menyertainya “

“ Dan Sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka MENYANGKA bahwa mereka MENDAPAT petunjuk “.

Surah Al-Muddathir ( Ayat 11-20 )

"Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri 
( 11 )

Dan Aku jadikan baginya HARTA KEKAYAAN YANG BANYAK ( 12 )

Serta ANAK PINAK (yang ramai), yang SENTIASA ada di sisinya. ( 13 )

Dan Aku MUDAHKAN baginya ( MENDAPAT KEKAYAAN DAN KEKUASAAN) DENGAN SEMUDAH-MUDAHNYA. ( 14 )

Kemudian IA INGIN SANGAT, supaya Aku TAMBAHI LAGI; ( 15 )

Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami). ( 16 )

Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya. ( 17 )

Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) ( 18 )

Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)? ( 19 )

Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)? ( 20 )"

Surah Al-Humazah 

"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, ( 1 )

Yang MENGUMPUL HARTA DAN BERULANG-ULANG MENGHITUNG KEKAYAANNYA;( 2 )

Ia MANYANGKA bahawa HARTANYA itu DAPAT MENGEKALKANNYA (DALAM DUNIA INI )! ( 3 )

Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”. ( 4 )

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu? ( 5 )

(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -( 6 )

Yang naik menjulang ke hati; ( 7 )

Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka. ( 8 )

(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. ( 9 )"

lelaki kacak


Sebut je lelaki kacak atau handsome!! mesti tak lari dari pada paras rupa,. terus-terang saya tak berapa suka lelaki kacak, nak tau kenapa??? hehehe…. sebab takut makan hati je hari2 apa taknya takut perempuan lain dok pandang2.. mesti dalam hati… grrrrrrrr
Tapi sekarang ni, ramai LELAKI KACAK MASIH SINGLE.. rasanya kenapa ya?? adakah mereka ini lelaki normal ataupun sebaliknya?
Jom baca sebab KENAPA LELAKI KACAK MASIH SINGLE :
1. Jual mahal
Selalunya lelaki kacak agak jual mahal berbanding lelaki yang ‘biasa-biasa’ sahaja. Walaupun kadang kala di dalam hati mereka menyukai akan seseorang wanita itu, namun kerana perasaan jual mahal yang terlalu menebal, mereka terpaksa melepaskannya.
Keegoan mereka yang agak tinggi menyebabkan mereka sentiasa berfikir bahawa diri mereka digilai oleh ramai wanita. Oleh itu mereka menunggu wanita terbaik mendekati mereka. Sebaliknya wanita yang ‘biasa-biasa’ sahaja, bukan menjadi pilihan mereka.
2. Persepsi sukar didekati
Wanita selalu berfikir bahawa lelaki yang kacak sukar untuk didekati. Apatah lagi untuk dijadikan pasangan. Kononnya lelaki sebegini mempunyai ramai peminat dan pasti tidak akan memandang wanita seperti mereka.
Namun hakikat yang sebenarnya, mereka juga sama seperti lelaki lain yang suka bersosial dan didekati oleh golongan wanita. Apabila wanita berfikiran sebegitu, maka semakin tinggilah risiko untuk lelaki kacak terus single sampai ke tua.
3. ‘Maintenance’ tinggi
Ramai juga yang menganggap lelaki kacak selalunya memerlukan ‘maintenance’ tinggi setiap bulan. Maklumlah semuanya perlu diijaga rapi termasuklah pakaian berjenama, minyak wangi, kasut dan jam tangan. Apatah lagi produk lelaki semuanya mahal-mahal belaka hingga boleh mencecah sehingga ribuan ringit.
Oleh kerana itu, wanita sederhana jarang mahu memilih lelaki sebegini untuk dijadikan pasangan kerana mereka berasakan tidak berkemampuan untuk bergerak seiring. Namun mereka tidak sedar, tanggapan itu adakalanya tidak benar kerana ramai lelaki kacak yang sukakan sesuatu yang natural, ringkas, asli dan selesa. Oleh itu, ubah persepsi anda supaya tidak ramai lelaki kacak yang terus hidup solo.

Jumaat, 16 Mac 2012

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan


Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

Khamis, 15 Mac 2012

Aku Tak Sempurna. Kau Pun Tak Sempurna..

Aku Tak Sempurna. Kau Pun Tak Sempurna..

Aku ingin mengenalmu dengan sempurna
Tanpa bercinta yang saat ini perkara biasa orang lain lakukan. Cukuplah aku mengenalmu melalui murabbi dan keluarga. Kerana pernikahan adalah proses pengenalan yang berkesinambungan. Pernikahan bukanlah akhir bagi sesuatu perkenalan, namun sebenarnya awal dari perkenalan. Aku memang tidak mengenalmu, namun aku akan berusaha mengenalmu semampuku, setelah kita halal untuk saling mengenal.

Aku ingin melamarmu dengan sempurna tanpa pertukaran hadiah valentine’s day terlebih dahulu seperti yang orang lain . Cukuplah aku sekadar hanya mengenalkan diriku dan keluargaku kepada keluargamu. Semoga tercipta keharmonian kerana menghormati kesucian pernikahan. Aku memang tidak mampu memberikan banyak harta untuk melamarmu, namun aku berjanji untuk berusaha mencari harta semampu kita. Harta yang halal untuk kita gunakan bersama.

Aku ingin menikahimu dengan sempurna tanpa terlalu banyak kemeriahan yang mendekati kenikmatan dunia. Cukuplah rasa bahagia yang menyelimuti keluarga, sanak saudara, sahabat, serta kita berdua khususnya, menjadi keriangan tersendiri, dalam haru yang tercipta berjaya mendirikan sebuah lagi masjd. Aku memang tidak mampu untuk memberikan kemewahan pada hari pernikahan kita, namun aku berjanji akan selalu membuatmu bahagia di hari-hari setelah pernikahan kita. Sesungguhnya pernikahan bukanlah fasa terakhir dalam perjalanan hidup kita, namun gerbang awal untuk membuka salah satu jalan menuju Syurga-Nya.

Aku ingin mencintaimu dengan sempurna tanpa banyak kata yang membalut kebohongan belaka. Cukuplah rayuan dan gurauan ringan untuk menghiasi pernikahan kita. Aku memang tidak pandai merangkai kata romantis selalu untuk mu, namun aku tahu bagaimana menjaga kedudukanmu. Kau bukan berada di atas kepala hingga selalu perlu disanjung puja, bukan pula berada di bawah kaki untuk dipijak dan dihina. Kau adalah tulang rusuk kiriku, dekat dihatiku untuk selalu ku cinta. Aku tidak berani berjanji untuk mencintaimu sepenuhnya, namun aku berani berjanji untuk selalu belajar mencintaimu sepenuhnya. Cinta sejati yang membuat kita semakin mencintai-Nya.

Aku ingin hidup bersamamu dengan sempurna tanpa banyak terpengaruh perkara yang menimbulkan perselisihan antara kita berdua. Cukuplah atas nama Allah segala tingkahlaku kita, disertai Al-Qur’an penerang jalan hidup kita, dan Al-Hadis pengiring liku hidup kita. Aku memang tidak dapat membuatkan mu bahagia selalu, namun aku berjanji untuk selalu ada dalam setiap suasana keadaan dan perasaanmu. Aku ingin menyediakan bahu dalam kesedihanmu, menjadi ubat penenang dalam kerisauan mu, serta melebarkan pangkuan di saat kelemahanmu.

Aku ingin memperoleh keturunan darimu dengan sempurna tanpa ego yang menaungi diri masing-masing, kita berdua membicarakan persetujuan dalam perancangan. Cukuplah kita berdua yang tahu akan keinginan dan kemampuan kita. Melalui mu, lahirlah buah hati kecil pelengkap hidup kita. 
Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita.