Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 13 Ogos 2011

20 Sebab Kenapa Lelaki Tak Nak KAwin....



1."Duit lum cukup lagi".
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!

4."Tak datang seru lagi kot".
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5."Banyak sangat halangan". Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6."Belum bersedia la".
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. "Ilmu tak cukup la".
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?oal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri"
. Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul.
Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11."Jodoh tak sampai lagi kot".
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" . Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

15."Dia nie suka pasang ramai org sangat".
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".
Pompuan memang camtu..

17. "Nak carik yang solehah lah".
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

18. "Masalah la".
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya"
. Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Wanita benci lelaki

Wanita benci lelaki

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga....

Fakta-Fakta Tentang wanita

 Fakta-Fakta Tentang wanita

1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22.Satu ucapan 'Hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

Rabu, 10 Ogos 2011

6 alasan kenapa aweks sejati menjadi lesbian sejati


1.Untuk merasakan sesuatu yang berbeza
Hal ini lebih susah nak dijelaskan kerana seringkali bukannya perempuan tertarik pada gender yang lain, Ketika melihat perempuan lain yang cantik, pandai dan wangi, apa yang perempuan tu rasa ketika berada dekat dengan dia?. Sebab apa lelaki ni terlalu obses dengan payudara wanita?. Apa yang dirasakan oleh lelaki tersebut apabila menyentuh titik sensitif wanita tersebut? Bila perempuan boleh mengagumi keindahan tubuh perempuan yang lain, bukankah ini bermaksud lebih mudah pula untuk memberikan dan merasakan sentuhan dari wanita ke wanita?..

2. Bersembang secara emosional dan verbal
Mesti korang semua tahu yang lelaki ni susah sangat nak memahami perempuan. Oleh sebab itulah, eksperimen sesama perempuan seringkali terjadi kerana kemampuan mereka untuk berkomunikasi secara verbal. Perempuan sesama perempuan boleh bersembang secara terbuka dan sejujurnya, Bukankah ini salah satu kunci dari hubungan seks yang baik.?

3. Mengubati sakit hati
Bila baru clash dengan pasangan. perempuan mesti merasakan saat2 sangap a.k.a nafsu memuncak. Selain tidak mempunyai pasangan lelaki, perempuan mungkin juga sedang menjauhkan diri dari lelaki2 lain, Jadi, dia pun cuba nak lakukan perkara terkutuk tersebut sesama perempuan., boleh jadi yang lama dah dia kenal, atau on the spot terus buat, Walau bagaimana pun, dalam seks juga ada unsur2 yang boleh didapati sehingga perempuan tu rasa dia buat dengan lelaki.

4.lebih LEmbut
Perempuan ni ada bibir yang sangat lembut dan ciuman juga lembut, Hal ni lah yang membezakan dengan lelaki, Ketika lelaki bernafsu buas., lelaki ni lebih cenderung "bersemangat lebih". Mereka juga selalu mengeluarkan air liur yang banyak ketika bercium.

5.Perempuan lebih pandai dalam seks oral
Lelaki sering tak tahu bahagian yang mana yang menyelesakan untuk disentuh, terutamanya di area vagina .Perempuan pula , tahu nak buat apa kat perempuan lain kalau diorang buat seks oral. Lagi pun, tak ada bulu yang baru dicukur sehingga rasa kasar apabila menyentuh bahagian sensitif perempuant tersebut.

6.tidak pengotor
perempuan selesa buat seks dekat tempat yang bersih, dengan seluar dalam yang baru, Ketika nak kentut, perempuan akan keluar dari bilik tidur, atau pun belah dari bilik, tetapi lelaki ni lain, langsung tak ambik tahu, dah lah buang angin merata2 pastu gelak pulak, ingat lawak la tu 

Dimana Hati Ibu Terluka..

BERTANDANG ke majlis rumah terbuka seorang jiran lama yang tidak pernah lupa menjemput saya hati cukup 
gembira kerana dapat berjumpa semula teman lama yang sama-sama mencuba nasib di Kuala Lumpur lebih 24 tahun lalu.

Masing-masing ceria, bersalam dan berpelukan hinggakan ada yang menitis air mata. Bayangkan daripada anak-anak berjalan tatih sampai sekarang sudah menjadi anak teruna dan dara, masing-masing tetap saling ingat mengingati antara satu sama lain. 

Tuan rumah yang saya panggil kakak M nampak cukup gembira. Dia mempunyai lima anak, tiga lelaki dan dua perempuan. Dua anak lelaki dan seorang anak perempuannya telah berkahwin. Kak M ada tiga orang cucu.

Sayangnya pada hari itu saya tidak nampak seorang pun anak-anaknya yang telah berkahwin ada kecuali yang bongsu 
sebaya anak saya berusia 13 tahun. 

``Mana Ashraf, Nani, Ita dan Zack? Tak nampak pun..'' tanya saya.

Kak M berhenti daripada mengangkat gelas dan memandang tepat ke wajah saya. Seperti ada yang ingin disampaikan kak M, 
saya mengikutnya ke dapur, tolong-tolong apa yang patut.

``Kamu tahu.. mana hendak budak-budak itu tinggal lama kat rumah ini... sempit. Anak bini dia orang tidak selesai.. 
tak best..'' katanya menjuih bibir.

Saya tersentak. Apa yang dimaksudkan tak best.. sedangkan seingat saya Kak M yang saya kenal daripada dulu hingga sekarang tetap tidak berubah. Ramah, suka tolong orang dan suka jemput orang makan. Pendek kata kalau bulan puasa, bab makan memang selesai. Ada-ada sahaja yang Kak M hulurkan. 

``Mereka balik Hari Raya pertama sahaja... itupun duduk hotel. Tak tinggal dalam rumah ini. Anak bini tidak selesa.. 
rumah aku ni kan tiga bilik sahaja..mereka nak banglo agaknya.


``Pada hal dulu mereka yang berguling dan berperang dalam rumah ini. Tak pun bising tentang bilik kecil. Kakak tak kisah. Tapi abang kamu tu yang kecil hati.'' katanya menuding jari ke arah suaminya.

Saya merenung wajahnya. Dapat saya baca yang Kak M juga terguris hati dengan tindakan anak menantunya yang tidak tinggal di rumahnya semasa Hari Raya lalu sebaliknya menempah hotel.

Tanpa niat menjaga hal peribadinya saya beranikan diri bertanya, selalu ka macam itu?

``Hah. Tiap-tiap tahun macam itu. Kalau orang lain sibuk tunggu anak menantu dan cucu balik pada malam raya kakak tak tunggu sapa-sapa. Sebab kakak tahu, mereka balik tetapi tinggal di hotel. Kalau sampai awal, jenguklah mereka pada malam raya, kalau tak... telefon sahaja bagi tau sudah ada di kampung. Pagi raya baru nampak batang hidung 

``Nak kata apa lagi. Nama pun anak. Asal balik sudahlah...Kakak tahu anak-anak tak banyak kisah tapi menantu dan 
cucu dari bandar tu yang kecoh. Tak selesa, panas, bilik air kotor, macam-macam lagilah.. 


`Macam kakak tak pernah bersihkan rumah ini. Kamu tengoklah... berapa banyak kipas angin ada dalam almari itu. 
Untuk apa, kalau bukan untuk mereka guna bila balik. Tapi apa nak buat. Orang nak hawa dingin, bukan kipas. Kena terimalah,'' tambahnya lagi. 


Saya tidak terkata apa-apa. Tidak sangka pula Kak M yang nampak gembira sepanjang masa itu punya cerita sedih tentang anak-anaknya. Malah seingat saya dia tidak pernah langsung bercerita tentang perangai anak-anaknya itu kepada sesiapa pun. Setiap masa dia asyik memuji anak-anaknya, berpendidikan tinggi, dapat kerja bagus, dapat isteri cantik dan berjawatan tinggi. 

``Tuhan sudah bagi kakak anak-anak yang menjadi. Menantu dan cucu yang comel.. tapi dia uji pula dengan cara lain. Kita kena reda. Nak buat macam mana. Nak dendam dan benci pun darah daging kita...aku tidak kisah lagi. Malas hendak fikir, kalau ingat-ingat mahu menangis siang malam. Tapi syukurlah dengan nikmat yang Allah bagi. Setahun sekali mereka balik pun cukuplah...'' tambahnya sambil mengesat air mata. 

Terasa bersalah pula saya bertanyakan hal anak-anaknya. Lalu saya meminta maaf kalau soalan itu mengguris hatinya.

``Tidak apa. Elok kamu bertanya. Kakak pun sudah lama simpan rahsia ini, elok juga luahkan pada kamu yang kakak anggap seperti adik kandung. 
Itulah kita ini, bila sudah tua kena reda dengan sikap anak-anak. Buruk ke baik ka kena terima walau pahit. Sudah jadi tradisi sekarang ini. 

``Anak-anak, menantu dan cucu kalau terlalu hidup mewah dan bergaya begitulah jadinya. Bukan tidak tahu asal usul mak bapak, tapi kerana gaya hidup, perasaan mak bapak diketepikan. Isteri dan anak-anak yang lebih penting. Kita orang tua ini kena beralah,'' tambahnya. 

Kata-kata kakak M menghentikan soalan saya selanjutnya tetapi nampaknya kakak M masih ada cerita untuk diluahkan.

``Kamu tau.. dulu anak menantu aku tu tidak macam ini. Mula-mula kahwin dulu mahu juga dia orang tidur di rumah ini tapi sejak anak-anak membesar, macam-macam hal berlaku. Konon anak-anak tidak lalu makan masakan kampung. 
Air tidak bersih nanti badan gatal-gatal. Kakak pun hairan bertahun-tahun kami hidup dalam rumah ini guna air paip 
yang sama tidak pula badan gatal-gatal. Ini asyik jerit nak makan ayam goreng dan burger sahaja, apa hal? 
Sekarang ini mereka nak tengok Astro, sakit telinga kakak tapi buat tidak dengar sahajalah,...'' tambahnya. 

Sekali lagi saya terkedu. Begitulah jika anak-anak telah diasak dengan gaya hidup cara orang Barat. 
Tidak mesra dengan datuk nenek dan saudara mara.

Yang saya pelik kenapa ibu bapa generasi muda ini tidak mendidik dan memberi nasihat, ikut sahaja apa kata anak. 
Biarpun saya simpati dengan kak M tapi apa yang boleh saya buat.

Kepada kak M saya minta dia bersabar. Mudah-mudahan satu hari nanti anak-anaknya akan sedar dan berubah.

``Tidak apalah... kalau itu jalan hidup yang mereka pilih, kakak reda. Asalkan mereka anak beranak bahagia sudahlah. 
Kakak sudah tidak ada apa lagi yang hendak dikejar. Tunggu masa nak pejam mata,'' ujarnya sayu.

Saya terpukul dengan kata-kata kakak M. Itu habuannya. Pun begitu saya kagum dengan sikapnya yang tenang. 
Tidak nampak kedukaan pada wajahnya walaupun saya tahu jauh di sudut hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.

Kisah yang kakak M alami bukan pertama kali saya dengar, sudah berpuluh-puluh kali. Tidak ramai orang tahu betapa anak-anak era melenium ini tidak tahu menghargai dan menjaga hati orang tua. Malah mereka lebih mementingkan gaya hidup. 

Apa pun kisah kak M mungkin boleh dijadikan iktibar untuk kita bersama. Kepada anak-anak yang menganggap diri 
mereka `orang bandar'' fikirkan dan renungkan kisah ini. Mungkin anda tidak perasan telah mengguris perasaan ibu bapa. 

Sesekali balik kampung tambahan pula pada hari baik dan bulan baik ini, apa salahnya menggembirakan hati orang tua, jangan biarkan mereka menitiskan air mata kerana kelalian kita sebagai anak.

Cuba anda pejamkan mata, bayangkan zaman anda anak-anak, remaja dan kini menjadi ibu dan bapa kepada anak-anak yang sedang membesar. Siapa yang mendidik dan menjaga anda? Kemudian renunglah wajah anak-anak anda yang ada di depan mata. Bayangkan, bagaimana perasaan sekiranya 10 tahun daripada sekarang mereka pula yang berbuat demikian kepada anda? 


Penutup kata pesanan saya untuk diri saya dan anda juga, Ibu menjadi lambang teladan dan kelembutan serta keanggunan, 
sumber kasih sayang dan cinta kasih yang Allah S.W.T ciptakan. Ibu bagaikan mata air cinta yang mengalirkan 
kasih yang meluap-luap untuk anak-anaknya. Kasih dan cintanya bagaikan laut tidak bertepi! 

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI 2011

tahun ni aku raya tak tak naik kreta pasal PERDANA MENTERI nak pakai kereta p keje....so aku naik :





mudahkan...aku tak susah sesiapa pun...mak aku dpt pakai kreta...adik aku yang PANDAI tu pun dapt pegi keje ngan mudah.....tp ada orang yang aku sgt kenal....TAKOT.....takot jem bila menjelma 1 Syawal...tu pasal la dia g keje tak nak naik moto......myb antara sbb dia malu kowt naik moto......yea la...yang ada... :

MODESNAS KRISS 100CC

nie pun free,tuang minyak jea...ohh lupa..tak de bumbung....tak de aircond..yela..kt opis aircond kt umah tdo pun nak aitcod...lupa lupa...manusia mcm ni...namanya TAKOT SUSAH....atau moto yang dia lupa nak pakai p keje time 1 Syawal nnt..... :


YAMAHA SUKAN 100CC

nie moto antik bapak aku...time anta aku ngan adik aku g sekolah naik ni la....kuat moto ni...asap pun kuat...tu agaknya dia SEGAN nak bawak opis....Hujan? baju hujan ada....yea la kowt...takot tayar pecah kan...ermm TAKOT SUSAH la tu...malu tolak moto.....

apa yang aku kesal kan...dia sendiri tak nak merelakan diri memberi kereta YANG DIA PAKAI bawak hari2 pegi keje...dating....shopping..bila rosak campak tepi....kt MAKBAPAK aku untuk blek kampung...kesudahan dia....bapak aku nak blek 2 raya....klu aku bawak kreta aku p blek kampung..tak kan nak biar mak aku naik bas....? kesian kan org tua naik bas..ada anak BERPELAJARAN pun OTAK tahap lipas...so BAPAK aku suh aku naik LRT blek...tak de hal lahhh..this is malaysia...

bguskan...aku la yang bayar installment 5 THUN,dari gaji aku RM800 dulu...tak penah miss bayar kreta pasal itu tanggjawab aku,aku la yang pertama jaga studio bapak,tp bapak aku lebihkan SI PANDAI..kenapa erk?....tp yg BERPELAJARAN tu gaji RM2k pun ada miss bayar kreta..roadtax pun pakai duet BPAK aku dulu....tu pun BAPAK aku bleh nak manjakan dia lg...kenapa? mana RM2K dia? dia bleh suka2 pakai kreta...dia engat kereta wakaf? bapak aku nak pakai kreta..ckp ohh ada shooting...ohh ada hal...bapak aku diam seh..klu aku....siap kena maki....why why why?



yang aku terhegeh bawak moto dlm hujan...dia sedap dok dlm kreta....bila rosak kreta tu...BAPAK aku akan cari aku untuk repair kreta tu...orang BERPELAJARAN...tak kan ilmu SARA DIRI tak tau kowt? owh yea la... ORANG KAYA ANAK RAZAK...mane bleh usik benda kotor.....

dia ni sibuk nak kawen pasal bini dia si pencacai mulut longkang tu menjelang nak hari tua...so terdapatkan desakan dari pihak perempuan suh kawen.....kesian tgk adik aku kehulu kehilir buat loan.....sedangkan si BAKAL BINI dia tu...seronok MENYALAK MEMFITNAH manusia...

Ada Bapak pulak terlalu manjakan si PANDAI nie...Abes blaja keje...dpt jea keje nak kawen....senang kan? mana tah janji dia dulu nak tolong adik sekolah? p dating ada pulak duet yea., nak pi bercuti..ckp p shooting...dah lupa kowt tggjwab dia kt family...tak nak tolong family ke? mak siang malam menjahit nak beli buku,baju sekolah...si bapak pulak siang malam nak VAN...apa kata selesaikan hal family baru la pk nak kawen.....apa kata jgak belikan van@deposit van...sbg tuka tok KERETA yg dia pakai tu....BAPAK aku senang..Si Pandai senang...mak aku senang...aku pun senang....

Aku? buat masa ni aku mmpu kirim barang dapur..pasal gaji aku kecik...aku kan BODOH,tak masuk kolej....tak pandai....tp aku rasa aku tak BODOH sbb aku tak bertindak mcm dia...hari ni 10 RAMADHAN
tak de pun batang idung dia nak berbuka ngan MAK dia....owh lupa la...sibuk ngan bakal BINI...

BAGUS LA........

Isnin, 8 Ogos 2011

Meniti Usia Senja Berpandukan Islam

Islam meletakkan garis panduan umur seseorang melalui tahap tahap berikut..
1. Mumaiyiz
- tahap dimana kanak kanak boleh membezakan baik dan buruk.Dan setiap insan berbeza dari segi umur mumauyiznya.Mereka ini jika berbuat salah tidak berdosa dan jika berbuat baik tiada pahala,ibubapa menanggungnya sehingga umur baligh iaitu bagi anak lelaki ditetukan secara keluar mani atau sampai umur.Bagi anak perempuan puila ditentukan dengan cara keluar haid atau sampai umur.Islam tidak menentukan umur sahaja sebagai penentu bagi baligh sseorang tersebut sebagaimana orang barat.....

2. Pemuda Pemudi
- Bermula dari umur baligh sehingga umur 40 tahun.Namun pada umur ni belum cukup kuat akal seseorang tersebut.Namun begitu sudah layak mereka menganggung amanah dan dosa pahalanya

3. Orang Tua (40 Tahun Ke Atas)
- Jika sesuatu tabiat buruk berterusan selepas umur 40 Tahun,maka ditakuti dia akan mati dengan tabiat buruknya tanpa dapat mengubahnya lagi,jika individu itu mengubahkan Insyaallah tabiat baiknya itu akan kekal sehingga waktu matinya

4. 50 Tahun
- masih dalam keadaan Islam,Beriman dan beramal soleh,maka Allah akan permudahkan hisabnya.
- tidak ditulis amalan2 buruk dan amalan baik terus dikira...tetapi dosa2 kecil terus dikira.

5. 60 Tahun
- Allah akan memberi rasa suka dan cinta untuk bertaubat kepada Allah S.W.T kerana indivudu itu hendak kembali pada Allah S.W.T

6. 70 Tahun
- Allah akan cinta padanya bahkan seluruh malaikat dilangit akan menyayanginya dengan syarat dia berterusan melakukan segala perintah Allah dan menjauhi larangannya.

7. 80 Tahun
- Segala amalan baiknya diterima Allah walaupun dia tidak ikhlas,terlupa
- Malaikat tidak mencatit amalan dosa kecil,pahala berterusan dicatit

8. 90 Tahun
- menerima rahmat Allah dimana Allah
- mengampunkan segala dosa yang lalu seperti orang yang mengerjakan Haji..bkn sesama manusia
- menahan orang ini supaya Allah akan menambah rahmat - NYA
- juga diberi izin kepada orang ini untuk memberi pertolongan pada ahli keluarganya di akhirat kelak supaya terhindar dari azab neraka.

SESUNGGUHNYA ORANG YANG BERSABAR AKAN DIBERI GANJARAN PAHALA,MAKA MEREKA YANG MENJAGA ORANG TUA AKAN DIRAHMATI ALLAH DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSANYA

"Jika ingin menjadi orang tua yang TIDAK NYANYUK,tidak mengenal benda seballiknya menjadi orang tua bermafaat dan segar otaknya,maka sedari dari muda lagi dengan membaca Al Quran" - Saidina Ali Karamallahwajhah.