Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 14 Mac 2012

‎15 golongan xcium bau syurga

‎15 golongan xcium bau syurga (sedangkan syurga itu dapat dibau sejauh 1000 tahun perjalanan.. bau xdpt apatah lg masukk)

1)org derhakai ibu bapa
2)org yg mengaku bapa kepada insan yg bkn anaknya
3)org yg putuskan hubungan silaturrahim (hubungan keluarga)
4)isteri yg meminta cerai tanpa sebab munasabah(kesalahan yg patut disisi syarak) pd suaminya
5)perempuan yg keluar rumah dgn bersolek (tabarruj)
6)org tua yg berzina
7)org yg bersifat takabbur (pakaian bermegah2 / khuyalak)
8)org yg belajar ugama semata mata utk kepentingan dunia (belajar semata2 nk tunjuk pndai kt org/ajak berdebat dsb)
9)peminum arak tegar (kekal)
10)org yg suka ungkit2 amalan tnpa sbb munasabah (mannan)
11)org yg mati yg ada dlm diri nya sikap kibr(sombong)
12)org yg membunuh kafir dzimmi / muahad (kafir yg bayar cukai kepala / jizyah)
13)pemimpin yg tidak menasihati (keagamaan) kepada rakyat
14)pemimpin yg berlaku zalim pd rakyat
15)org tua yg mencelup dan menghitamkan ubannya....

semoga ALLAH pelihara ummat ini dgn sifat2 sedemikiann....

Isnin, 12 Mac 2012

Cara Mengatasi Sifat Panas Baran



Mengikut kaedah psikologi, panas baran berpunca daripada kegagalan seseorang individu mengawal emosinya sendiri. Individu panas baran itu terlalu mudah mengikut emosi marah hingga menjadikan dirinya seorang yang pemarah dan panas baran walau hanya dengan sebab yang remeh.
Cara Mengatasi Sifat Panas Baran
Perlu difahami, panas baran bukan sifat semula jadi malah, bukan juga penyakit keturunan, sebaliknya ia adalah sifat yang dibenarkan wujud dalam diri seseorang. Ini bererti sifat panas baran boleh diatasi dan dibuang terus daripada diri seseorang bergantung kepada kehendak dirinya sendiri. Lantas, pakar psikologi mencadangkan beberapa kaedah bagi mengatasi sikap panas baran iaitu :
1. Jauhkan diri daripada situasi menimbulkan kemarahan
Jika anda tahu pasangan anda mempunyai sikap panas baran, elakkan daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan kemarahannya. Cepat memohon maaf jika tersalah dan akui kesilapan. Bagi anda yang panas baran, jika bertembung dengan situasi yang boleh menimbulkan baran anda, segera jauhkan diri anda daripada keadaan tersebut dan carilah masa yang sesuai untuk bertenang.
2. Mendiamkan diri ketika marah
Panas baran bermula dengan tindakan demi tindakan. Cara terbaik untuk mengurangkan sikap panas baran anda adalah dengan mendiamkan diri tanpa mengambil apa-apa tindakan. Apabila anda berjaya menghayati sikap berdiam diri ketika marah, secara tidak langsung anda berusaha menghilangkan sikap panas baran anda sedikit demi sedikit.
3. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat.
Jika sebelum ini anda terbiasa memekik atau bertindak garang ketika marah, usahakan untuk meluahkan rasa marah anda secara positif dan terhormat agar anda lebih dihormati. Perlahankan suara, bercakap menggunakan perkataan yang tidak menyakitkan orang lain dan elakkan daripada bertindak secara fizikal.
4. Luah pada masa dan tempat sesuai
Emosi marah yang tidak terkawal juga berpunca daripada perasaan yang dipendam. Ledakannya ibarat gunung berapi pendam yang mungkin meletus bila-bila masa tanpa amaran. Lantas, sentiasa luahkan emosi malah apa jua masalah yang anda alami bertepatan pada masa dan tempatnya. Tindakan ini akan dapat mengurangkan tekanan anda seterusnya mengurangkan sikap panas baran anda.
5. Bawa bertenang
Anda perlu sentiasa belajar mengawal diri dengan bertenang dalam menghadapi apa juga keadaan dan situasi yang menggugat kesabaran anda. Praktikkan untuk menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Jika anda Muslim, beristighfarlah kerana dengan beristighfar anda akan tahu anda adalah hamba-Nya dan jika Allah mampu mengampunkan hamba-Nya, kenapa tidak anda? Memaafkan orang lain dapat mengelakkan panas baran.
6. Senyum
Nampak macam satu perkara mudah tetapi percayalah, senyuman mampu meredakan tekanan. Praktikkan untuk sentiasa melakarkan senyuman tanpa mengira masa dan keadaan. Senyuman yang sentiasa terukir di bibir menjadi satu penawar kepada kemarahan dan sikap panas baran anda.
.
.

7. Berzikir 
Untuk Muslim, saya menyarankan anda untuk sentiasa mengamalkan zikir-zikir bagi mengingati Allah. Ucapkanlah zikir Sayidatina Fatimah iaitu “Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahu akbar.” Sentiasa lafazkan zikir ini, insya-Allah akan dapat membantu meringankan tekanan hidup anda sekali gus mengelakkan sikap panas baran anda berleluasa.
Ingatlah! Tiada satu faedah pun daripada sikap panas baran. Yang ada hanyalah keburukan yang memusnahkan perkahwinan, persahabatan, kerjaya dan kesihatan anda.
Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:
1. Mengubah Posisi – Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
2. Berwuduk – Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
3. Minum air.
4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.
5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
7. Berfikiran positif.
8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.
9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.
Wallahu wa’lam…

Khamis, 8 Mac 2012

Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
... ۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG.

Sempena hari wanita

Sempena hari wanita :)

Oleh kerana wanita amat dimuliakan di dalam Islam, maka Allah memberi kepada mereka beberapa keistimewaan di antaranya :

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubunhya.

4. Barangsiapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti orang bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan, seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

5. Wanita yang tinggal bersama anak- anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

6. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab maka baginya syurga.

7. Daripada Aisyah a.s. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka”.

8. Apabila memanggil akan engkau oleh dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

9. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

10 sebab kenapa hati tak tenang

10 sebab kenapa hati tak tenang
Hati tidak tenang kerana seseorang itu merasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia lain.



Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Perkara ini boleh berlaku apabila seseorang suka membesarkan keaiban dirinya kemudian membandingkan kebahagiannya dengan orang lain.




Hari ini, Allah telah berikan berbagai nikmat padanya. Tetapi dia merungsingkan jerawat yang timbul di mukanya. Dia malu pada jerawat di mukanya. Sedangkan jika dia mengeluh ia tidak merubah apa-apa. Dia malu seolah-olah jerawat itu menghilangkan hidungnya, matanya., dagunya. Dia besarkan keaiban yang ada pada dirinya. Akhirnya hilang ketenangan pada diri. Kemudian dia bandingkan pula dengan muka-muka artis yang ada pada majalah. Ah.. tertekan dengan jerawat.

Hari ini, seseorang malu dengan umurnya telah lanjut, mukanya yang telah berkedut, rambutnya yang telah beruban, kakinya tak cantik, kukunya pecah. Untuk apa kita malu dan besarkan perkara itu. Kita usaha perbaiki tapi jangan rungsing dengan perkara itu. Ia hanya akan membuatkan kita hilang ketenangan.


Hari ini dia kena berhenti kerja, dia malu jika orang lain tahu. Sebab apa? Sebab sebelum ini agak sombong dengan kedudukan yang ada. Untuk apa malu, terima sahaja hakikat dan usaha semaksima mungkin. Berhenti kerja tidak menyebabkan kita mati. Masih banyak lagi usaha yang boleh dibuat.


Hari ini kereta kena tarik, rumah nak kena lelong. Kenapa malu? Itukan harta kita. Kita nak beli atau kita dah tak mampu nak bayar itukan hal kita. Jangan rasa rendah diri. Allah beri kita rumah itu awal untuk rasa selesa sekejap. Hari ini dia tarik untuk kita lebih hargai nikmat itu. Nanti kalau beri lagi Alhamdulillah, kita akan lebih bersyukur. Jangan sebab rumah nak kena lelong hilang ketenangan diri.


Hari ini kita mungkin berpisah dengan isteri, dengan suami, untuk apa malu? Itukan telah berlalu. Bina semula dan jangan rasa rendah diri terhadapa apa yang berlaku.


Kenapa kita selalu rasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia? Kerana kita membandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain.


Jangan sekali-kali kita bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain. Orang lain ada rumah besar, kita bandingkan rumah kita yang kecil. Walaupun dia ada rumah yang besar, dia juga ada masalahnya sendiri. Mungkin rumah sahaja besar, tetapi isterinya sering merungsingkannya, mungkin anaknya yang selalu tak balik, mungkin masalah kesihatannya yang teruk.


Semua orang ada masalah, kesamaannya ialah masalah itu menghimpit hati, bezanya ialah bentuknya. Jadi jangan kita rasa rendah diri pada keduniaan terhadap orang lain. Orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang kita tidak tahu.


Satu ketika, seorang sahabat telah dileteri oleh isterinya. Dia sangat sedih dan ingin mengadukan perkara ini kepada Saidina Umar r.a. Dia rasakan Umar selaku pemimpin negara sudah tentu dapat menyelesaikan masaalahnya.


Kenapa sahabat ini sedih, kerana dia cuba membayangkan dan membandingkan keadaannya dengan Saidina Umar.


Ketika sampai di rumah Saidina Umar, dia mendengar dari luar rumah, Saidina Umar sedang dileteri oleh isterinya.


Cepat-cepat dia berpaling dan meninggalkan rumah Saidina Umar. Ketika itu Saidina Umar nampak dan menegurnya dan Umar menasihatinya mengenai rumah tangga.


Cuba lihat, ketika kita membanding kebahagaian kita dengan orang lain, maka kita akan membesarkan keaiban diri kita, kita akan menjadi malu, kita akan tertekan, kita rasakan orang lain cukup bahagia.


Sedangkan orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang mungkin lebih menekan hidupnya. Kalau bukan sama seperti kita, pasti dalam ruangan yang lain.


Oleh itu, hati tidak tenang apabila kita membesarkan aib diri kita dan bandingkan dengan orang lain.


Kita perlu perbaiki keadaan diri kita tetapi jangan sampai ia membuatkan hati kita hilang tenang.


Ketenangan inilah kebahagiaan. Saya, anda dan semua orang mahukan ketenangan ini, tetapi tidak semua orang berjaya mendapatkannya.


Kerana apa? Kerana sebab yang pertama, selalu mengukur kebahagiaan diri dengan orang lain.


Jadi, terimalah hakikat diri kita sebaiknya, baiki keadaan, terima kekurangan diri, jangan berpura-pura pada orang lain, jangan bandingkan kebahagaian dengan orang lain dan nanti anda akan keluar dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan.


Tarik nafas panjang-panjang hari ini, doa agar Allah beri kita kekuatan untuk menerima hakikat diri dan beri jalan keluar pada permasalaan kita. Mudah-mudahan Allah yang empunya ketenangan, akan menitiskan ketenangan ke dalam hati-hati kita.

Kitab Injil berusia 1,500 tahun ditemui di Turki


Kitab Injil berusia 1,500 tahun ditemui di Turki


Kitab Injil berusia 1,500 tahun ditemui di TurkiKITAB Injil berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki dan dikatakan mencatat ramalan kedatangan Nabi Muhammad. 


ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.


Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.


Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.


Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.


Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.
Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.


Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.


Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).


Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.
Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).


Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi

Rabu, 7 Mac 2012

JANGAN dalam Islam

JANGAN dalam Islam

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.