Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 2 Februari 2012

RAHSIA SIFAT WANITA MELALUI UNSUR-UNSUR ALAM


Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti TANAH, AIR, API dan ANGIN. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya. Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air – kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api – ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin – keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah.
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti: * Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami. * Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah. * Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang. * Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air.
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut: * Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat. * Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup. * Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api.
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api: * Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu. * Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga. * Penasihat yang baik kepada suami. * Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami. * Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin.
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin: * Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami. * Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah. * Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami. * Pandai mewujudkan suasana selesa dalam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan

Macam mana nak mengenal bulu khinzir

Macam mana nak mengenal bulu khinzir yang dijadikan berus??? kebanyakkan Berus yang murah dari China yang diperbuat dari bulu babi…tetapi hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.
Ciri-ciri bulu BABI :-
  1. Bulu yang rimbun dihujungnya (senang cerita, bulu BABI ni bercabang dihujungnya).
  2. Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
  3. Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
  4. Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.
Bulu BABI ni dipanggil dalam B. Inggeris ‘hog bristles, boar bristles, and pig bristle’
Senang cerita, saya kepilkan sedikit gambar untuk tatapan pembaca.. semoga umat ISLAM sentiasa berjaga-jaga dalam membeli produk berus ni ok… :)
Cuba tengok bulu no 10 tu…. itula bulu BABI..
Bulu babi atau babi hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu babi ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking
China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.
bulu babi bercabangbulu babi yang bercabang
Berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak
Berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu babi. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.
Maha Suci Allah yang menjadikan bulu babi berbeza daripada bulu binatang lain.
Produk Bulu BABI
Yang atas ni adalah contoh produk yang diperbuat daripada bulu BABI….
So, hati-hati dan waspada daripada barangan HARAM ni yer… pastikan berus yang anda miliki tidak bercabang.. 

Rabu, 1 Februari 2012

6 Cara Asas Membezakan Daging Lembu Dengan Daging Khinzir



Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.
1. Dari segi warna


Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.
2. Dari segi serat daging


Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).
3. Dari lemak yang kelihatan,


Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).
Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.
4. Dari segi tekstur


Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan
5. Dari segi aroma
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.
6. Ciri-ciri secara Umum
Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.

10 solat yang ditolak

10 solat yang ditolak

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t., antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan jauh dari Allah s.w.t.." 

Suatu hari..

Suatu hari...seorang suami baru pulang dari meeting (sbnr nyr dating)...dan melihat isterinya menangis teresak2... 

Suami : Nape ni yang?

Isteri : Sudahla bang..lepaskan saje saya ni!! 

Suami : Eh..nape awak ckp camtu lak??

Isteri : Saya tahu..awak ade jumpe pompuan laen kan?

Suami : Eh...apa awak ckp ni?? (terkejut sbb bini mcm dah tau perkara sebenar)

Isteri : Sudahla bang..sume nye da tebukti...ade pompuan yg jwb tepon mase sy call awak...dah byk kali..

Suami : Eerr..aaa...ba..baik la..abg mengaku..abg ade pompuan len..tp..ape yg pompuan tu ckp kt awak?

Isteri : Huh..nyampah...mentang2 sy x tau omputeh...tp sy ade hafal ape yg dier ckp..

Suami : Dier ckp ape?

Isteri : Dier ckp.."The number u have call..cannot be reached at this momment..please try again"......asal sy tepon je..dier ckp camtu...da x reti ckp mende len agaknyer..pompuan camtu pon awak nak?

Suami : .......(dlm hati) alamak...nyesal pula ngaku tadi...

Contoh Kurang Didikan Agama

Nie Print Screen,tak nak komen papa....nilai sendiri..sapa2 kenal tu elok la basuh budak ni.....sapa2 tak kenal tu...doakan dia sedar....manusia mmg tak pernah buat silap......tp ada yang buat silap tak tau nak mintak maaf tu..mmg ke Neraka la..



MOGA KORANG TAK JD MCM BUDAK NI...APA YANG ADA KT DUNIA NI TIDAK BOLEH DIBAWA KE HARI AKHIRAT NNT...TIDAK BOLEH DIHISAP OLEH DACING...KECUALI AMALAN KITA DI DUNIA....

5 Trend Jahiliyah Perempuan Melayu Masa Kini



5 Trend Jahiliyah Perempuan Melayu Masa Kini | Semua orang nak berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden.Tetapi kebanyakkan wanita yang dapat dilihat, pakai tudung tapi lengan terdedah, dada terdedah, kaki terdedah. Camna tu? Sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa?”. Mari kita kenali dulu 5 trend atau sikap wanita yang terpesong dalam zaman moden ni. (Nota: INILAH REALITI KEBANYAKKAN WANITA WALAU TIDAK SEMUA BEGINI)

1. Pakaian Ketat, Sendat dan Terlalu Seksi

Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam “neraka” depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut! Ewwww…simpan la barang-barang privasi korang tu, takyah tunjuk-tunjuk.

2. Tudung Nampak Bayang Rambut

Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung. Dan macam-macam lagi kalau aku bagi contoh. Nak tau lebih lanjut, baca ni: 8 Jenis Fesyen Tudung Pelik Malaysia dan 11 Fesyen Kontroversi Gaya Tudung Wanita Malaysia. Memang ada pelbagai fesyen tudung wanita yang tidak tahu aku nak ulas camna.

3. Pertuturan Lancang dan Ketawa Mengilai

Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak. Kadang-kadang kalau restoran tu, suaranya mengalahkan suara TV yang dipasang. Kadang-kadang tu time gelak tu terkeluar benda yang tengah dimakan, tempias sana sini. Ish ish ish wanita jenis apa la ni.

4. Bertepuk Tampar Dengan Lelaki

Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata? Lelaki pun satu hal gak, membenarkan dirinya ditepuk dan ditampar oleh wanita. Bukan sedap pun. Sakit wooooo.

5. Bercumbu dan Memadu Kasih Tanpa Segan

Bercumbu dan memadu kasih tanpa segan ini adalah antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi. Astagfirullah. Malu tu kan mahkota seorang wanita.

Kesimpulan

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri punyai anak perempuan dan isteri. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri. Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Pahit untuk aku katakan, tapi pahit itu lah ubat. Untuk lelaki yang membaca ni, ingatlah, korang nanti akan ditarik oleh golongan wanita ke neraka jika bersikap dayus. Baca ni: Empat Golong Lelaki yang Dibawa Wanita Ke Neraka. Share tulisan entri ni dengan orang yang korang sayang. Semoga bermanfaat untuk semua. Wallahualam.